Zakat Perniagaan

Kira Zakat Perniagaan

kalkulatorzakat

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Dalil Zakat Perniagaan

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.” [Surah Al-Nur (24): 37]

Hadis Nabi SAW yang bermaksud:

Anas RA meriwayatkan bahawa Abu Bakar RA menetapkan baginya apa yang difardhukan oleh Rasulullah SAW: “Dan jika sesuatu harta berkongsi bercampur oleh dua orang, maka keduanya saling mengeluarkan zakat dengan adil (sesuai dengan kadar atau bahagian masing-masing).”[HR Bukhari]

Asas Umum Pengiraan Zakat Perniagaan

Daripada Maimun Ibn Mihran: Apabila sudah tiba tempohnya kamu berzakat (cukup haul), maka hitunglah berapa jumlah wang tunai yang ada padamu, dan bagi barang perniagaan yang ada, nilailah ia dengan matawang, begitu juga segala hutang pelangganmu yang mampu (diharap kembali) hendaklah diambilkira dan kemudian tolakkan hutangmu sendiri, barulah dikeluarkan zakat atas bakinya itu.”[Riwayat Abu Ubayd al-Qasim Ibn Salam, Kitab Al-Amwal]

Syarat Wajib Zakat Perniagaan

  1. Muslim. Perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur antara Muslim dengan bukan Muslim, hanya bahagian pemilikan dan kepentingan orang islam sahaja yang dikenakan zakat.
  2. Sempurna Milik. Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus (tasarruf) iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta.
  3. Cukup Nisab. Paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Nisab adalah bersamaan dengan nilai 85 gram emas semasa.
  4. Cukup Haul. Genap setahun perniagaan. Penilaian harta perniagaan adalah dengan mengambil kira keadaan perniagaan pada akhir haul.
  5. Niat Berniaga. Berniat untuk mendapatkan perolehan dan keuntungan. Ia juga perlu dibuktikan dengan amalan. Niat adalah untuk mendapat keuntungan, manakala amalan ialah menjalankan perniagaan. Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud bersama secara berterusan.
  6. Barang Perniagaan dan Perkhidmatan yang Halal. Perniagaan yang halal sahaja yang diwajibkan zakat. Semua bentuk perniagaan yang haram, sama ada dari segi zatnya seperti arak dan khinzir ataupun perniagaan perjudian dan riba adalah tidak diwajibkan zakat.

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN

 

Kaedah 1: Modal Kerja

kaedah1

Sesuai digunakan bagi syarikat-syarikat seperti Syarikat Berhad, Sdn. Bhd., Koperasi, Enterprise, Trading dan sebagainya di mana terdapat pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

Kaedah 2: Modal Berkembang

kaedah2

Sesuai digunakan bagi Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad di mana tiada pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

Kaedah 3: Untung Rugi

kaedah3

Sesuai digunakan bagi jenis perniagaan yang tiada akaun atau penyata kewangan seperti peniaga kecil dan runcit contohnya pasar tani, pasar malam, restoran, kedai makan, gerai-gerai makanan dan minuman dan lain-lain perniagaan yang berkaitan.

Formula Zakat Perniagaan ?

CONTOH PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN

Kaedah 1: Modal Kerja (Syarikat)

Contoh Penyata Kewangan Syarikat ABC Sdn. Bhd.

RM

RM

Aset Tetap
Kenderaan

600,000

Perabot dan Kelengkapan

1,000,000

Bangunan

10,000,000

11,600,000

Aset Separuh Tetap
Pelaburan dalam Syarikat Subsidiari

2,100,000

Pelaburan dalam Syarikat Bersekutu

1,300,000

Pelaburan Saham Siarharga dan Tak Siarharga

600,000

4,000,000

Aset Semasa
Stok                                                                                                     Nota 1

4,100,000

Penghutang Perniagaan dan Lain-lain Penghutang                   Nota 2

1,000,000

Deposit Tetap                                                                                    Nota 3

