Zakat emas jongkong mahupun syiling? yang dimiliki untuk diperniagakan samada dalam bentuk pelaburan dan seumpamanya adalah dianggap tertakluk kepada zakat. Dalam hal ini emas jongkong dan syiling yang diperniagakan atau dimasukkan dalam pelan pelaburan adalah dianggap sebagai ‘urudh al- tijarah (harta atau barang yang diniagakan)

Jika nisabnya tidak mencukupi, maka ia perlu disertakan atau disekalikan dengan harta perniagaan yang lain ataupun dengan simpanan lain yang dimiliki pemilik emas tersebut. Sekiranya cukup nisab, maka layak emas tersebut dizakatkan sebanyak 2.5% dari nilainya setelah ditukar kepada nilaian dalam matawang negara.

Kesimpulannya jika tidak cukup nisab, maka emas tersebut perlu dimasukkan bersama kiraan harta lain seperti simpanan yang sedia ada bagi menentukan nilai zakat yang dikenakan. Sekiranya cukup nisab, kesemua harta tersebut boleh dizakatkan sekali walaupun kiraan dibuat berasingan. [Lihat: Al-Mughni, Ibn Qudamah 3/36].

Di dalam Fath al-Aziz oleh Al-Rafi’ie (5/502) berdasarkan pandangan yang sahih dalam Mazhab Imam al-syafi’e zakat hutang wajib dikeluarkan oleh pemiutang setiap kali mencukupi haul walaupun si penghutang belum melunaskan hutangnya. Kadar zakat yang dikenakan adalah untuk tempoh selama hutang itu berada di tangan penghutang.

Ini adalah 1berdasarkan kepada athar yang kuat dari para sahabat khasnya dari para Khulafa’ al- Rasyidin iaitu Umar. Uthman dan Ali r.anhum dan 1berdasarkan pandangan yang lebih berjaga-

jaga( ihtiyat) kerana menurut Syaikh Muhammad Al-Amin al-Syanqiti bahawasanya permasalahan zakat hutang ini tiada sebarang nas di dalam al-Quran dan al-Sunnah mahupun Ijmak. (Adwa al-Bayan 2/141) Justeru membayar zakat baginya adalah lebih awla.

Ini adalah contoh bagi salah satu elemen pelaburan emas. Seseorang? membeli emas kemudian membina satu akad yang lain iaitu wadi’ah terhadap emas tersebut untuk dijaga atas dasar yad amanah. Melalui kaedah ini, para pelabur membeli emas dalam apa jua bentuk kemudian menyerahkan kepada pihak lain untuk menyimpannya dengan dibayar upah simpan misalnya bagi tujuan menunggu masa jualan ketika harga tinggi.

Dalam hal ini para ulama telah bersepakat bahawasanya emas yang disimpan dalam bentuk ini wajib dikeluarkan zakatnya tatkala cukup nisab dan haul oleh si penyimpan. Al-Baji r.h.m (al-Muntaqa) menyatakan bahawasanya mereka yang mempunyai emas yang berpisah-pisah di tangan orang lain samada menerusi kontrak qirad, mudharabah, wadi’ah atau lain-lainnya yang membolehkan perkembangan berlaku tanpa halangan pengendalian maka hukumnya adalah sama seperti emas yang berada di tangannya.

Persoalan ini seringkali timbul khasnya bagi pendeposit atau pelabur emas di akaun-akaun pelaburan emas seperti passbook dan seumpamanya namun tidak disandarkan kepada akad yang sah menurut syariah ataupun tiada emas fizikal yang terlibat. Persoalan ini boleh dijawab menerusi jadual berikut :

Jenis Akad Keterangan Status Pemilikan Status Zakat
Akad Batil Akad yang tidak cukup syarat termeterainya akad dari sudut kelayakan bertransaksi atau masalah subjek yang diakadkan Tidak Sah Tidak Wajib
Akad Fasid tanpa Qabd (pemilikan emas) Akad yang tidak mencukupi syarat sah jual beli dan tidak diakhiri dengan berlakunya qabd Tidak Sah Tidak Wajib
Akad Fasid beserta Qabd Akad yang tidak mencukupi syarat sah jual beli tetapi diakhiri dengan berlakunya qabd Sah Wajib

Sumber: ISRA Research Paper (Analisis Kewajipan Zakat Emas Terhadap Pelaburan Emas di Malaysia) dengan pembiayaan Pusat Pungutan Zakat-MAIWP

