Zakat Wang Simpanan

Kira Zakat Wang Simpanan

kalkulatorzakat

Wang merupakan harta cair yang boleh digunakan dalam hal pertukaran, ukuran nilai dan tabungan. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu bentuk kekayaan yang memberi kuasa membeli. Wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan diwajibkan zakat sekiranya memenuhi syarat-syaratnya.

Nisab zakat wang simpanan sama bersamaan nilai 85 gram emas Zakat dikenakan sebanyak 2.5% ke atas jumlah baki terendah dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup nisab dan haulnya serta menyamai atau melebihi nisab.

Apa itu Zakat Wang Simpanan ?

DALIL ZAKAT WANG SIMPANAN

Kewajipan zakat wang ditetapkan dalam Quran dan Hadis. Antaranya dalam surah al-Taubah seperti berikut yang bermaksud:

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.” [Surah Al-Taubah (9): 34-35]

Hadis

Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Tidaklah ada ganjaran bagi orang yang memiliki harta simpanan namun tidak menunaikan haknya, melainkan Allah SWT akan melemparkannya ke dalam api neraka jahanam pada hari kiamat, hingga dahinya, tepinya serta punggungnya dibakar, sampai Allah memutuskan perkara di antara hamba-hambanya di hari yang lamanya sekitar 50,000 tahun di bumi, kemudian dia melihat jalannya, baik ke syurga mahupun ke neraka.[HR Muslim]

PENGIRAAN ZAKAT WANG SIMPANAN

Simpanan Dalam Satu Akaun
Katakan seseorang mempunyai penyata simpanan seperti berikut:

Tarikh Simpan

Tarikh Keluar

Amaun (RM)

Baki (RM)

01/01/20XX

100,000.00

100,000.00

23/04/20XX

(5,000.00)

95,000.00

30/05/20XX

(5,000.00)

90,000.00

10/07/20XX

2,000.00

92,000.00

12/08/20XX

(5,000.00)

87,000.00

11/11/20XX

2,000.00

89,000.00

31/12/20XX

2,000.00

91,000.00

Baki terendah bagi keseluruhan tempoh dalam jadual di atas ialah RM 87,000. Ia telah melebihi nisab dan genap setahun. Tahun haul dalam contoh ini dikira dari 01/01/20xx hingga 31/12/20xx.
Zakat Wang Simpanan

= Baki Terendah (Setahun) x 2.5%
= RM 87,000 x 2.5%
= RM 2,175

Cara Menentukan Haul Zakat Simpanan ?

Simpanan Dalam Beberapa Akaun

Sekiranya pendeposit memiliki beberapa akaun simpanan di dalam bank atau lain-lain institusi kewangan, perlu menjumlahkan kesemua baki terendah bagi setiap akaun simpanan. Zakat dikenakan apabila kesemua jumlah baki terendah tersebut menyamai atau melebihi nisab.

Haul: 01/01/20xx hingga 31/12/20xx.

 

Buku Simpanan

Baki Terendah (RM)

Buku A

4,000.00

Buku B

1,000.00

Buku C

15,000.00

Jumlah Baki Terendah

20,000.00

Zakat Wang Simpanan
= Baki Terendah (Setahun) x 2.5%
= RM 20,000 x 2.5%
= RM 500.00

* Sekiranya institusi kewangan bagi mana-mana simpanan telah menunaikan zakat bagi pihak penyimpan, baki terendah untuk akaun tersebut tetap perlu dijumlahkan dengan baki akaun lain untuk mencukupkan nisab. Hal ini untuk mengira status kecukupan nisab bagi keseluruhan wang simpanan milik pendeposit.

Kira Zakat Wang Simpanan

kalkulatorzakat