Skim Potongan Zakat Bulanan (PZB)

Skim PZB adalah satu skim yang membolehkan pembayar zakat membuat potongan zakat secara bulanan/berjadual. Potongan tersebut akan dibuat secara bulanan oleh majikan dan setiap pemotongan tersebut akan tertera di dalam penyata gaji bulanan.

Kelebihan Skim PZB

  • Skim PZB boleh diselaraskan dengan Potongan Cukai Bulanan (PCB).
  • Cepat, mudah dan selamat.
  • Tidak perlu ke kaunter setiap bulan.
  • Menjimatkan masa anda.
  • Disenarai secara automatik sebagai penerima skim perlindungan
    Skim Kafalah Muzakki sehingga RM3000 apabila pembayaran
    zakat melebihi RM50 setahun. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Cara Mendaftar Skim PZB

Terdapat empat cara untuk mendaftar Skim PZB:

1

2

3

4

Mohon Potong Gaji Online
Mengisi Borang Permohonan PZB secara dalam talian di sini.

Kaunter PPZ-MAIWP
Mengisi borang permohonan di mana-mana kaunter cawangan PPZ-MAIWP. Rujuk senarai kaunter di sini.

Kaunter Zakat Bergerak
Mengisi borang permohonan di Kaunter Zakat Bergerak. Rujuk maklumat lanjut KZB di sini.

Mohon Potong Gaji e-Mandate
Mengisi borang permohonan potongan melalui e-Mandate di sini.