350,000

Wang Tunai di Bank dan di Tangan

100,000

Hutang Daripada Syarikat Induk & Pengarah                              Nota 4

250,000

Jumlah Aset Semasa

5,800,000

Tolak : Liabiliti Semasa
Pemiutang Perniagaan dan Lain-lain Pemiutang                        Nota 5

2,000,000

Pinjaman Jangka Pendek                                                                 Nota 6

400,000

Cukai

2,000,000

Dividen Dicadangkan                                                                       Nota 7

500,000

Hutang Kepada Syarikat Induk & Pengarah                                 Nota 8

500,000

Jumlah Liabiliti Semasa

(5,400,000)

Aset / (Liabiliti) Semasa Bersih

400,000

16,000,000

Dibiayai Oleh:
Modal Saham Berbayar

5,000,000

Rezab / Keuntungan (Kerugian Terkumpul)

7,450,000

Dana Pemegang Saham

12,450,000

Pinjaman Jangka Panjang

3,550,000

16,000,000

Nota A

  1. RM100,000 ‐ Stok bahan mentah dan barang separuh siap
  2. Lain-lain Penghutang ‐ Deposit utiliti dan akaun prabayar berjumlah RM50,000
  3. Sejumlah RM50,000 telah dicagarkan kepada bank
  4. Tidak bercagar, tanpa caj dan tiada pembayaran semula secara tetap
  5. Lain-lain pemiutang ‐ deposit diterima dan akaun terakru berjumlah RM50,000
  6. Terdiri daripada overdraf bank
  7. Cadangan dan peruntukan
  8. Tidak bercagar, tanpa caj dan tiada pembayaran semula secara tetap

Pengiraan Zakat Perniagaan Syarikat ABC Sdn. Bhd.

RM

RM

A

Modal Kerja
[Aset Semasa – Liabiliti Semasa]
RM5,800,000 – RM5,400,000

400,000

B

Tolak : Pelarasan Aset Semasa
Stok Bahan Mentah dan Barang Separuh Siap               Nota 1
Aset Bukan Niaga

100,000

Lain-lain Penghutang               Nota 2
– Tidak Sempurna Milik

50,000

Stok Bahan Mentah dan Barang Separuh Siap               Nota 3
‐ Tidak Sempurna Milik

50,000

Hutang Daripada Syarikat Induk & Pengarah               Nota 4
‐ Tidak Sempurna Milik

 

250,000

Jumlah Pelarasan Aset Semasa

(450,000)

C

Campur : Pelarasan Liabiliti Semasa
Lain-lain pemiutang               Nota 5
‐Sempurna Milik

50,000

Pinjaman Jangka Pendek (Overdraf)               Nota 6
‐Sempurna Milik

 

400,000

Dividen Dicadangkan               Nota 7
‐Bersih Zakat Dahulu

500,000

Hutang Kepada Syarikat Induk & Pengarah               Nota 8
‐Sempurna Milik  

 

500,000

Jumlah Pelarasan Liabiliti Semasa

1,450,000

D

Jumlah Lebihan Aset / (Liabiliti) Selepas Pelarasan [A – B + C]

1,400,000

Melebihi / Menyamai Paras Nisab
(Harga 85 gram emas)

E

Peratus Pemilikan Saham Muslim (Contoh)

58%

F

Jumlah Lebihan Aset Selepas Peratusan Saham Muslim
[D X E%]

812,000

G

Kadar Zakat

2.5%

Zakat [F X G]

20,300

Kaedah 1: Modal Kerja (Koperasi)

Contoh Penyata Kewangan Koperasi XYZ Bhd.

RM

RM

Aset Tetap
Alatan dan Kelengkapan

3,450,000

Aset Separuh Tetap
Pelaburan

1,000,000

Pinjaman Ahli-ahli

8,400,000

9,400,000

Aset Semasa
Stok

1,855,000

Pelbagai Hutang dan Pendahuluan                                               Nota 1

9,100,000

Simpanan Tetap dengan Institusi Kewangan

1,000,000

Wang Tunai di Bank dan di Tangan

500,000

Jumlah Aset Semasa

12,455,000

Tolak : Liabiliti Semasa
Pelbagai Pemiutang dan Terakru                                                   Nota 2

