fbpx
Bulldozer

Soalan Lazim Zakat Emas

Zakat emas jongkong mahupun? syiling? yang dimilki untuk diperniagakan samada dalam bentuk pelaburan dan seumpamanya adalah dianggap tertakluk kepada zakat. Dalam hal ini emas jongkong dan syiling yang diperniagakan atau dimasukkan dalam pelan pelaburan adalah dianggap sebagai ?urudh al- tijarah (harta atau barang yang diniagakan)

Jika nisabnya tidak mencukupi, maka ia perlu disertakan atau disekalikan dengan harta perniagaan yang lain ataupun dengan simpanan lain yang dimiliki pemilik emas tersebut. Sekiranya cukup nisab, maka layak emas tersebut dizakatkan sebanyak 2.5% dari nilainya setelah ditukar kepada nilaian dalam matawang negara.

Kesimpulannya jika tidak cukup nisab, maka emas tersebut perlu dimasukkan bersama kiraan harta lain seperti simpanan? yang sedia ada bagi menentukan nilai zakat yang dikenakan. Sekiranya cukup nisab, kesemua harta tersebut boleh dizakatkan sekali walaupun kiraan dibuat berasingan. [Lihat?? Al-Mughni, Ibn Qudamah 3/36]

Di dalam Fath al-Aziz oleh Al-Rafi?ie (5/502) berdasarkan pandangan yang sahih dalam Mazhab Imam al-sYafi?e zakat hutang wajib dikeluarkan oleh pemiutang setiap kali mencukupi haul walaupun si penghutang belum melunaskan hutangnya. Kadar zakat yang dikenakan adalah untuk tempoh selama hutang itu berada di tangan penghutang.

Ini adalah berdasarkan kepada athar yang kuat dari para sahabat khasnya dari para Khulafa? al-Rasyidin iaitu Umar. Uthman dan Ali r.anhum? dan berdasarkan pandangan yang lebih berjaga-jaga( ihtiyat ) kerana menurut Syaikh Muhammad Al-Amin al-Syanqiti bahawasanya permaslahan zakat hutang ini tiada sebarang nas di dalam al-Quran dan al-Sunnah mahupun Ijmak. (Adwa al-Bayan 2/141) Justeru membayar zakat baginya adalah lebih awla.

Ini adalah contoh bagi salah satu elemen pelaburan emas. Seseorang? membeli emas kemudian membina satu akad yang lain iaitu wadi?ah terhadap emas tersebut untuk dijaga atas dasar yad amanah. Melalui kaedah ini, para pelabur membeli emas dalam apa jua bentuk kemudian menyerahkan kepada pihak lain untuk menyimpannya dengan dibayar upah simpan misalnya bagi tujuan menunggu masa jualan ketika harga tinggi. Dalam hal ini para ulama telah bersepakat bahawasanya emas yang disimpan dalam bentuk ini wajib dikeluarkan zakatnya tatkala cukup nisab dan haul oleh si penyimpan. Al-Baji r.h.m (al-Muntaqa) menyatakan bahawasanya mereka yang mempunyai emas yang berpisah-pisah di tangan orang lain samada menerusi kontrak qirad, mudharabah, wadi?ah atau lain-lainnya yang membolehkan perkembangan berlaku tanpa halangan pengendalian maka hukumnya adalah sama seperti emas yang berada di tangannya.

Persoalan ini seringkali timbul khasnya bagi pendeposit atau pelabur emas di akaun-akaun pelaburan emas seperti passbook dan seumpamanya namun tidak disandarkan kepada akad yang sah menurut syariah ataupun tiada emas fizikal yang terlibat.

