Wakalah merupakan dasar pengembalian wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada entiti yang membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP untuk diagihkan kepada asnaf yang layak. Entiti yang dibenarkan memohon pengembalian wang zakat adalah:-
i. Individu.
ii. Syarikat atau organisasi.
iii. Majikan.
iv. Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
• Boleh memohon pengembalian zakat sehingga 50% daripada jumlah bayaran zakat.
• Zakat perlu diagihkan sebagai mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada asnaf yang layak.
• Zakat boleh diagihkan kepada semua asnaf KECUALI AMIL.

Kriteria Kelayakan
i. Membayar semua jenis Zakat Harta kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP.
ii. Had minimum pembayaran adalah RM20,000.
iii. Permohonan pengembalian semula dibenarkan bagi pembayaran zakat yang dibuat pada tahun semasa.
• Boleh memohon pengembalian zakat sehingga 50% daripada jumlah bayaran zakat.
• Zakat perlu diagihkan sebagai mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada asnaf yang layak.
• Zakat boleh diagihkan kepada semua asnaf KECUALI AMIL.

Kriteria Kelayakan
i. Membayar Zakat Perniagaan kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP.
ii. Jumlah minimum pembayaran RM10,000
iii. Permohonan pengembalian semula dibenarkan bagi pembayaran zakat yang dibuat pada tahun semasa.
• Boleh memohon pengembalian zakat sehingga 37.5% daripada jumlah potongan gaji zakat kakitangan.
• Zakat perlu diagihkan sebagai mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada asnaf yang layak.
• Zakat boleh diagihkan kepada semua asnaf KECUALI AMIL.

Kriteria Kelayakan
i. Membayar potongan gaji zakat kakitangan kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP.
ii. Had minimum pembayaran adalah RM100,000.
iii. Permohonan pengembalian semula dibenarkan bagi pembayaran zakat yang dibuat pada tahun semasa.
• Boleh memohon pengembalian zakat sehingga 50% daripada jumlah potongan gaji zakat kakitangan.
• Zakat perlu diagihkan sebagai mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada asnaf yang layak.
• Zakat boleh diagihkan kepada semua asnaf KECUALI AMIL.

Kriteria Kelayakan
i. Terbuka kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
ii. Membuat potongan gaji zakat kakitangan kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP.
ii. Tiada had minimum pembayaran.
iii. Permohonan pengembalian semula dibenarkan bagi pembayaran zakat yang dibuat pada tahun semasa.


Nota:
Individu/Syarikat/Majikan/IPT hendaklah menyediakan Laporan Pengagihan Wang Zakat melalui sistem MyWakalah bagi dana wakalah yang diterima pada tahun 2021 dan seterusnya manakala dana wakalah yang diterima sebelum tahun 2021, perlu dibuat secara manual menerusi format laporan agihan yang disertakan.
Untuk maklumat lanjut boleh terus menghubungi di talian zakat 1-300-88-5757 atau emel wakalah@zakat.com.my