Tujuan

Polisi ini adalah berkaitan tiada hadiah dan keraian yang akan dilaksanakan keatas semua warga kerja dan pihak-pihak yang berkepentingan.

Kenyataan Polisi

  1. Warga kerja PPZ-MAIWP tidak dibenarkan menerima hadiah atau keraian peribadi dari pihak luar yang berkepentingan atau berkaitan dengan tugas rasmi.
  2. Warga kerja PPZ-MAIWP tidak boleh memberi hadiah peribadi atau keraian peribadi kepada pihak luar yang berkepentingan atau berkaitan dengan tugas rasmi.
  3. Walau bagaimanapun hadiah dalam bentuk cenderahati korporat atau keraian kepada mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan urusan rasmi yang sah adalah dibenarkan.