Kaunter Zakat Digital (KZD)

KZD atau Kaunter Zakat Digital adalah satu saluran bayaran yang membolehkan pembayar zakat membuat membuat bayaran zakat melalui talian telefon sahaja tanpa perlu hadir ke kaunter.

Kelebihan KZD

  • Cepat, mudah dan selamat.
  • Tidak perlu ke kaunter untuk membuat bayaran.
  • Menjimatkan masa anda.
  • Resit rasmi akan dikeluarkan selepas bayaran diterima.

Cara Membayar Zakat Melalui KZD

  • Hubungi talian 1-300-88-5757 untuk bercakap dengan perunding zakat kami.
  • Perunding zakat akan membuat semakan dan kiraan untuk bayaran zakat anda.
  • Satu SMS dan emel yang mengandungi pautan untuk membuat bayaran melalui FPX dan Kad Debit/Kredit akan dihantar kepada anda.
  • Buat bayaran melalui pautan yang disediakan dan resit rasmi bayaran zakat anda akan dengan serta-merta.