Notis Privasi Perlindungan Data Peribadi

Pengenalan

PPZ-MAIWP mengambil berat mengenai perlindungan data peribadi anda. Notis ini menjelaskan bagaimana PPZ-MAIWP memproses data peribadi anda bermula daripada pengumpulan, penggunaan, perkongsian dan pemusnahan serta Langkah keselamatan yang kami ambil untuk memastikan data peribadi anda dilindungi sebaiknya.

Apakah Data Peribadi?

Data Peribadi” merujuk kepada apa-apa maklumat berkenaan dengan transaksi komersial yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung
dengan individu, yang dikenal pasti atau dapat dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain yang dimiliki oleh PPZ-MAIWP atau Bahasa yang serupa di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) dan Undang-Undang yang berkaitan dengan perlindungan, privasi dan keselamatan, pengumpulan, penggunaan atau pendedahan maklumat pengenalan diri yang sensitive atau yang lain (secara kolektif, Undang-Undang Perlindungan Data).

Data Peribadi Sensitif” merujuk sebagai maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seseorang individu, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya dan kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan olehnya atau apa-apa data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perlindungan data peribadi melalui perintah yang disiarkan dalam warta.

Pemberitahuan dan Persetujuan

Apabila anda meminta maklumat atau menggunakan perkhidmatan PPZ-MAIWP, anda mungkin dikehendaki memberikan data peribadi anda kepada PPZ-MAIWP. Dengan berbuat demikian, anda bersetuju dengan penggunaan data peribadi anda oleh PPZ-MAIWP menurut Notis Privasi ini. Data peribadi anda juga mungkin telah dikemukakan kepada PPZ-MAIWP oleh pihak ketiga (contohnya, oleh pasangan anda, syarikat di mana anda merupakan pengarahnya, pegawai atau pemegang saham, atau perkongsian di mana anda merupakan rakan kongsi) untuk perkhidmatan yang diperlukan oleh pihak ketiga berkenaan daripada PPZ-MAIWP.

Dalam konteks ini, terma “anda” dalam Polisi ini juga akan digunakan bagi mana-mana individu yang mana data peribadinya telah dikemukakan kepada PPZ-MAIWP dan/atau telah diperolehi menerusi kaedah seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 5 Polisi ini.

Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan data peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda untuk membenarkan PPZ-MAIWP memproses data peribadi anda. Walau bagaimanapun, kegagalan memberikan data peribadi tersebut atau tindakan anda menarik balik persetujuan anda untuk memproses data peribadi yang diberikan mungkin mengakibatkan PPZ-MAIWP tidak dapat menyediakan perkhidmatan kepada anda secara berkesan dan berterusan.

Apakah Jenis Data Peribadi Yang Kami Kumpul

Kami mengumpul data peribadi termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama, alamat perhubungan, umur, pekerjaan, status perkahwinan, maklumat kewangan, kad pengenalan, pasport, tempat lahir dan sejarah urusan transaksi anda. Kami juga mungkin mengumpul data peribadi sensitif anda jika anda berurusan dengan PPZ-MAIWP yang menghendaki anda supaya mendedahkan data peribadi sensitif tersebut kepada pihak kami.

Bagaimanakah Kami Mengumpul Data Peribadi Anda?

Kami memperoleh data peribadi anda dengan pelbagai cara seperti:-

  1. Apabila anda menggunakan salah satu daripada perkhidmatan yang kami sediakan;
  2. Apabila anda menghubungi PPZ MAIWP menerusi pelbagai kaedah seperti borang permohonan, e-mel dan surat, panggilan telefon serta perbualan anda dengan pusat panggilan kami;
  3. Jika anda menghubungi kami atau kami menghubungi anda melalui telefon, kami mungkin memantau atau merekodkan panggilan telefon tersebut untuk tujuan jaminan kualiti, latihan dan keselamatan;
  4. Daripada analisa yang kami lakukan terhadap transaksi anda;
  5. Kami juga mungkin memperoleh data peribadi anda apabila anda menyertai kaji selidik pelanggan atau apabila anda mendaftar diri untuk mana-mana peraduan atau promosi kami;
  6. Apabila kami memperolehi apa-apa data dan maklumat daripada pihak yang diberi kuasa (contohnya, agensi kawal selia, dan penguatkuasaan yang dibenarkan);
  7. Apabila kami memperolehi apa-apa data dan maklumat dari pihak ketiga;
  8. Apabila anda memeterai sebarang transaksi komersial dengan PPZ-MAIWP, termasuk tetapi tidak terhad, bagi menyediakan barangan dan/atau perkhidmatan atau perkhidmatan profesional anda;
  9. Laman sesawang dan media sosial PPZ MAIWP yang lain;dan
  10. Daripada sumber-sumber umum.