Persoalan ini boleh dijawab menerusi jadual berikut :

Jenis Akad Keterangan Status Pemilikan Status Zakat
Akad Batil Akad yang tidak cukup syarat temetrainya akad dari sudut kelayakan bertransaksi atau masalah subjek yang diakadkan Tidak Sah Tidak Wajib
Akad Fasid tanpa Qabd(pemilikan emas) Akad yang tidak mencukupi syarat sah jual beli dan tidak diakhiri dengan berlakunya qabd Tidak Sah Tidak Wajib
Akad Fasid beserta Qabd Akad yang tidak mencukupi syarat sah jual beli tetapi diakhiri dengan berlakunya qabd Sah Wajib

Sumber: ISRA Research Paper (Analisis Kewajipan Zakat Emas Terhadap Pelaburan Emas di Malaysia) dengan pembiayaan Pusat Pungutan Zakat-MAIWP

Dalam hukum berkaitan emas perhiasan ini memang wujud khilaf. Secara mudahnya boleh dibahagikan kepada tiga pandangan :

Pertama:
Tidak diwajibkan zakat emas perhiasan. Pandangan ini dikemukakan para sahabat seperti Abdullah bin Umar, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah, Asma’ binti Abu Bakar dan Aisyah binti Abu Bakar r.anhum, para ulama seperti Al-Sya’bi, qatadah, Abu Ubaid, Abu Thaur dan salah satu pandangan yang masyhur dalam mazhab Syafi’e dan pandangan dari Mazhab Hanbali.

Kedua:
Wajib zakat pada emas perhiasan. Pandangan ini dikemukakan oleh Umar bin al-Khattab, Abdullah bin Mas’ud, Said bin al-Musayyab, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Amru bin al-As, Said bin Jubair r.anhum dan lain-lain. Juga pandangan daripada Al-Zuhri, Al-Thauri, imam Abu Hanifah, dan pandangan inilah yang dipilih Imam syafi’e sesudah istikharahnya pada Allah [Majmu’, Imam al-nawawi jilid 5, m/s 488]

Ketiga:
Wajib zakat hanya sekali pada permulaannya dan tidak berulang pada tahun berikutnya dalam pemilikan.

Kesimpulannya pihak berkuasa zakat di malaysia rata-ratanya memilih pandangan kedua iaitu wajib zakat dengan melihat kepada jumlah yang melebihi dari had ‘urf (kebiasaan) masyarakat Islam memeiliki zakat di Malaysia. Kadar ‘urf ini berbeza dari negeri-negeri yang mewajibkan zakat emas perhiasan. Misalnya di Kula Lumpur uruf adalah sebanyak 150gram, di Selangor 800 gram dan ada beberapa negeri lain meletakkan kadar ‘urf sebanyak 200 gram.

Pandangan ini juga merupakan pandangan yang dipilih oleh Imam Nawawi sebagaimana yang dinukilkan oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam fiqh zakat beliau.

Antara lainnya dalil kewajipannya adalah merujuk kepada hadith bahawasanya telah datang seorang wanita menemui Rasulullah s.a.w dengan memakai dua gelang emas.

Rasulullah s.a.w lantas bertanya : “Apakah kamu telah mengeluarkan zakat bagi kedua-dua gelas emas ini? Jawab wanita itu : Tidak. Rasulullah s.a.w seraya bersabda : “Apakah kamu mahu jika Allah Ta’ala menggantikan dua gelang emas ini dengan dua gelang api yang melingkarimu di dalam neraka?”. Maka meurut perawi hadith ini iaitu Abdullah bin Amru bin al-A’as mengatakan kedua-dua gelang itu dibuka oleh wanita itu? dan diserahkan kepada Rasulullah s.a.w dengan katanya : “Kedua gelang ini adalah untuk Allah dan Rasulnya.” [hadith riwayat Abu Daud dan Nasai’e dengan sanad yang sahih]

Ada dua pandangan utama. Menurut pandangan dalam mazhab Syafi’e dari kalangan ulama’ al-Syafi’iyyah jumlah zakat diambil dari keseluruhan pemilikan emas yang dipakai. Manakala pandangan yang kedua pula hanya mengambil kira dari jumlah emas yang dimiliki setelah ditolak had atau kadar kebiasaan atau ‘urf. Untuk menjelaskan kaedah ini sila perhatikan contoh kaedah kiraan berikut (mengikut kadar ”urf di Kuala Lumpur) :