Dalam hukum berkaitan emas perhiasan ini memang wujud khilaf. Secara mudahnya boleh dibahagikan kepada tiga pandangan :

Pertama:

Tidak diwajibkan zakat emas perhiasan. Pandangan ini dikemukakan para sahabat seperti Abdullah bin Umar, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah, Asma’ binti Abu Bakar dan Aisyah binti Abu Bakar r.anhum, para ulama seperti Al-Sya’bi, qatadah, Abu Ubaid, Abu Thaur dan salah satu pandangan yang masyhur dalam mazhab Syafi’e dan pandangan dari Mazhab Hanbali.

Kedua:

Wajib zakat pada emas perhiasan. Pandangan ini dikemukakan oleh Umar bin al-Khattab, Abdullah bin Mas’ud, Said bin al-Musayyab, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Amru bin al-As, Said bin Jubair r.anhum dan lain-lain. Juga pandangan daripada Al-Zuhri, Al-Thauri, imam Abu

Hanifah, dan pandangan inilah yang dipilih Imam syafi’e sesudah istikharahnya pada Allah [Majmu’, Imam al-nawawi jilid 5, m/s 488]

Ketiga:

Wajib zakat hanya sekali pada permulaannya dan tidak berulang pada tahun berikutnya dalam pemilikan.

Kesimpulannya pihak berkuasa zakat di Malaysia rata-ratanya memilih pandangan kedua iaitu wajib zakat dengan melihat kepada jumlah yang melebihi dari had ‘urf (kebiasaan) masyarakat Islam memiliki zakat di Malaysia. Kadar ‘urf ini berbeza dari negeri-negeri yang mewajibkan zakat emas perhiasan. Misalnya di Kula Lumpur uruf adalah sebanyak 800 gram, di Selangor 800 gram dan ada beberapa negeri lain meletakkan kadar ‘urf sebanyak 200 gram.

Pandangan ini juga merupakan pandangan yang dipilih oleh Imam Nawawi sebagaimana yang dinukilkan oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam fiqh zakat beliau.

Antara lainnya dalil kewajipannya adalah merujuk kepada hadith bahawasanya telah datang seorang wanita menemui Rasulullah s.a.w dengan memakai dua gelang emas.

Rasulullah s.a.w lantas bertanya : “Apakah kamu telah mengeluarkan zakat bagi kedua-dua gelas emas ini? Jawab wanita itu : Tidak. Rasulullah s.a.w seraya bersabda : “Apakah kamu mahu jika Allah Ta’ala menggantikan dua gelang emas ini dengan dua gelang api yang melingkarimu di dalam neraka?”. Maka menurut perawi hadith ini iaitu Abdullah bin Amru bin al-A’as mengatakan kedua-dua gelang itu dibuka oleh wanita itu? dan diserahkan kepada Rasulullah s.a.w dengan katanya : “Kedua gelang ini adalah untuk Allah dan Rasulnya.” [hadith riwayat Abu Daud dan Nasai’e dengan sanad yang sahih]

Hukum asal sebarang bentuk pemakaian tidak diwajibkan zakat. Dengan dijadikan emas sebagai barang perhiasan dan kegunaan peribadi, emas berkenaan tidak lagi bersifat subur dan berkembang. Namun barang perhiasan tetap diwajibkan zakat sekiranya pemakaiannya terlalu banyak sehingga berlebihan dan melampaui kadar yang biasa (uruf) dipakai. Apa yang berlebihan dengan adat dan kebiasaan adalah dilarang atau tidak digalakkan oleh syariah. Yusuf al-Qaradawi menyebut perhiasan wanita yang diperbuat selain emas dan perak, seperti mutiara, berlian dan batu berharga dikecualikan zakat, kerana ia dikhaskan untuk kegunaan peribadi dan tidak dianggap sebagai aset yang berkembang.

Wilayah Persekutuan telah menetapkan kadar uruf emas perhiasan sebanyak 800 gram. Justeru sebarang pemakaian yang berulang ataupun sekali dalam tempoh setahun melebihi 800 gram wajib dikeluarkan zakat ke atasnya.

