03-Final-Kempen-PZB-PDRM-(Poster)-01

Tempoh Kempen

Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan Khas Anggota PDRM bermula 1 Ogos 2021 hingga 31 Disember 2021.

Terma & Syarat Penyertaan

  1. Terbuka kepada ANGGOTA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang membayar zakat melalui SKIM PZB sama ada pembayar baharu atau yang menambah jumlah zakat.
  2. Penyertaan hendaklah menggunakan Nombor Polis
  3. Peserta digalakkan menaksir pendapatan terlebih dahulu untuk mendapatkan jumlah potongan bulanan yang tepat. (sila rujuk link di bawah)
  4. Pemenang akan dipilih menerusi konsep cabutan secara rawak.
  5. Keputusan pemilihan pemenang adalah muktamad.
  6. Pemenang akan dihubungi melalui e-mel, panggilan telefon atau paparan senarai nama di portal PPZ-MAIWP.
  7. Hadiah yang dimenangi tidak boleh ditukar atau dipindah milik sama ada sebahagian atau keseluruhannya kepada bentuk lain selain yang ditetapkan oleh PPZ-MAIWP.
  8. PPZ-MAIWP berhak secara mutlak untuk menukar atau menggantikan hadiah lain dengan nilai yang setara tanpa perlu memberi apa-apa notis pertukaran tersebut.
  9. Pemenang perlu menanggung semua kos tuntutan hadiah dan kehadiran ke majlis penyampaian hadiah jika berkenaan.

Kira Zakat Anda Di Sini

Kalkulator Zakat Pendapatan

Cara Penyertaan

Terdapat 3 cara untuk menyertai skim ini:

1. Klik pada butang di bawah untuk mengisi borang PZB.

Sistem Potongan Gaji Zakat

Atau

2. Imbas kod QR di bawah.

qr-code

Atau

3. Borang Skim PZB juga boleh didapati di:

Hadiah

Terdapat 2 kategori hadiah yang ditawarkan iaitu:

  1. Pembayar baru
  2. Pembayar sedia ada yang menambah jumlah potongan zakat bulanan.

Cabutan pemilihan pemenang akan dibuat pada bulan Januari 2022.

 

Bil. Perkara
Hadiah Utama
1. Komputer Riba x 3 pemenang
2. Tablet x 6 pemenang
3. Telefon Pintar x 6 pemenang
4. Penggoreng Udara x 15 pemenang
5. Baucar Beli Belah x 30 pemenang

Kelebihan Sertai Skim PZB Khas Anggota PDRM

  • Cepat, Mudah dan Selamat
  • Boleh diselaraskan dengan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  • Layak menerima Skim Kafalah Muzakki (Skim Khairat Kematian)
  • Majikan layak menerima pengembalian semula wang zakat (Skim Wakalah Majikan) untuk diagihkan kepada asnaf dan kakitangan yang kurang berkemampuan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami melalui: