fbpx
Bulldozer

Fatwa Zakat

ZAKAT PENDAPATAN

ZAKAT PENGAJIAN
Fatwa Di Bawah Seksyen 34 (Warta: 29 April 1999). Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, menurut subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], selepas dibincangkan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak, dan adalah disiarkan menurut subseksyen itu.

Zakat wajib dikeluarkan ke atas pendapatan daripada penggajian Islam termasuklah apa-apa upah, gaji, elaun, imbuhan dan bonus. Oleh itu adalah wajib bagi seseorang Islam mengeluarkan zakat daripada pendapatan yang layak dikenakan zakat daripada penggajian tersebut. (Bertarikh: 9 April 1999)

Zakat Gaji Beserta Kadarnya

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-56 yang bersidang pada 7 Mei 2003 telah membincangkan Zakat Gaji Beserta Kadarnya. Muzakarah telah memutuskan bahawa asas pengiraan zakat gaji dan pendapatan adalah berdasarkan kepada pendapatan kasar setahun dan kadar zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5% daripada jumlah pendapatan tersebut.

Zakat Gaji & Pendapatan Professional-2

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 22 Jun 1997 telah membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan Professional. Muzakarah telah memutuskan bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat.

Zakat Gaji & Pendapatan Professional

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-31 dan Muzakarah Khas yang bersidang pada 9 Disember 1992 telah membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan Professional. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Umat Islam boleh mengeluarkan zakat daripada pendapatan gaji dan Jabatan Hasil Dalam Negeri hendaklah memberi rebet zakat ke atas jumlah yang dibayar itu.
  2. Pendapatan profesional diwajibkan zakat kerana ia termasuk dalam zakat perniagaan.

ZAKAT PERNIAGAAN

Status Kewajipan Zakat Ke Atas Syarikat Pelaburan Hartanah Berhad (PHB)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-101 yang bersidang pada 27 September 2012 telah membincangkan Status Kewajipan Zakat Ke Atas Syarikat Pelaburan Hartanah Berhad (PHB). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

  1. Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Y. Bhg. Datuk Kamalul Ariffin Othman serta pembentangan oleh Y. Bhg. Tuan Hj. Lokmanulhakim bin Husain (ISRA/Panel Pemikir Fatwa JAKIM) serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa di dalam pensyariatan zakat, Syariat Islam telah meletakkan syarat-syarat tertentu terhadap harta yang dikenakan zakat. Syarat-syarat tersebut iaitu harta yang dimiliki sepenuhnya secara hak pemilikan dan juga pegangan (raqabah dan yad), mencukupi nisab, mencukupi haul iaitu selama 12 bulan qamariyyah dan harta yang boleh berkembang amat penting dalam mengenalpasti harta-harta yang wajib dikenakan zakat.
  2. Muzakarah juga menjelaskan bahawa di dalam permasalahan kewajipan zakat ke atas syarikat milik kerajaan sepenuhnya dengan ertikata semua modal syarikat adalah daripada kerajaan dan tidak ada pemilik atau pemegang saham dari kalangan individu perseorangan atau syarikat swasta, maka zakat tidak dikenakan terhadap harta kerajaan. Majoriti ulama? daripada kalangan Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafieyyah dan Hanabilah berpandangan bahawa tidak diwajibkan zakat terhadap harta milik kerajaan yang dijadikan pelaburan dan menjana keuntungan.
  3. Muzakarah juga menegaskan bahawa pendapat jumhur ulama? ini juga difatwakan secara majoriti oleh Nadwah Qadhaya al-Zakah al-Mua?sirah Ke-13. Nadwah memutuskan (bermaksud):

Harta awam yang dilaburkan untuk memperoleh keuntungan melalui muassasah-muassasah awam yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan, dan operasinya adalah berasaskan perniagaan serta memperoleh keuntungan, maka harta seperti ini tidak tertakluk kepada kewajipan zakat pada pendapat kebanyakan.

Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan majoriti para ulama? bahawa harta milik institusi kerajaan adalah tertakluk sebagai harta awam dan tidak diwajibkan zakat, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Syarikat Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) yang merupakan syarikat milik penuh Kerajaan tidak diwajibkan mengeluarkan Zakat.

