RM143.80
RM12,223
ARKIB NISAB ยป

Jumlah zakat, pembayar meningkat

Kategori: Berita Semasa Diterbitkan: 26 Ogos 2013
Ditulis oleh Amiro Faizal

Putrajaya - Jumlah zakat dan bilangan pembayar mencatatkan peningkatan bagi tempoh Januari sehingga 23 Julai 2013 iaitu sebanyak RM224 juta dengan bilangan pembayar 98,327 berbanding tahun sebelumnya bagi tempoh yang sama iaitu hanya RM180 juta dengan bilangan pembayar 87,845.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, antara faktor penyumbang adalah kepelbagaian pendekatan yang digunakan oleh PPZ-MAIWP.

"Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh PPZ-MAIWP di dalam usaha memberi kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan zakat." kata beliau yang hadir ke Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan 2013 yang diadakan di Dewan Masjid Putra, Putrajaya.

Di majlis tersebut, sebanyak 11 buah syarikat yang telah membuat bayaran Zakat Perniagaan mereka seperti Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan UEM Group Berhad.

Tambah beliau, PPZ-MAIWP juga tidak terlepas menggunakan teknologi terkini di dalam menyampaikan dakwah zakat.

"PPZ-MAIWP juga menggunakan medium-medium baru seperti Youtube, Facebook, Portal PPZ dan Twitter di dalam menyampaikan dakwah zakat termasuk yang terbaru, Kaunter Zakat Bergerak."

Beliau juga berharap dengan adanya majlis seperti ini ianya akan membuka mata kepada syarikat-syarikat lain untuk menunaikan Zakat Perniagaan mereka supaya lebih ramai lagi asnaf dapat dibantu.