Emas perhiasan yang dimiliki : 1500 gram

Kaedah kiraan:

1500 gram – 150 gram = 1350 gram
1350 gram x RM165.48 (harga emas untuk kiraan zakat)
= RM223,398

RM223,398 x 2.5% = RM5584 (nilai zakat yang dikenakan)

Zakat hanya diwajibkan kepada nilai berat emas yang ada pada perhiasan itu sahaja. Adapun segala tatah berlian, batu permata dan sebagainya tidak dikenakan zakat padanya kecuali satu pandangan dari Imam al-Zuhri yang mengatakan dikenakan pada setiap permata tersebut sebanyak satu perlima (al-khumus).

Ini jika pemilikan bersifat kegunaan individu. Adapun jika ianya diniagakan atau dijadikan barangan niaga atau perdagangan, maka hendaklah ditaksirkan kesemua nilai pemilikan tersebut dengan nilai matawang dan dizakatkan sebanyak 2.5%.

Hal ini agak sedikit rumit kerana para ulama rata-rata mereka membezakan antara sifat kecacatan dan tahap kerosakan serta niat pemiliknya terhadap emas tersebut. Masing-masing punya khilaf dan layanan hukum yang berbeza. Saya cuba ringkaskan kepada beberapa bahagian kerosakan berikut :

Pertama : Emas tersebut terpenyek. Jika ini berlaku maka dalam mazhab Maliki mengatakan jika ini berlaku, maka samada niat pemiliknya ingin membaikinya atau tidak atau tidak berniat apa-apapun, maka wajib zakat pada emas ini.

Kedua : Emas tidak terpenyek dan boleh dibaiki dengan pembetulan yang bersifat minor dan tidak perlu kepada proses peleburan. Maka dalam mazhab Maliki mengatakan jika pemiliknya berniat membaikinya maka pada hal ini tidak wajib zakat. Tetapi jika dia tidak berniat mebaiki atau tidak berniat apa-apa langsung, maka pada hal ini wajib dizakatkan.

Ketiga : Jika terpatah atau rosak yang menghalang ianya dari digunakan dan perlu kepada baikpulih yang melibatkan proses lebur dan pembentukan (tempa), maka pada hal ini perlu dizakatkan. Haulnya bermula dari tarikh patah.

Keempat : Jika rosak yang tidak boleh digunakan lagi tetapi tidak berhajat kepada proses peleburan atau pembentukan serta penempaan semula dan hanya boleh dibaiki dengan hanya mengimpal, maka dalam hal ini ada sedikit perbezaan.

Jika pemiliknya berniat untuk menjadikan emas itu seperti pemilikan dinar atau dirham (matawang) atau sekadar simpanan, maka wajib zakat padanya bermula haul dari tarikh kerosakan.
Jika pemiliknya berniat untuk membaiki emas tersebut, maka fuqaha syafi’iyyah mempunyai dua pandangan. Salah satunya yang dianggap paling asah di sisi al-Nawawi adalah tidak dikenakan zakat.

Jika pemiliknya tidak berniat sesuatu apapun samada menjadikannya simpanan atau matawang atau berniat membaikinya, maka pada hal ini diwajibkan zakat.

Bagi mazhab Hanbali tidak diwajibkan zakat bagi emas yang rosak namun boleh digunakan lagi kecuali jika pemiliknya berniat untuk mematahkannya dan melebur serta menempanya semula. Tetapi jika ianya rosak yang menghalang kegunaan, maka ianya diwajibkan zakat mengikut pandangan Ibn Qudamah kerana telah beralih kedududukannya seperti simpanan atau matawang. Wallahu a’alam.

Hakcipta © Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (Diuruskan oleh Hartasuci Sdn Bhd, syarikat milik penuh MAIWP). All right reserved.