fbpx
Bulldozer

Polisi Penerimaan Tajaan & Penajaan

Pengenalan

  • PPZ-MAIWP komited membina dan membantu masyarakat untuk perbaiki kehidupan mereka di samping menyumbang kepada pembangunan negara secara keseluruhannya.
  • Dalam melaksanakan komitmen tersebut, PPZ-MAIWP akan diminta untuk menyumbang atau membantu dalam apa bentuk sekalipun oleh mana-mana pihak atas dasar tanggungjawab sosial korporat.
  • Dalam keadaan sedemikian, mana-mana pihak yang bertindak bagi pihak PPZ-MAIWP hendaklah berhati-hati dalam memenuhi permintaan dari pihak yang membuat permintaan bagi mengelakkan wujud elemen pengaruh tidak wajar ke atas PPZ-MAIWP atau pihak yang membuat permintaan.
  • Polisi ini adalah untuk memastikan tajaan yang diberi/diterima daripada pembekal, lain-lain rakan niaga atau mana-mana pihak tidak bercanggah dengan nilai, polisi dan undang-undang terpakai.

Skop

Polisi ini terpakai kepada semua kakitangan PPZ-MAIWP (tetap, sementara, kontrak), pembekal dan lain-lain rakan niaga.

Kenyataan Polisi

  1. Penajaan dari pihak swasta/mana-mana pihak lain adalah dibenarkan dengan syarat bagi program-program berbentuk kolaborasi dengan kebenaran diperolehi daripada Ketua Pegawai Eksekutif.
  2. Sumbangan dan tajaan kepada Badan Kebajikan Pekerja (BAKEP) adalah dibenarkan namun perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Pegawai Eksekutif.
  3. PPZ akan menimbangkan sumbangan, tajaan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) samada dalam bentuk wang, perkhidmatan atau barangan kepada pihak luar yang bertujuan untuk aktiviti atau program seperti berikut:-
    • Kebajikan.
    • Pembangunan pendidikan dan pembangunan modal insan.
    • Penjagaan kesihatan.
    • Kesukanan, kesenian dan kebudayaan.
  4. PPZ tidak memberi atau menawarkan sumbangan, tajaan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada:
    • Parti politik atau apa–apa pertubuhan yang berkaitan politik kepartian.
    • Pertubuhan atau organisasi yang bertujuan jenayah dan keganasan.
    • Pertubuhan atau organisasi yang didapati muflis atau disenarai hitam oleh mana–mana Institusi Kewangan dan Bukan Kewangan.
    • Pertubuhan atau organisasi yang berkaitan dengan perjudian, alkohol dan tembakau.
    • Permohonan daripada Individu, syarikat, organisasi dan pertubuhan berlandaskan penipuan, penyelewengan dan scam.
  5. Kriteria-kriteria bagi penajaan untuk Pihak Luar adalah seperti berikut:
    • Penajaan tersebut tidak bercanggah dengan undang-undang dan polisi syarikat penerima. Ini berikutan banyak kementerian, agensi kerajaan serta syarikat korporat telah menguatkuasa Polisi Tidak Menerima Hadiah dan Tajaan.
    • Penajaan tersebut tidak boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada penerima.
    • Penajaan tersebut tidak boleh mewujudkan rasa terhutang budi dalam hubungan perniagaan.
  6. Bagi Penajaan Dari Pihak Luar untuk PPZ-MAIWP yang dibenarkan pula adalah seperti berikut:
    • Penajaan yang diperoleh adalah terhad kepada kolaborasi untuk tujuan dakwah zakat dan bukan untuk manfaat kakitangan PPZ-MAIWP.
    • Kelulusan bertulis mesti diperolehi daripada Ketua Pegawai Eksekutif sebelum menerima permohonan tajaan dari pihak luar.
    • Penerima tajaan hendaklah dipastikan tiada unsur-unsur paksaan, tiada syarat dan ikatan serta tidak menimbulkan syak kepada mana-mana pihak agar tidak mencemar nama baik PPZ-MAIWP.
Hakcipta © Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (Diuruskan oleh Hartasuci Sdn Bhd, syarikat milik penuh MAIWP). All right reserved.