Zakat Ke Atas Pendapatan FELDA Dan Syarikat-Syarikatnya

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22 – 24 Nov 2005 telah membincangkan Zakat Ke Atas Pendapatan FELDA Dan Syarikat-Syarikatnya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. FELDA wajib mengeluarkan zakat ke atas hasil pendapatannya dengan mengambilkira pendapatan anak-anak syarikat, sekiranya semua urusan ke atas pemilikan ekuiti dan akaun pendapatan anak-anak syarikat dikawal oleh FELDA sendiri.
  2. Walaubagaimanapun, sekiranya pendapatan anak-anak syarikat FELDA diuruskan melalui akaun yang berasingan, maka anak-anak syarikat tersebut wajib mengeluarkan zakat pendapatannya secara berasingan.

Cadangan Supaya Bayaran Zakat Yang Disalurkan Oleh Badan-Badan Korporat Diselaraskan Pembayarannya Mengikut Kelayakan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 14 Apr 2005 telah membincangkan Cadangan Supaya Bayaran Zakat Yang Disalurkan Oleh Badan-Badan Korporat Diselaraskan Pembayarannya Mengikut Kelayakan Negeri-Negeri Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa Isu perpindahan bayaran zakat oleh badan-badan korporat mengikut kelayakan negeri-negeri tidak memerlukan fatwa.

Muzakarah berpendapat bahawa jika terdapat mana-mana negeri yang masih memerlukan bantuan agihan zakat, bolehlah membuat permohonan terus kepada mana-mana Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang mempunyai kutipan yang tinggi. Pihak MAIN berkenaan akan menimbang dan seterusnya membuat keputusan ke atas permohonan tersebut.

Zakat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia? (ANGKASA)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Okt 2003 telah membincangkan Zakat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. ANGKASA wajib mengeluarkan zakat setelah ditolak semua perbelanjaan perkhidmatan, pengurusan dan cukai pendapatan kiranya cukup haul dan nisab dengan kadar 2.5%.
  2. Zakat hendaklah dibayar berdasarkan kepada pendapatan dan keuntungan daripada aktiviti perniagaan yang dijalankan apabila mendapat pertumbuhan, perkembangan dan pembesaran berbanding nilai dan modal.

Zakat Ke Atas Syarikat Yang Dimiliki Oleh Tabung Haji

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-58 yang bersidang pada 29 Jul 2003 telah membincangkan Zakat Ke Atas Syarikat Yang Dimiliki Oleh Tabung Haji. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Anak-anak syarikat Tabung Haji wajib membayar zakat masing-masing.
  2. Dalam membuat perkiraan zakat, dividen yang diisytiharkan oleh anak-anak syarikat dan dibayarkan kepada syarikat induk hendaklah ditolak.
  3. Zakat ini hendaklah dibayar berdasarkan modal asal dan keuntungan sekiranya ada.

Zakat Syarikat/Anak Syarikat Yang Dimiliki Oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB)

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 16 Ogos 2001 telah membincangkan Zakat Syarikat/Anak Syarikat Yang Dimiliki Oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Muzakarah telah memutuskan bahawa Pemodalan Nasional Berhad (PNB) memiliki anak-anak syarikat yang tidak disatukan. Masa kini anak syarikat milik PNB tidak dikenakan zakat tetapi zakat hanya dikenakan pada pelaburan perseorangan dan pemegang saham sahaja.

Oleh itu menjadi tanggungjawab PNB memberikan kesedaran kepada pelabur perseorangan supaya membayar zakat untuk mereka. PNB juga dikehendaki memberi peringatan kepada pemegang saham supaya membayar zakat.

Zakat Ke Atas Bank-Bank Dan Syarikat-Syarikat Perniagaan Yang Berlandaskan Syariah Yang Syarikat Induknya Di Miliki Oleh Orang Bukan Islam

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 16 Ogos 2001 telah membincangkan Zakat Ke Atas Bank-Bank Dan Syarikat-Syarikat Perniagaan Yang Berlandaskan Syariah Yang Syarikat Induknya Di Miliki Oleh Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa semua perbankan Islam yang menjalankan pengurusan perniagaan berlandaskan syarak wajib mengeluarkan zakat begitu juga semua kaunter yang menjalankan perniagaan berlandaskan syarak yang induknya bukan Islam.

Zakat Ke Atas Firma-Firma Dan Syarikat Konsultan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-50 yang bersidang pada 10 Mei 2001 telah membincangkan Hukum Zakat Ke Atas Firma-Firma Dan Syarikat Konsultan. Muzakarah telah memutuskan bahawa wajib zakat ke atas firma-firma dan syarikat konsultan, jika dimiliki bersama antara orang Islam dan bukan Islam, hak orang Islam sahaja yang kena zakat dan tidak ke atas milik bukan muslim.

