Soalan Lazim Zakat Pendapatan

Zakat pendapatan ialah zakat yang dikenakan keatas semua jenis sumber pendapatan,hasil upah yang diperolehi daripada perkhidmatan, pekerjaan, aktiviti yang menghasilkan pendapatan bagi seseorang muslim.

Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional. Ianya merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau institusi.

Setiap hasil atau ganjaran daripada pekerjaan atau perkhidmatan secara usaha sendiri atau daripada pihak lain. Contoh item-item yang tergolong daripada pendapatan ialah gaji, elaun, bonus, emolumen, upah, bayaran profesional, dan semua jenis penerimaan yang tidak berasaskan modal, tetapi berasaskan kerja ataupun khidmat yang diberikan.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.” (Al-Baqarah : Ayat 267)

Daripada Abu Musa Asyaa`ri R.A : Nabi SAW bersabda “Setiap orang Islam diwajibkan zakat, mereka berkata kepada Rasulullah : Wahai Nabi Allah, kalau kami tidak memiliki harta, bagaimana? Jawab baginda: Berusahalah kamu dengan sepenuh tenaga bagi menyara diri kemudian bayarlah zakat. Mereka berkata lagi : usaha kami tidak berhasil? Jawab baginda: Berilah pertolongan kepada orang yang berhajat. Mereka berkata lagi : Kalau kami tidak berupaya? Sabda baginda: bergiatlah dalam perkara ma’ruf mencegah terjadinya keburukan. Sesungguhnya pekerjaan itu bagi kamu adalah sadaqah (zakat).”

(Riwayat Bukhari)

Syarat wajib zakat pendapatan adalah sama dengan jenis Zakat Harta yang lain iaitu :

  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Milik Sempurna
  4. Cukup nisab
  5. Haul

Walaubagaimanapun haul tidak disyaratkan ke atas al-Mal al-Mustafad.  Ini bersumberkan athar sahabat dan tabi’in antaranya Abdullah bin Abbas r.a , Abdullah bin Mas’ud r.a, Mu’awiyah bin Abi Sufyan r.a, dan Umar bin Abdul Aziz rahimahullah :

                                        “فِي الرِّجَلِ يَسْتَفِيدُ مَالاً قَالَ يُزَكِّيهِ حِينَ يَسْتَفِيدُه”
Maksudnya :

“Seseorang yang memperolehi al-Mal al-Mustafad wajib zakat semasa diperolehi.”

Ya, pembayar zakat pendapatan akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). (Rujuk Akta cukai pendapatan individu tahun semasa)

Contoh :
Potongan Cukai Berjadual (PCB) sebulan = RM 200
Zakat sebulan = RM150

Bermaksud, nilai rebat yang dibenarkan ialah sebanyak RM150 daripada nilai cukai bulanan. Baki RM50 lagi perlulah dibayar kepada LHDN.

Ya, ianya dikira sebagai sumber pendapatan dalam mengira Zakat Pendapatan. Apa-apa sahaja sumber yang menjadi pendapatan adalah dikira semasa membuat taksiran Zakat Pendapatan.

Terdapat 2 cara pengiraan Zakat Pendapatan iaitu dengan menolak Perbelanjaan Yang Dibenarkan dalam mengira zakat atau tanpa menolak apa-apa perbelanjaan. Sila semak kedua-dua cara pengiraan ini:

  1. Tanpa tolakan : https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/zakat-pendapatan
  2. Dengan tolakan : https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/zakat-pendapatan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-31 dan Muzakarah Khas yang bersidang pada 9 Dec 1992 memutuskan umat Islam boleh membayar zakat pendapatan.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 22 Jun 1997 menyatakan zakat pendapatan adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat.

Berdasarkan keputusan fatwa di peringkat kebangsaan Zakat Pendapatan adalah wajib tetapi pelaksanaannya adalah berbeza di setiap negeri berdasarkan Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.

Ya, zakat pendapatan masih dikenakan kerana zakat ini adalah dikira daripada jumlah pendapatan yang diterima dan dibenarkan beberapa tolakan sebagai perbelanjaan semasa membuat taksiran zakat ini. Zakat Wang Simpanan pula dikenakan selepas satu tahun wang tersebut disimpan kerana ianya telah membentuk jenis harta yang lain. Ianya dikenakan jika syarat nisab telah dipenuhi.

Harus membayar zakat secara ansuran seperti secara bulanan. Tetapi jika telah melebihi haul ianya dianggap sebagai ‘qadha’ zakat.

Afdhal membayar zakat di tempat mencari rezeki. Ini adalah kerana fakir miskin di kawasan tersebut adalah lebih berhak untuk menerima zakat dari hasil yang ditunaikan oleh para muzakki di kawsan tersebut. Hal ini sebagaimana yang difahami daripada hadith Nabi s.aw ketika mengutus Mu’az bin Jabal r.a ke Yaman dengan katanya:

“Ajarilah mereka bahawasanya Allah telah memfardhukan ke atas mereka zakat yang diambil dari golongan kaya di kalangan mereka dan diagihkan kepada golongan fakir dikalangan mereka.” [Riwayat Al-Bukhari no 1986]

Ini adalah kerana institusi-institusi ini telah membayarkan zakat bagi pihak pendeposit dan sesuatu harta itu tidak boleh dikenakan dua kali zakat.

