Rebat Atas Cukai Pendapatan Individu
Berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 6A (3) semua pembayaran zakat (termasuk qadha zakat) boleh ditolak dari Cukai Pendapatan Individu yang dibayar pada tahun asas bagi tahun taksiran dengan dibuktikan resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang ditubuhkan oleh undang-undang.
| CONTOH | ||
|---|---|---|
| Cukai patut bayar | RM 1,000.00 | |
| Zakat Pendapatan | RM 500.00 | |
| Zakat Simpanan | RM 300.00 | – (RM 800.00) |
| Baki Cukai | RM 200.00 |
| CONTOH | ||
|---|---|---|
| Cukai patut bayar | RM 1,000.00 | |
| Zakat Pendapatan | RM 500.00 | |
| Zakat Simpanan | RM 300.00 | – (RM 800.00) |
| Baki Cukai | RM 200.00 |
Nota 8: LHDN hanya membenarkan tolakan (rebat) dari cukai pendapatan perseorangan apabila pembayaran zakat dibuat kepada organisasi zakat.
Hubungan Potongan Cukai Bulanan (PCB) Dengan Potongan Zakat Bulanan (PZB)
Majikan boleh meremitkan sebahagian mahupun keseluruhan PCB kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP seperti mana ditentukan oleh pembayar zakat. Pelarasan boleh dibuat oleh majikan dengan mengambilkira jumlah zakat bulanan dan mengurangkan PCB sesuatu bulan.
| CONTOH 1 | |
|---|---|
| PCB patut dipotong | RM 100.00 |
| Zakat Bulanan | – (RM 70.00) |
| PCB selepas zakat | RM 30.00 |
| CONTOH 1 | |
|---|---|
| PCB patut dipotong | RM 100.00 |
| Zakat Bulanan | – (RM 70.00) |
| PCB selepas zakat | RM 30.00 |
| CONTOH 2 | |
|---|---|
| PCB patut dipotong | RM 50.00 |
| Zakat Bulanan | – (RM 70.00) |
| PCB selepas zakat | Tiada |
| CONTOH 2 | |
|---|---|
| PCB patut dipotong | RM 50.00 |
| Zakat Bulanan | – (RM 70.00) |
| PCB selepas zakat | Tiada |
Potongan Cukai Korporat
Potongan Cukai ke atas Zakat Perniagaan yang dibayar oleh Syarikat, Koperasi dan Badan Amanah tertakluk kepada had maksimum 2.5% daripada Pendapatan Agregat.
Rebat Cukai Korporat Labuan
Rebat cukai ke atas pembayaran Zakat bagi Syarikat Luar Pesisir Labuan tertakluk kepada had maksimum 3% daripada keuntungan bersih.