Zakat Ke Atas Syarikat Yang Dimiliki Oleh Berbagai Jenis Pemegang Saham Yang Bercampur Muslim Dan Non Muslim

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-50 yang bersidang pada 10 Mei 2001 telah membincangkan Zakat Ke Atas Syarikat Yang Dimiliki Oleh Berbagai Jenis Pemegang Saham Yang Bercampur Muslim Dan Non Muslim. Muzakarah telah memutuskan bahawa syarikat yang bercampur antara pemegang saham muslim dan non muslim, dikenakan zakat bahagian muslim sahaja.

Zakat Ke Atas Syarikat

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-31 yang bersidang pada 9 Disember 1992 telah membincangkan Zakat Ke Atas Syarikat. Muzakarah telah memutuskan bahawa syarikat perniagaan adalah diwajibkan zakat apabila mencukupi syarat-syarat seperti berikut:

  1. Perniagaan yang dimiliki oleh orang islam
  2. Perniagaan yang dimiliki oleh orang islam yang merdeka.
  3. Sempurna milik.
  4. Cukup nisab.
  5. Cukup haul ( genap setahun qamariah/ 354.3hari)

Kadar zakat ke atas syarikat tersebut adalah 2.5%. Syarikat yang dimiliki bersama antara orang islam dan bukan islam, maka wajib ke atas jumlah saham yang dimiliki oleh orang islam sahaja berdasarkan pendapatan bersih yang diperolehi.

Zakat Ke Atas MARA

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-18 yang bersidang pada 25 Feb 1987 telah membincangkan Zakat Ke Atas MARA. Muzakarah telah memutuskan bahawa MARA tidak wajib mengeluarkan zakat kerana tidak memenuhi syarat milik sempurna sepertimana yang dikehendaki oleh syariat Islam.

Zakat Koperasi Shamelin Dan Seumpamanya

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-13 yang bersidang pada 1-2 Feb 1985 telah membincangkan Zakat Koperasi Shamelin Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa koperasi wajib mengeluarkan zakat bagi pihak ahli-ahlinya.

Pembayaran Zakat Oleh Tabung Haji

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-17 yang bersidang pada 3 Mei 1979 telah membincangkan Pembayaran Zakat Oleh Tabung Haji. Persidangan telah memutuskan bahawa:

  1. Lembaga Urusan dan Tabung Haji adalah diwajibkan membayar zakat bagi pihak penyimpan-penyimpan dari wang simpanannya, dari hasil pelaburan dan dari harta yang diperniagakan serta segala keuntungan daripadanya.
  2. Setelah dikeluarkan zakat oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji bagi pihak penyimpan-penyimpan itu, maka barulah keuntungan bersih itu dibahagi di antara penyimpan dengan Lembaga Urusan dan Tabung Haji menurut peratus yang ditentukan.
  3. Lembaga Urusan dan Tabung Haji sendiri tidak diwajibkan mengeluarkan zakat dari harta yang didapatinya dari (ii) di atas.
  4. Zakat tersebut hendaklah dibayar kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri, mengikut kadar simpanan penyimpan-penyimpan di negeri masing-masing.

ZAKAT SAHAM

Fatwa Mengenai Kaedah Taksiran Zakat Mengikut Baki Akhir (Hujung Haul)

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-111 pada 4 Oktober 2018 Agenda 3.1.: Kertas Kerja Bil. 1/111/2018 iaitu Cadangan Fatwa Mengenai Kaedah Taksiran Zakat Mengikut Baki Akhir (Hujung Haul).

Mesyuarat telah meneliti kertas cadangan ini dan membuat keputusan bersetuju dengan pendapat mengatakan penggunaan baki terakhir di penghujung haul adalah lebih menepati.

Mesyuarat berpendapat bahawa jika penilaian dibuat sepanjang masa akan menyusahkan dan sukar kerana apabila nisab berkurangan pada mana-mana tempoh dalam setahun maka haulnya terputus.