Sebagai contoh, sekiranya jumlah emas yang perhiasan yang dipakai dalam tempoh setahun ialah 900 gram:

= Berat emas dipakai (jika melebihi nilai uruf) x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat
= 900 gram x RM165.68 (contoh) x 2.5%
= RM3,727.80

Zakat hanya diwajibkan kepada nilai berat emas yang ada pada perhiasan itu sahaja. Adapun segala tatah berlian, batu permata dan sebagainya tidak dikenakan zakat padanya kecuali satu pandangan dari Imam al-Zuhri yang mengatakan dikenakan pada setiap permata tersebut sebanyak satu perlima (al-khumus).

Ini jika pemilikan bersifat kegunaan individu. Adapun jika ianya diniagakan atau dijadikan barangan niaga atau perdagangan, maka hendaklah ditaksirkan kesemua nilai pemilikan tersebut dengan nilai matawang dan dizakatkan sebanyak 2.5%.

Hal ini agak sedikit rumit kerana para ulama rata-rata mereka membezakan antara sifat kecacatan dan tahap kerosakan serta niat pemiliknya terhadap emas tersebut. Masing-masing punya khilaf dan layanan hukum yang berbeza. Saya cuba ringkaskan kepada beberapa bahagian kerosakan berikut :

Pertama : Emas tersebut terpenyek. Jika ini berlaku maka dalam mazhab Maliki mengatakan jika ini berlaku, maka samada niat pemiliknya ingin membaikinya atau tidak atau tidak berniat apa-apa pun, maka wajib zakat pada emas ini.

Kedua : Emas tidak terpenyek dan boleh dibaiki dengan pembetulan yang bersifat minor dan tidak perlu kepada proses peleburan. Maka dalam mazhab Maliki mengatakan jika pemiliknya berniat membaikinya maka pada hal ini tidak wajib zakat. Tetapi jika dia tidak berniat membaiki atau tidak berniat apa-apa langsung, maka pada hal ini wajib dizakatkan.

Ketiga : Jika terpatah atau rosak yang menghalang ianya dari digunakan dan perlu kepada baik pulih yang melibatkan proses lebur dan pembentukan (tempa), maka pada hal ini perlu dizakatkan. Haulnya bermula dari tarikh patah.

Keempat : Jika rosak yang tidak boleh digunakan lagi tetapi tidak berhajat kepada proses peleburan atau pembentukan serta penempaan semula dan hanya boleh dibaiki dengan hanya mengimpal, maka dalam hal ini ada sedikit perbezaan.

Jika pemiliknya berniat untuk menjadikan emas itu seperti pemilikan dinar atau dirham (matawang) atau sekadar simpanan, maka wajib zakat padanya bermula haul dari tarikh kerosakan.

Jika pemiliknya berniat untuk membaiki emas tersebut, maka fuqaha syafi’iyyah mempunyai dua pandangan. Salah satunya yang dianggap paling asah di sisi al-Nawawi adalah tidak dikenakan zakat.

Jika pemiliknya tidak berniat sesuatu apapun samada menjadikannya simpanan atau matawang atau berniat membaikinya, maka pada hal ini diwajibkan zakat.

Bagi mazhab Hanbali tidak diwajibkan zakat bagi emas yang rosak namun boleh digunakan lagi kecuali jika pemiliknya berniat untuk mematahkannya dan melebur serta menempanya semula. Tetapi jika ianya rosak yang menghalang kegunaan, maka ianya diwajibkan zakat mengikut pandangan Ibn Qudamah kerana telah beralih kedudukannya seperti simpanan atau matawang. Wallahu a’alam.

Pengiraan zakat ke atas pemilik kedai emas tidak sama dengan pengiraan emas individu. Pemilik kedai emas dikenakan Zakat Perniagaan. Emas yang dimiliki oleh perniagaan tersebut dikategorikan sebagai stok perniagaan.

Ya. Ia dikenakan zakat mengikut kiraan zakat emas yang disimpan.

Ia tertakluk kepada kadar pemilikan dan pemakaian setempat.

Ya. Sekiranya emas tersebut telah berpindah milik, maka wajib ke atas pemilik emas yang baru untuk mengeluarkan zakat ke atasnya sekiranya cukup nisab dan haul.

Ya, dikenakan zakat sekiranya disertakan dengan niat pelaburan atau menjana keuntungan. Kiraan zakat adalah 2.5 % daripada nilai ketika akhir haul.

Nisab emas telah mencukupi iaitu 90 gram. Ini kerana emas yang digadai adalah sempurna milik dan dikira dalam pengiraan zakat emas.