
Tempoh Kempen
Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) bermula Julai hingga Disember 2021.
Terma & Syarat Penyertaan
- Terbuka kepada semua pembayar zakat melalui Skim PZB (pembayar baru dan yang menambah potongan) kecuali kakitangan PPZ-MAIWP dan ahli keluarga.
- Peserta digalakkan menaksir pendapatan terlebih dahulu bagi mendapatkan jumlah potongan bulanan yang tepat.
- Pemenang akan dipilih menerusi konsep cabutan secara rawak.
- Keputusan pemilihan para pemenang adalah muktamad.
- Pemenang akan dihubungi melalui e-mel, panggilan telefon atau paparan senarai nama di portal PPZ-MAIWP.
- Hadiah yang dimenangi tidak boleh ditukar atau dipindah milik sama ada sebahagian atau keseluruhannya kepada bentuk lain selain yang ditetapkan oleh PPZ-MAIWP.
- PPZ-MAIWP berhak secara mutlak untuk menukar atau menggantikan hadiah lain dengan nilai yang setara dengannya tanpa perlu memberi apa-apa notis pertukaran tersebut.
- Pemenang perlu menanggung semua kos tuntutan hadiah dan kehadiran ke majlis penyampaian hadiah jika berkenaan.
Kira Zakat Anda Di Sini
Cara Penyertaan
Terdapat 3 cara untuk menyertai skim ini:
3. Borang Skim PZB juga boleh didapati di:
- Kaunter PPZ-MAIWP
- Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP
- Majikan anda
Hadiah
- Terdapat 2 kategori hadiah yang ditawarkan iaitu:
- Pembayar baru
- Pembayar sedia ada yang menambah jumlah potongan zakat bulanan.
- Cabutan pemilihan pemenang akan dibuat 2 kali dalam tempoh kempen iaitu pada bulan Oktober 2021 & Januari 2022.
- Pemenang akan dipilih dari kalangan pembayar di Sektor Kerajaan dan Sektor Swasta.
- Setiap pemenang akan menerima 1 Hadiah beserta 1 Produk Asnaf
Bulan | Hadiah Utama | Hadiah | Saguhati | ||
Komputer Riba | Tablet | Telekung Eksklusif | e-Wallet | Produk Asnaf | |
Oktober 2021 | 4 Pemenang | 4 Pemenang | 20 Pemenang | RM100 X 20 Pemenang | Untuk 102 pemenang |
Januari 2022 | 4 Pemenang | 6 Pemenang | 22 Pemenang | RM100 X 22 pemenang |
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami melalui:
- E-mel : info@zakat.com.my
- Talian Zakat :1300 88 5757