Fatwa Ke Atas Individu Pemilik Saham Dan Kaedah Pengiraan

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-94 pada 11 November 2015 telah berbincang dan setelah meneliti pandangan ahli-ahli, mengambil keputusan seperti berikut:

  1. Zakat wajib dikenakan terhadap pemilik-pemilik saham individu dan dikategorikan sebagai Zakat Saham.
  2. Kadar zakat yang wajib dikeluarkan adalah 2.5% daripada nilai pasaran saham-saham semasa yang berada dalam pemilikannya.
  3. Saham yang dibeli untuk tujuan diurusniagakan atau berjangka pendek hendaklah dizakatkan dengan kadar sebanyak 2.5% daripada nilai pasaran semasa yang berada dalam pemilikannya.
  4. Saham yang dibeli untuk mendapat pulangan tahunan atau pemilikan jangka masa panjang hendaklah dizakatkan dengan kadar sebanyak 2.5% daripada harga saham mengikut pasaran semasa.
  5. Pemilikan saham-saham tidak patuh syariah adalah tidak diharuskan. Sebarang keuntungan daripada penjualan semula saham tidak patuh syariah hendaklah dilupuskan dengan menyerahkannya kepada Baitulmal atau saluran-saluran kebajikan. Manakala modal asas hendaklah dizakatkan sebagaimana zakat wang simpanan dengan kadar 2.5% daripada jumlah tersebut.
  6. Pemilikan saham yang bercampur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah hendaklah dibersihkan keuntungannya mengikut nisbah. Keuntungan (perbezaan harga beli dan harga jual) yang diperoleh hendaklah ditolak kadar nisbah tidak patuh syariah yang perlu dilupuskan. Manakala modal asas dan baki keuntungan yang patuh syariah hendaklah dizakatkan sebagaimana zakat saham dengan kadar 2.5% daripada jumlah tersebut

ZAKAT EMAS

Cadangan Fatwa Terhadap Kewajipan Membayar Zakat Emas Ke Atas Pelaburan Emas

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-87 pada 27 Ogos 2014 telah berbincang tentang Cadangan Fatwa Terhadap Kewajipan Membayar Zakat Emas Ke Atas Pelaburan Emas. Mesyuarat telah berbincang dan mengambil keputusan seperti berikut:

  1. Zakat wajib dikenakan terhadap emas pelaburan fizikal, emas akaun (passbook) dan emas maya (forex).
  2. Zakat emas pelaburan yang patuh syariah dikenakan bagi keseluruhan modal dan keuntungan dikategorikan sebagai zakat perniagaan.
  3. Mengadakan sesi penerangan dan penjelasan kepada semua pihak berkaitan emas pelaburan yang tidak patuh syariah.

ZAKAT KWSP

Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran – Satu Alternatif

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran – Satu Alternatif. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Mazhab Syafie menetapkan bahawa zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan tempoh haulnya. Wang KWSP adalah harta simpanan. Wang KWSP apabila dikeluarkan adalah diwajibkan zakat apabila sempurna kedua-dua syarat iaitu cukup nisab dan haul yang ditetapkan. Walau bagaimanapun Jumhur Ulama?; berpandangan bahawa zakat harta boleh dikeluarkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya dengan syarat harta tersebut telah mencukupi nisabnya.
  2. Berdasarkan pandangan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali Ke-5 pada 16-17 November 1982 dipinda seperti berikut; Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun

Zakat Wang KWSP

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-5 yang bersidang pada 16-17 Feb 1982 telah membincangkan Zakat Wang KWSP. Muzakarah telah memutuskan bahawa wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, bagi pekerja-pekerja Islam wajib dikeluarkan zakat bila cukup haulnya iaitu setahun setelah penerimaannya berdasarkan Mazhab Syafie

ZAKAT WANG SIMPANAN

Fatwa Mengenai Kaedah Taksiran Zakat Mengikut Baki Akhir (Hujung Haul)

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-111 pada 4 Oktober 2018 Agenda 3.1.: Kertas Kerja Bil. 1/111/2018 iaitu Cadangan Fatwa Mengenai Kaedah Taksiran Zakat Mengikut Baki Akhir (Hujung Haul).

Mesyuarat telah meneliti kertas cadangan ini dan membuat keputusan bersetuju dengan pendapat mengatakan penggunaan baki terakhir di penghujung haul adalah lebih menepati.

Mesyuarat berpendapat bahawa jika penilaian dibuat sepanjang masa akan menyusahkan dan sukar kerana apabila nisab berkurangan pada mana-mana tempoh dalam setahun maka haulnya terputus.

