
Apa itu Skim Potongan Zakat Bulanan (PZB)?
Skim PZB adalah satu skim pembayaran zakat secara bulanan / berjadual. Potongan Zakat Bulanan boleh dibuat melalui majikan atau tanpa majikan.
1. Potongan Melalui Majikan (Potong Gaji)
Setiap potongan zakat melalui majikan akan tertera di dalam penyata gaji pembayar dan akan diselaraskan dengan cukai bulanan. Contoh:
Jadual PCB (Potongan Cukai Bulanan)
Contoh 1 | |
PCB perlu dibayar | RM250.00 |
Zakat yang diwajibkan | RM100.00 |
PCB perlu dibayar | RM150.00 |
Contoh 2 | |
PCB perlu dibayar | RM100.00 |
Zakat yang diwajibkan | RM100.00 |
PCB perlu dibayar | – TIADA – |
2. Potongan Tanpa Majikan (E-Mandate)
Setiap potongan zakat melalui E-Mandate akan ditolak melalui akaun bank pilihan anda pada setiap bulan. Anda akan menerima e-mel pemberitahuan dan resit rasmi daripada PPZ-MAIWP setiap bulan bagi transaksi yang berjaya.
Kelebihan Skim PZB
- Cepat, mudah, selamat
- Tidak perlu ke kaunter setiap bulan
- Jimat masa dan tenaga
- Disenaraikan secara automatik sebagai penerima Skim Kafalah Muzakki (SKM).
Apa Yang Perlu Anda Lakukan
Sebelum membuat potongan, anda perlu membuat kiraan menggunakan kalkulator zakat pendapatan terlebih dahulu supaya mudah untuk anda mengisi borang PZB.
4 cara mudah untuk anda sertai Skim PZB
Cara 1. Anda boleh membuat potongan melalui majikan secara online. Hanya klik pautan di bawah:
Cara 2. Anda juga boleh membuat potongan melalui e-mandate daripada akaun bank pilihan anda. Klik pada pautan di bawah:
Cara 3. Kunjungi kaunter PPZ-MAIWP terdekat dengan anda dan pegawai kami akan membantu anda menyertai Skim PZB.
Cara 4. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan kaunter zakat bergerak.