Tujuan Pengumpulan

Kami mengumpul data peribadi anda untuk sebab berikut:-

  1. Menilai permohonan anda untuk mana-mana perkhidmatan kami;
  2. Mengurus dan menyelenggara akaun dan kemudahan anda;
  3. Menilai keperluan kewangan anda dan meneruskan pelaksanaan obligasi kontrak yang diikat antara PPZ MAIWP dengan diri anda;
  4. Menjawab pertanyaan dan aduan anda serta menyelesaikan pertikaian;
  5. Fungsi dalaman seperti menilai keberkesanan pemasaran, penyelidikan pasaran, analisa dan pemodelan statistik, pelaporan, pengurusan audit dan risiko serta mencegah penipuan;
  6. Menyerahkan data kepada organisasi/ syarikat yang diberi kebenaran oleh PPZ MAIWP untuk menyediakan perkhidmatan atau menyerahkan bantuan berbentuk wang, barang-barang keperluan, kursus, latihan dan lain-lain yang berkaitan bagi tujuan manfaat kepada anda; dan
  7. kami juga mungkin menggunakan data peribadi anda untuk memenuhi apa-apa keperluan kawal selia dan untuk apa-apa sebab lain yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan yang anda perlukan.

Pemindahan Data

Kami memproses data peribadi anda hanya di Malaysia sahaja. Tiada data peribadi yang dipindahkan ke luar Malaysia. Jika anda berada di luar Malaysia dan memilih untuk memberi maklumat kepada kami, sila ambil perhatian bahawa kami memindahkan data, termasuk Data Peribadi, ke Malaysia dan memprosesnya di sini.

Pendedahan Data

Tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang terpakai, Data Peribadi anda mungkin didedahkan dan dipindahkan untuk tujuan yang tertera di bawah (dimana terpakai) dan tidak terhad kepada entiti atau pihak berikut:

  1. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
  2. Hartasuci Sdn. Bhd
  3. Ejen kutipan Zakat dan penyedia perkhidmatan yang dilantik oleh kami untuk pelaksanaan beberapa fungsi, perkhidmatan dan aktiviti kami.
  4. Organisasi/Syarikat berkerjasama bersama PPZ-MAIWP untuk penyaluran sebarang bentuk bantuan.
  5. Rakan kongsi strategik dan penasihat atau konsultan kami.
  6. Badan-badan perundangan seperti KWSP, PERKESO, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mana-mana berkenaan pengawal atur kerajaan (government regulators), lembaga berkanun, pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkenaan untuk mematuhi setiap arahan, undang-undang, peraturan, panduan dan skema yang dikeluarkan atau ditadbir oleh salah satu dari mereka.
  7. Mana-mana pihak lain yang diberi kebenaran oleh anda.

Anda mungkin menerima makluman pemasaran daripada pihak kami atau entiti lain tentang perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Jika anda berhasrat untuk tidak mahu menerima makluman pemasaran ini, sila maklumkan kepada pihak kami untuk menarik balik persetujuan anda dan kami akan berhenti memproses dan berkongsi data peribadi anda dengan entiti lain untuk tujuan penghantaran makluman pemasaran kepada anda.

Anda mempunyai pilihan untuk menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi. Anda boleh menghubungi kami melalui talian atau laman sesawang.

Bagaimanakah Kami Melindungi Data Anda

Keselamatan data peribadi anda merupakan keutamaan kami. PPZ-MAIWP mengambil semua langkah fizikal, teknikal dan organisasi yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan data peribadi. Jika kami mendedahkan apa-apa data peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan di dalam Seksyen 6, mereka mempunyai obligasi untuk melindungi data peribadi yang diberikan kepada mereka sewajarnya.

Berapa Lamakah Kami Boleh Menyimpan Data Peribadi Anda?

Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan serta keperluan dalaman.

Hak Akses, Permohonan Pembetulan dan Pertanyaan

  1. Tertakluk kepada sebarang pengecualian di bawah undang-undang yang berkenaan,anda boleh pada bila-bila masa selepas ini memohon akses kepada, atau untuk pembaikan dan pembetulan Data Peribadi menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda, atau memohon makluman lanjut daripada PPZ-MAIWP dengan menghubungi dan menghantar permintaan anda secara bertulis kepada alamat berikut:
    Alamat:
    Jawatan:
    Nombor telefon:
    Nombor faksimili:
    E-mel:
  2. PPZ-MAIWP mempunyai hak untuk menolak permohonan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan atas alasan-alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang atau dalam situasi di mana PPZ-MAIWP tidak dapat memastikan identiti anda atau di mana maklumat yang diminta bersifat komersial dan sulit serta permintaan yang tidak munasabah. Namun demikian, PPZ-MAIWP akan memaklumkan anda akan sebab-sebab kenapa kami tidak dapat memenuhi permintaan anda.

Kemaskini Ke Atas Polisi Ini

Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengemas kini Polisi ini dari semasa ke semasa. Jika terdapat perubahan ketara pada Polisi ini, kami akan memberitahu anda dengan memaparkan notis tentang perubahan tersebut melalui laman sesawang dalam jangka masa yang difikirkan sesuai oleh kami. Kami menggalakkan anda untuk kerap melawati laman sesawang PPZ MAIWP dari semasa ke semasa untuk sentiasa maklum tentang cara kami melindungi maklumat anda.