ZAKAT TERNAKAN

Hukum Zakat Korban Dan Aqiqah Ke Atas Ternakan Rusa

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-32 yang bersidang pada 10-11 Jun 1993 telah membincangkan Hukum Zakat Korban Dan Aqiqah Ke Atas Ternakan Rusa. Muzakarah telah memutuskan bahawa rusa tidak diwajibkan zakat dan tidak boleh dijadikan binatang korban dan aqiqah. Jika sekiranya diperniagakan, maka dikenakan zakat perniagaan dengan kadar 2.5%.

 

ZAKAT FITRAH

Penetapan Khusus Status Pembayaran Zakat Fitrah Di Luar Bulan Ramadan

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-88 pada 19 November 2014 telah meneliti Cadangan Penetapan Khusus Status Pembayaran Zakat Fitrah Di Luar Bulan Ramadan Sebagai Transaksi Zakat Fitrah atau Sedekah atau Qadha Zakat Fitrah.

Mesyuarat telah berbincang dan mengambil keputusan bersetuju bahawa pembayaran zakat fitrah di luar bulan Ramadan adalah dikategorikan sebagai Sedeqah Wajib.

Zakat Fitrah Ke Atas Orang Tahanan Dan Banduan Islam Di Institusi Penjara

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Okt 2003 telah membincangkan Zakat Fitrah Ke Atas Orang Tahanan Dan Banduan Islam Di Institusi Penjara. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah ke atas orang tahanan dan banduan Islam di Institusi Penjara adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Bagdhdad bersamaan 2.60kg.
  2. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.

Penyelarasan Kaedah Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-51 yang bersidang pada 11 Mac 2002 telah membincangkan isu Penyelarasan Kaedah Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri adalah berdasarkan harga semasa bagi beras Super Tempatan Gred A yang beratnya satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70 kilogram; dan
  2. Bagi beras yang berlainan grednya, hendaklah ditentukan menurut perkiraan satu gantang Baghdad.

FIDYAH, KAFARAH DAN LUQATAH

Fatwa Mengenai Cadangan Penambahbaikan Pelaksanaan Fidyah Dan Kaffarah

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-102 pada 4 Oktober 2018 Agenda 4.2.: Kertas Kerja Bil. 2/102/2017 iaitu Cadangan Penambahbaikan Pelaksanaan Fidyah Dan Kaffarah di Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Mesyuarat telah menimbang dan meneliti kertas cadangan ini dan membuat keputusan seperti berikut:

  1. Kadar bayaran Fidyah adalah sebanyak RM4.00. Kadar ini berdasarkan kepada nilai ½ gantang gandum iaitu sebanyak RM3.00 dan satu ringgit tambahan sebagai langkah berjaga-jaga.
  2. Konsep Gandaan Bagi Penentuan Bayaran Fidyah. Apabila seseorang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasa tersebut, tidak perlu menggandakan fidyah tersebut kecuali bagi mereka yang berkemampuan.
  3. Penentuan Takrifan Kadar Memberi Makan Kepada Orang Miskin Dalam Pelaksanaan Kaffarah. Merujuk kepada pelaksanaan kaffarah di atas, terdapat 2 situasi yang memberi makan kepada orang miskin iaitu:
    1. Kaffarah kerana membatalkan puasa bulan ramadhan dengan bersetubuh dan Zihar: “Memberi makanan kepada 60 orang miskin sekiranya tidak mampu berpuasa atau tidak mampu berpuasa berturt-turut kerana tua atau sakit.”
    2. – Kaffarah melanggar sumpah dan tidak menunaikan nazar: “Memberi makan kepada 10 orang miskin dengan makanan yang sederhana, yang biasa diberikan oleh seseorang kepada keluarganya.” Mesyuarat bersetuju untuk menetapkan kadar memberi makan kaffarah tersebut sebanyak RM10.00 kerana mengambil kira kadar memberi makan kepada golongan miskin adalah yang bersesuaian pada masa sekarang.
  4. Penentuan Takrifan Kadar Memberi Pakaian Kepada Orang Miskin Dalam Pelaksanaan Kaffarah. Merujuk juga kepada pelaksanaan kaffarah melanggar sumpah dan tidak menunaikan nazar iaitu: “ Memberi pakaian kepada 10 orang miskin, seperti kain, stoking, penutup kepala tanpa mengira bentuknya.” Sehingga kini pihak Baitulmal MAIWP belum melaksanakannya kerana pembayar memilih untuk membuat bayaran dengan memberi makanan kepada orang miskin. Sehubungan itu, Baitulmal MAIWP mencadangkan agar penentuan kadar pemberian pakaian untuk seorang miskin bagi pelaksanaan kaffarah perlu ditentukan agar nilai lebih sesuai dengan keadaan semasa dan memudahkan masyarakat melunaskan kaffarah. Mesyuarat telah bersetuju untuk menetapkan kadar kaffarah memberi pakaian ini sebanyak RM60.
  5. Penentuan Kaffarah Bagi Persetubuhan Ketika Isteri Dalam Keadaan Haid. Mesyuarat memutuskan bahawa persetubuhan ketika isteri dalam keadaan haid, tidak diwajibkan membayar kaffarah. Walau bagaimanapun jika pelaku tersebut ingin juga membuat bayaran maka bolehlah membayarnya sebagai langkah berjaga-jaga dengan kadar samada satu Dinar atau ½ Dinar.

