Info Zakat

Fidyah

Apa Itu Fidyah

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadan.

Hukum Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah...

Asnaf Zakat

Asnaf ialah pihak yang layak menerima bantuan Zakat yang dikutip daripada orang Islam. Firman Allah: Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang miskin, amil zakat, yang dilunakkan hatinya (mualaf), untuk (memerdekakan) hamba sahaya, untuk (membebaskan) orang yang berutang, untuk jalan Allah dan untuk orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai kewajiban dari Allah. Allah Maha Mengetahui,...

Wakalah

Pengenalan

Wakalah merupakan dasar pengembalian wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada entiti yang membayar zakat di Pusat Pungutan Zakat-MAIWP untuk diagihkan kepada asnaf yang layak.

Entiti Yang Dibenarkan Memohon Wakalah

 EntitiJenis ZakatJumlah Zakat Minima Setahun1.IndividuZakat Harta / PendapatanRM20,000.00 dan ke atas2.Syarikat atau organisasiZakat PerniagaanRM10,000.00 dan ke atas3.MajikanPotongan Gaji Zakat KakitanganRM100,000.00 dan ke atas4.Institusi Pengajian TinggiPotongan...

Zakat Pertanian

Apa Itu Zakat Pertanian

Tanah adalah salah satu nikmat terbesar yang diciptakan oleh Allah SWT. Tanah diamanahkan kepada umat manusia untuk menjadikannya subur serta menghasilkan tanam-tanaman dan buah-buahan. Sesungguhnya semua tanaman dan buah-buahan yang tumbuh di atas muka bumi ini merupakan kurniaan Allah SWT, dan bukannya datang dari manusia. Maka?apabila Allah mengarahkan manusia untuk menunjukkan rasa...

Zakat Perak

Apa Itu Zakat Perak

Logam perak (silver) merupakan logam yang berharga dan berguna. Pada masa dahulu, perak telah digunakan sebagai alat tukaran (wang) dalam urusan jual beli. Masyarakat arab menggunakan logam perak (dirham) sebagai medium matawang utama disamping emas (dinar) dalam sistem ekonomi mereka.Walaupun kegunaan perak pada zaman moden telah berubah berbanding zaman dahulu, namun fizikalnya...

Zakat Saham

Apa Itu Zakat Saham

Saham adalah satu bentuk aset kewangan yang baharu yang tidak wujud pada zaman dahulu. Saham mewakili pemilikan sebahagian daripada modal syarikat yang mana turut membawa kepada keuntungan atau kerugian. Apabila saham disenaraikan di pasaran saham, nilainya mungkin berbeza dengan nilai asalnya. Ini kerana saham yang didagangkan akan membolehkan nilainya untuk turun naik...

Zakat Emas

Apa Itu Zakat Emas

Islam memandang emas sebagai simbol kekayaan harta yang berharga dan mampu berkembang. Pada masa dahulu emas diguna sebagai wang dalam urusan jual beli. Emas-emas ditempa menjadi kepingan berbentuk syiling (dinar) dan juga dibentuk menjadi barang perhiasan wanita. Oleh sebab keistimewaan yang dimilik oleh emas dan menjadi ukuran kekayaan maka Islam mewajibkan zakat...

Zakat KWSP

Apa Itu Zakat KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan. Di bawah akta KWSP, semua rakyat Malaysia yang bekerja diwajibkan untuk mencarum sebahagian pendapatannya didalam kumpulan wang ini. Caruman tersebut...

Zakat Wang Simpanan

Apa Itu Zakat Wang Simpanan

Wang merupakan harta cair yang boleh digunakan dalam hal pertukaran, ukuran nilai dan tabungan. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu bentuk kekayaan yang memberi kuasa membeli. Wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, serta lain-lain bentuk simpanan...

Zakat Perniagaan

Apa Itu Zakat Perniagaan

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Dalil Zakat Perniagaan

Firman Allah SWT yang bermaksud: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh...