fbpx
Bulldozer

Soalan Lazim Zakat Sewaan

Secara umum berdasarkan nas samada al-Quran mahupun al-Sunnah, terdapat beberapa jenis harta kenaan zakat. Antaranya ialah emas dan perak, harta perniagaan, gandum, kurma, kismis, haiwan ternakan, rikaz dan ma’adin. Ini antara yang tersenarai di dalam nas. Cuma para ulama’ berbeza pandangan apakah harta zakat ini hanya terhad kepada yang disebut di dalam nas sahaja ataupun ianta bersifat mu’allal (mempunyai sebab / i’llah) yang boleh tertakluk kepada ijtihad semasa dan mengikut peredaran zaman.

Pandangan yang dipilih oleh penulis dan diamalkan oleh penguasa zakat pada hari ini ialah harta zakat tidak bersifat terhad bahkan luas dan bersifat ijtihadiyy mengikut sifat-sifat harta yang dikenakan zakat iaitu dengan memiliki sifat al-nama’ atau berkembang samada secara hakiki mahupun taqdiri. Pandangan ini dipersetujui oleh Syaikh Atiyyah Muhammad Salim r.h.m dan dikemukakan juga oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah.

Ini adalah berdasarkan umum ayat-ayat al-Quran antaranya di dalam surah al-Baqarah ayat 267 :

“Wahai orang-orang yang beriman! Infaqlah daripada harta-hartamu yang terbaik dari setiap hasil usahamu dan dari segala yang kami keluarkan untukmu dari hasil mahsul bumi…”

Dalam ayat ini Al-Imam Abu Bakr al-Jassas dalam Ahkam al-Quran (2/174), mengatakan kalimah “Ma Kasabtum” (setiap hasil usahamu) menunjukkan kepada keumuman setiap jenis harta yang boleh diambil daripadanya sedekah, infaq ataupun zakat.

Pertama kita haruslah melihat kepada sifat harta tersebut tadi. Apakah dia bersifat berkembang atau tidak. Jika pelabur tersebut menjadikan rumah, tanah dan seumpamanya dari kalangan aset itu sebagai kegunaan harian (qinyah) misalnya dan tidak menjana sebarang untung mahupun hasil dari semua aset yang dimilikinya itu, maka tiada zakat yang dikenakan.

Namun, jika sekiranya kesemua aset tersebut dijadikan modal pelaburan dan dijual tatkala harga meningkat untuk menjana keuntungan, maka ia sudah dianggap sebagai harta yang punya nilai yang berkembang dan perlu dizakat dari jumlah semasa nilai aset tersebut walaupun belum terjual sekiranya tiba haul dan cukup nilai nisabnya. Jika dijual dalam haul, maka jumlah nilai aset dan keuntungannya hendaklah dicampur dan dikira sebagai zakat perniagaan yang diambil nilai zakatnya 2.5% dari nilai keleruhan aset dicampur dengan keuntungan jualan. Jika aa kos-kos pengoperasian yang terlibat ianya boleh ditolak dari jumlah yang dikenakan zakat. Jika aset tersebut misalnya belum terjual, dan sudah tiba haul untuk dizakatkan dan pemilik aset tidak mempunyai kecairan kewangan, maka zakat tersebut boleh ditangguhkan pembayarannya sehingga tiba waktu aset tersebut terjual dan tuan punya aset sudah mempunyai kecairan (wang) untuk menunaikan zakatnya yang tertangguh tadi.

Ya , semua harta yang dimiliki Pak Ali yang menjana pendapatan hasil sewaan dikenakan zakat. Cuma dalam hal ini, nilai semasa harta tersebut dikecualikan daripada zakat kerana ia bukan aset dalam perniagaan. Ia dianggap sebagai harta sewaan atau lebih dikenali dan mirip kepada zakat mustaghallat. Justeru, yang diambil kira dalam kiraan zakat Pak ali hanyalah hasil sewaan yang diterima sahaja berdasarkan bulanan dan dibayar zakatnya pada penghujung haul apabila tiba untuk dizakatkan setelah ditolak kos-kos berkaitan cukai, penyelenggaraan dan sebagainya.. Jika harta atau jumlah sewaan Pak Ali melebihi nisab walaupun belum cukup setahun haul, Pak Ali boleh juga membayar zakatnya pada setiap bulan tanpa menunggu haul tiba kerana telah memeilki nisabnya. Berikut adalah contoh kiraan zakat Pak Ali terhadap hasil sewaan beliau :

Tanah pajakan kebun : RM 1000 sebulan = RM 12,000 setahun

Kedai sewa 5 pintu? ?? : RM 5000 sebulan = RM 60,000 setahun ?

Rumah sewa 2 unit???? ??????????? : RM 1500 sebulan = RM 18,000 setahun

Jumlah hasil sewaan : RM 12,000 + RM 60,000 + RM 18,000 = RM 90,000

Kos berkaitan ??????????? : RM 20,000

Kiraan zakat ?? ??????????? ??????????? : RM 90,000 – RM 20,000 = RM 70,000 x 2.5%

????????????????????????????????????????????????? : RM 1,750 (zakat yang perlu ditunaikan oleh Pak Ali)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-32 yang bersidang pada 10-11 Jun 1993 telah membincangkan Hukum Zakat Korban Dan Aqiqah Ke Atas Ternakan Rusa. Muzakarah telah memutuskan bahawa rusa tidak diwajibkan zakat dan tidak boleh dijadikan binatang?korban dan aqiqah. Jika sekiranya diperniagakan, maka dikenakan zakat perniagaan?dengan kadar 2.5 %. [Lihat http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-zakat-korban-dan-aqiqah-ke-atas-ternakan-rusa]

Barangan perhiasan adalah tidak dikategorikan sebagai barangan kegunaan harian yang dikecualikan padanya zakat. Justeru, setiap barangan perhiasan yang terdiri dari harta-harta yang dikenakan zakat seperti emas dan perak hendaklah ditaksirkan nilainya dan diketahui beratnya serta kadar ketulenan emas mahupun perak tersebut kemudian dinilaikan zakatnya sebanyak 2.5% dari hasil nilai berat emas mahupun perak setelah dinilaikan kepada nilai pasaran semasa.

Zakat wajib bagi sesiapa sahaja yang memiliki nisab dan genap setahun harta itu berada dalam pemilikannya. Justeru, sekiranya pada tahun haul yang lalu misalnya anda telah membayar zakat, maka tatkala genap haul pada tahun ini anda juga wajib membayar zakat jika sekiranya anda memiliki harta yang cukup nisab. Zakat adalah diwajibkan setiap tahun jika cukup syaratnya. Persoalan mengenai penyusutan nilai dan wang akan kehabisan itu sesuatu perkara yang perlu diusahakan selanjutnya. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Kerana itu, Islam amat menggalakkan agar sesuatu harta itu tidak hanya disimpan dan dibekukan pergerakannya, bahkan perlu dilaburkan atau dikembangkan menerusi jalan perniagaan dan seumpamanya. Berkenaan hal ini suatu isyarat pernah dikhabarkan oleh baginda Nabi s.a.w dalam sebuah hadith :

?Perniagakanlah harta anak yatim supaya tidak disusutkan oleh zakat?.
(Hadith Riwayat Imam al- Tirmizi)

Faham dari hadith ini bahawasanya penyimpan harta anak yatim bukan sekadar perlu menjaga amanah harta tersebut tetapi wajib juga mengeluarkan dari harta itu zakatnya dan perlulah harta itu diusahakan agar berkembang dan tidak hanya susut akibat dizakatkan setiap tahun tanpa diusahakan pennambahan dan pengembangannya. Sila bertanya kepada mereka yang pakar dan arif dalam hal berkaitan pelaburan dan simpanan yang efektif.

Hakcipta © Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (Diuruskan oleh Hartasuci Sdn Bhd, syarikat milik penuh MAIWP). All right reserved.