PEMBAYARAN ZAKAT

Pandangan Berkenaan Pembayaran Zakat Melalui Kad Kredit Islamik dan Konvensional

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-94 pada 11 November 2015 telah meneliti kertas cadangan dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:

  1. Sejajar dengan perkembangan teknologi terkini, PPZ-MAIWP telah menerima pembayaran zakat daripada pembayar zakat daripada pelbagai saluran antaranya menggunakan kad kredit khususnya kad kredit islamik yang berlandaskan syarak.
  2. Mesyuarat kali ke-62, pada 10 April 2003 telah bersetuju pembayaran zakat dengan menggunakan kad kredit yang dikeluarkan menurut kelulusan syariah Islam seperti Bank Islam.
  • Beberapa buah negeri telah mengeluarkan fatwa mengharuskan pembayaran zakat menggunakan kad kredit berlandaskan syariah antaranya negeri Selangor, Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

Mesyuarat telah berbincang dan setelah meniliti pandangan-pandangan ahli-ahli, mesyuarat mengambil keputusan seperti berikut:

  1. Mengharuskan pembayaran zakat melalui kad kredit Islamik dan menolak pembayaran zakat melalui kad kredit Konvensional

Hukum Mengagihkan Zakat Secara Persendirian Dan Qada Zakat

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 – 23 November 2006 telah membincangkan Hukum Mengagihkan Zakat Secara Persendirian Dan Qada Zakat. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Dari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut.
  2. Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.
  • Mengenai hukum Qada Zakat, ia wajib dilakukan bagi zakat yang telah memenuhi syarat wajib yang tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya

Zakat Fitrah Ke Atas Orang Tahanan Dan Banduan Islam Di Institusi Penjara

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Okt 2003 telah membincangkan Zakat Fitrah Ke Atas Orang Tahanan Dan Banduan Islam Di Institusi Penjara. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah ke atas orang tahanan dan banduan Islam di Institusi Penjara adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  1. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

 

 

Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Bagdhdad bersamaan 2.60kg.
  2. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.

 

 

Penyelarasan Kaedah Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-51 yang bersidang pada 11 Mac 2002 telah membincangkan isu Penyelarasan Kaedah Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri adalah berdasarkan harga semasa bagi beras Super Tempatan Gred A yang beratnya satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70 kilogram; dan
  2. Bagi beras yang berlainan grednya, hendaklah ditentukan menurut perkiraan satu gantang Baghdad.

FATWA UMUM ZAKAT

Pandangan Pemberian ?Back-Dated? (Tarikh Kebelakang) Tarikh Resit Bagi Pembayaran Zakat Yang Dibuat Dalam Bulan Januari Kepada Tarikh Bulan Disember.

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-94 pada 11 November 2015 telah meneliti kertas cadangan dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:

  1. Isu permintaan back-dated tarikh resit dari pembayar zakat ini berlaku setiap tahun kerana masih ramai lagi pembayar zakat menunggu saat akhir untuk menunaikan bayaran zakat sehingga berakhirnya bulan Disember.
  2. PPZ-MAIWP telah membuat penyelesaian isu ini dengan mengepilkan surat permohonan pengecualian cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bersama resit pembayaran zakat yang dibuat sehingga tarikh tertentu dalam bulan Januari untuk mendapat rebat cukai dan tidak ada aduan yang diterima oleh PPZ-MAIWP mengenai penolakan oleh LHDN.

