RM143.80

Zakat Pendapatan

Cetak
PDF
Bagaimanakah cara pengiraan zakat pendapatan?
Contoh Pengiraan Zakat Pendapatan
Cara 1 Cara 2
Jumlah pendapatan kasar setahun RM48,000 A. PENDAPATAN semua sumber seperti elaun,bonus dan divedin ang diterima(setahun) RM48,000
Zakat atas pendapatan (kerana lebih nisab) X 2.5% RM1,200 B. TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan(setahun)
Diri
Isteri
Anak (Contoh : 3 orang x RM1,000)
Pemberian kepada ibu bapa
(Contoh : RM200 x 12 bulan)
KWSP (11%)
Caruman ke organisasi,koperasi,institusi kewangan yang membayar zakat
bagi pihak caruman/pendeposit
(Contoh : Tabung Haji RM110 x 12 bulan)
Jumlah Tolakan Perbelanjaan


RM9,000
RM3,000
RM3,000

RM2,400

RM5,280
RM1,320




RM(24,000)
C. PENDAPATAN YANG LAYAK Di ZAKAT (A-B) RM24,000
D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR
(kerana C lebih besar dari nisab) RM24,000 x 2,5%
RM600
E. JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN
(RM600 / 12 bulan)
RM50
Mengapa terdapatnya perbezaan taksiran zakat pendapatan antara negeri-negeri?

Fatwa zakat pendapatan telahpun dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan serta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Sebarang persoalan hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkenaan.

Adakah jumlah tolakan diri sebanyak RM9000 sahaja. Apakah sandaran jumlah tolakan ini?

Jumlah tolakan dalam pengiraan zakat ini bukanlah sesuatu yang muktamad dan ianya adalah panduan yang boleh diguna pakai oleh masyarakat umum. Ini selari dengan ketetapan yang dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hasil kajian Unit Perancang Ekonomi (EPU). Walau bagaimanapun tolakan boleh dibuat berdasarkan perbelanjaan sebenar selagi ia termasuk didalam perbelanjaan asasi.

Bagaimana berlakunya kekeliruan dalam pengiraan zakat pendapatan di sesetengah tempat?

Sila hubungi pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) untuk dapatkan penjelasan.

Bagaimana dikenakan zakat pendapatan walhal setiap bulan gaji habis dibelanjakan?

Sebab itu dinamakan zakat pendapatan dan bukannya zakat perbelanjaan. Zakat pendapatan dikira semua sumber yang diperolehi dalam setahun.

Wang pampasan yang diterima perlu tunggu setahun atau terus baru dibuat bayaran setelah diterima?

Wang pampasan yang diterima wajib zakatnya setelah genap setahun penerimaannya. Walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan sekiranya dikeluarkan zakatnya pada masa penerimaan.

Perbezaan zakat pendapatan dan zakat fitrah?

Zakat Pendapatan adalah salah satu daripada zakat harta yang dikenakan ke atas penggajian (hasil usaha) apabila mencukupi syarat-syarat yang tertentu. Manakala zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan.

Apakah tolakan-tolakan yang dibenarkan dalam pengiraan zakat pendapatan?

Perkara-perkara yang dibolehkan ditolak adalah perbelanjaan diri, isteri, anak-anak, ibubapa, caruman KWSP, simpanan di Tabung Haji.