305,000

Pemiutang Sewa Beli                                                                        Nota 3

1,000,000

Peruntukan Cukai

2,250,000

Peruntukan Zakat                                                                             Nota 4

250,000

Jumlah Liabiliti Semasa

(3,805,000)

Aset / (Liabiliti) Semasa Bersih

8,650,000

21,500,000

Dibiayai Oleh:
Modal Yuran Anggota

13,000,000

Akaun Untung Rugi Terkumpul

1,500,000

Kumpulan Wang Anggota

14,500,000

Kumpulan Wang Rizab Modal

2,500,000

Kumpulan Wang Rizab Menebus Syer

500,000

Kumpulan Wang Pelbagai

3,000,000

Ganjaran Persaraan

1,000,000

7,000,000

21,500,000

Nota B

  1. Prabayar, deposit seperti utiliti, pertaruhan dan pinjaman ahli
  2. Contoh:
    ‐ Peruntukan honorarium lembaga pengarah dicadangkan
    ‐ Pertaruhan deposit dan pendahuluan
    ‐ Pertaruhan wang bukan anggota
  3. Pinjaman tahun semasa
  4. Hanya peruntukan

Pengiraan Zakat Perniagaan Koperasi XYZ Bhd.

RM

RM

A

Modal Kerja
[Aset Semasa – Liabiliti Semasa]
RM12,455,000 – RM3,805,000

8,650,000

B

Tolak : Pelarasan Aset Semasa
Pelbagai Hutang dan Pendahuluan               Nota 1
‐Tidak Sempurna Milik  

9,100,000

Hasil Diterima (Simpanan Tetap)
Hasil Tidak Syari’e

100,000

Jumlah Pelarasan Aset Semasa

(9,200,000)

C

Campur : Pelarasan Liabiliti Semasa
Pelbagai Pemiutang dan Terakru               Nota 2
‐Sempurna Milik  

305,000

Pemiutang Sewa Beli               Nota 3
‐Pelarasan Kewangan

1,000,000

Peruntukan Zakat               Nota 4

250,000

Jumlah Pelarasan Liabiliti Semasa

1,555,000

D

Jumlah Lebihan Aset / (Liabiliti) Selepas Pelarasan [A – B + C]

1,005,000

Melebihi / Menyamai Paras Nisab (Harga 85 gram emas)

E

Peratus Pemilikan Saham Muslim (Contoh)

100%

F

Kadar Zakat

2.5%

Zakat [D X E X F]

25,125

Kaedah 2: Modal Berkembang (Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad)

Contoh perakaunan sebenar tidak dapat dipersembahkan kerana bersifat komprehensif. Pengiraan dibuat berdasarkan asas-asas berikut:

* Melihat kepada struktur dana.
* Tiada pengkelasan aset semasa dan liabiliti semasa.
* Penentuan ke atas pemilikan saham.

Kaedah 3: (Peniaga Kecil dan Runcit)

Kaedah ini mengambil kira semua hasil / jualan / perolehan setahun ditolak segala kos / perbelanjaan setahun yang ditanggung. Bakinya dikenakan zakat pada kadar 2.5% (bersamaan @ melebihi paras nisab). Ini bermakna keuntungan bersih setelah ditolak segala kos / perbelanjaan.

Contoh Pengiraan Zakat

Contoh Pengiraan Zakat

Perkara

RM

A

Hasil / Jualan / Perolehan RM300 sehari X 5 hari berniaga
RM1,500 semingguRM1,500 X 4 minggu
RM6,000 sebulanRM6,000 X 12 bulan
RM72,000 setahun

B

Tolak : Belanja / Kos Setahun (RM10,000)

C

Keuntungan Bersih Setahun (A – B)
(Melebihi / Menyamai Paras Nisab (Harga 85 gram emas)
RM72,000 – RM10,000
RM62,000

D

Kadar Zakat 2.5%

E

Zakat Perniagaan (C X D) RM1,550

Sebarang pertanyaan berkaitan zakat perniagaan,
sila hubungi:

Tel : 1-300-88-5757
Emel : [email protected]

Kira Zakat Perniagaan

kalkulatorzakat