Mesyuarat telah berbincang dan meneliti pandangan ahli-ahli mesyuarat dan mengambil keputusan untuk tidak bersetuju dengan kaedah untuk pemberian ?Back-Dated? (Tarikh Kebelakang) tarikh resit bagi pembayaran zakat yang dibuat dalam bulan Januari kepada tarikh bulan Disember.

 

Isu Wang Tidak Dikenalpasti Dalam Penyata Bank Yang Dibuat Oleh Para Pembayar Kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) ? MAIWP

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-87 pada 27 Ogos 2014 telah berbincang tentang Isu Wang Tidak Dikenalpasti Dalam Penyata Bank Yang Dibuat Oleh Para Pembayar Kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) ? MAIWP. Mesyuarat telah meneliti kertas cadangan ini dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:

  1. PPZ-MAIWP telah menerima pelbagai transaksi melibatkan bayaran daripada para pembayar khususnya yang tidak dapat dikategorikan jenis pembayaran tersebut dan tiada maklumat peribadi. Sehingga 30 April 2014 jumlah pembayaran wang yang terkumpul sebanyak RM 1,160,585.05
  2. Menjadi kewajipan PPZ-MAIWP bagi setiap transaksi penerimaan pembayaran yang diterima perlu diproses dan dikeluarkan resit atas pembayaran tersebut. Namun para pembayar yang membuat pembayaran ini tidak memaklumkan apakah jenis pembayaran tersebut. Malahan tiada dinyatakan butiran lengkap peribadi seperti nama, nombor telefon dan juga alamat pejabat atau tempat tinggal. Proses mengeluarkan resit tidak dapat dibuat.

Mesyuarat telah berbincang dan mengambil keputusan bersetuju pembayaran wang oleh para pembayar kepada PPZ-MAIWP yang tidak dikenalpasti jenis pembayaran adalah dikategorikan sebagai Zakat Harta.

Kajian Semula Hukum Agihan Semula Zakat Secara Persendirian

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 ? 25 Jun 2009 teah membincangkan Kajian Semula Hukum Agihan Semual Zakat Secara Persendirian. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Dari aspek hukum syarak, keputusan yang telah dipersetujui pada Muzakarah kali ke-76 bertarikh 21-23 Nov 2006 adalah selaras dengan pandangan syarak dan tidak perlu dibuat sebarang pindaan (sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa)

Hukum Memberi Zakat Kepada Orang Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 – 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Memberi Zakat Kepada Orang Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah. Muzakarah telah memutuskan bahawa pengagihan zakat perlu diberi keutamaan kepada umat Islam mengikut asnaf-asnaf yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, pemerintah diharuskan memberi zakat kepada orang bukan Islam berdasarkan siasah dan keperluan secara hikmah bagi tujuan dakwah.

Wanita Dan Orang Bukan Islam Sebagai Amil Zakat Gaji Dan Pendapatan Di Lembaga Hasil Dalam Negeri

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-50 yang bersidang pada 10 Mei 2001 telah membincangkan Wanita Dan Orang Bukan Islam Sebagai Amil Zakat Gaji Dan Pendapatan Di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Muzakarah telah memutuskan bahawa orang bukan Islam tidak boleh dilantik menjadi amil zakat dan wanita Islam boleh dilantik menjadi amil zakat gaji dan pendapatan di LHDN.

Perlantikan Syarikat Sebagai Amil

Fatwa Di Bawah Seksyen 34 (Warta: 30 Januari 1997). Fatwa yang berikut dibuat oleh Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, menurut subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], selepas dibincangkan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak, dan adalah disiarkan menurut subseksyen itu:

Adalah sah dari segi Hukum Syarak sesuatu syarikat yang diamanahkan oleh majlis untuk memungut zakat dilantik sebagai amil dan kakitangan yang mengendalikan urusan pungutan zakat dalam syarikat tersebut hendaklah ditauliahkan sebagai amil. (Bertarikh: 15 Januari 1997)

Sistem Metrik Dalam Urusan Zakat

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1 yang bersidang pada 28-29 Jan 1981 telah membincangkan Sistem Metrik Dalam Urusan Zakat. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Ukuran nisab jenis-jenis zakat kepada sistem metrik adalah harus.
  2. Sukatan nisab zakat padi ialah 363 gantang
Hakcipta © Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (Diuruskan oleh Hartasuci Sdn Bhd, syarikat milik penuh MAIWP). All right reserved.