Ini adalah kerana gaji yang diterima sudah ditolak nilai caruman KWSP. Justeru jumlah yang telah dicarum tersebut tidak termasuk dalam pemilikan sempurna dan hanya akan dikira zakatnya setelah semua caruman KWSP yang terkumpul boleh dikeluarkan.

Zakat wajib dikeluarkan ke atas pendapatan daripada penggajian Islam termasuklah apa-apa upah, gaji, elaun, imbuhan dan bonus. Oleh itu adalah wajib bagi seseorang Islam mengeluarkan zakat daripada pendapatan yang layak dikenakan zakat daripada penggajian tersebut.

Status Penwartaan Diwartakan
Tarikh Diwartakan 29 Apr, 1999
Tarikh Keputusan 9 Apr, 1999
Nombor Rujukan JAWI/A/145; PN(PU²)530/II
Akta/Enakmen Seksyen 34 – Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam(Wilayah – wilayah Persekutuan) 1993

Masalah ini termasuk di dalam pernincangan keharusan membayar zakat lebih awal sebelum tiba haul. Kebanyakan para fuqaha’ (AlHasan, Said bin Jubayr, AlZuhri, AlAuzai’e Abu Hanifah dan AlSyafi’e, Ahmad, Ishaq dan Abu Ubaid) mengatakan apabila telah wujud sebab kewajipan zakat yg paling utama iaitu pemilikan nisab yg penuh, maka dibolehkan mendahului pembayaran zakat sebelum haul tiba. Bahkan harus dalam tempoh dua tahun haul sebagaimana perbuatan Nabi s.a.w menerima pendahuluan zakat dari bapa saudaranya Al-Abbas r.a dalam keadaan umat punya keperluan yg mendesak.

انا كنا احتجنا فاستسلفنا العباس صدقة عامين (رواه البيهقي في السنن الكبرى 4/11)

Ulasan oleh Dr. Yusuf alQaradhawi dlm Fiqh Zakat, walaupun paling awla dan afdhal membayar tepat pada waktunya (haul zakat), namun jika punya hajat dan keperluan mendesak Baitulmal seperti urusan kecemasan, atau memenuhi keperluan para fuqara’ maka diharuskan untuk zakat dibayar lebih awal sebagaimana perlakuan AlAbbas r.a (bapa saudara Nabi s.a.w) tersebut.

Secara relatifnya dan realitinya keperluan asnaf adalah bersifat bulanan bahkan harian. Maka dengan mendahului pembayaran zakat dengan kaedah membayar secara bulanan adalah bersifat mendahulukan keperluan dan hajat asnaf dan jika dibiarkan (zakat hanya dibayar hujung tahun) akan mengakibatkan keperluan asnaf berkemungkinan terabai.

3. Secara umumnya perbuatan mempercepatkan amalan soleh dan bersegera melaksanakannya adalah sikap terpuji dan digalakkan. Allah Ta’ala berfirman dalam surah AlBaqarah ayat 148 :

فاستبقوا الخيرات
“Berlumba-lumbalah melaksanakan kebajikan”

Dan FirmanNya lagi dalam surah Ali Imran ayat 133 :

و سارعوا الى مغفرة من ربكم وجنة عرضها السماوات والارض
“Bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yg seluas langit dan bumi…”

AlImam alSyaukani dalam Nayl alAutar (4/148) mengulas : “Jika perkara ini terpuji dalam keadaan umum, maka di dalam perkara melibatkan harta seperti zakat ini bertambah terpuji sifatnya. Khuatir jika dibiarkan akan menyebabkan dominasi sifat kedekut dan mengikut hawa nafsu dlm perbelanjaan atau datang beberapa urusan yg lain sehingga terabai hak para fuqara’. Kerana itu telah berkata para ulama’ bahawasanya sesuatu kebaikan seharusnya disegerakan kerana keburukan dan penghalang boleh berlaku tiba-tiba, kematian itu tidak pasti bila, penangguhan pula tidak kurang celanya. Sesungguhnya dengan menyegerakan kebaikan itu melepaskan tanggungjawab (hukum) yg tertanggung, lebih menepati hajat keperluan dan jauh dari sikap penangguhan yg menzalimi, lebih diredhai oleh Allh dan lebih banyak menghapus dosa.”.

4. Nabi s.a.w sendiri seringkali bertanya kepada para sahabat baginda saban hari dan antara soalan baginda s.a.w ialah : “Siapakah yg pada hari ini telah memberi makan seorang yg miskin?” (Lihat hadith riwayat Muslim). Persoalan Nabi s.a.w ini adalah terkait dengan keperluan fakir miskin dan secara isyaratnya dapat dilihat bahawasanya kekerapan pertanyaan Baginda s.a.w ini menunjukkan keperluan menyantuni fakir miskin itu bersifat harian. Justeru, kaedah membayar zakat secara bulanan ini lebih mendekati saranan Baginda Nabi s.a.w secara tidak langsung.