Ride2U merupakan salah satu saluran bayaran yang disediakan khas kepada anda yang ingin mendapatkan layanan secara personal tetapi tidak mempunyai masa untuk ke kaunter. Pegawai zakat kami akan datang ke tempat anda untuk membantu membuat kiraan dan juga menerima bayaran zakat.

Kelebihan Ride2U

  • Cepat, mudah dan selamat.
  • Tidak perlu ke kaunter setiap bulan.
  • Pegawai kami akan datang ke tempat anda.

Cara Membuat Tempahan

  • Hubungi talian 1-300-88-5757 untuk membuat tempahan slot yang bersesuaian dengan masa anda.
  • Setiap pembayar hendaklah memastikan pegawai yang hadir itu memakai vest khas dan mempunyai kad id PPZ-MAIWP untuk mengelakkan penipuan.
  • Waktu operasi adalah daripada Isnin hingga Jumaat, dari 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Syarat-Syarat Tempahan

  • Jumlah minimum bayaran zakat adalah RM2,000 dan ke atas.
  • Tertakluk kepada kekosong slot pegawai zakat kami.
  • Tempahan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 1 hari sebelum tarikh temujanji.