Terma & Syarat Pertandingan
KRITERIA PERTANDINGAN
- Pertandingan Video Zakat dan Merdeka terbuka kepada semua pengguna media sosial.
- Penyertaan adalah secara individu
- Had umur peserta adalah dari umur 13 dan keatas.
TEMPOH PERTANDINGAN
- Promosi/ hebahan pertandingan dan penghasilan video akan bermula 5 Ogos
- Peserta perlu memuat naik video yang telah disunting bermula 15 Ogos 2024 (12:00 tengah malam) hingga 16 September 2024 (11:59 malam) dan tempoh penilaian video akan diambil kira bermula 17 – 30 September 2024.
- Penyertaan yang diterima di luar daripada tempoh pertandingan akan terbatal secara automatik.
KATEGORI PERTANDINGAN
- Setiap peserta hanya boleh menghantar 1 (satu) penyertaan sahaja
- Penyampaian video mestilah menarik, kreatif serta mempunyai unsur penyampaian dakwah zakat, patriotism dan penekanan unsur kemerdekaan
- Aspek kiraan like dan view tertinggi juga akan diambil kira bagi Kategori Video Sohor Kini (Trending)
FORMAT PERTANDINGAN
- Format Aspect Video adalah 9:16 (Portrait)
- Durasi Video adalah antara 1 minit – 1 minit 30 saat (maksimum)