fbpx
Bulldozer

Polisi Konflik Kepentingan

Pengenalan

Percanggahan kepentingan merujuk kepada konflik antara tanggungjawab sebagai kakitangan PPZ-MAIWP dan kepentingan peribadi yang boleh menyebabkan mereka tidak dapat bertindak secara objektif dan telus sekaligus sukar membuat pertimbangan secara adil berkaitan tugasan rasmi.

Percanggahan kepentingan seringkali berlaku dalam situasi dimana kakitangan berhadapan kesukaran untuk membuat pilihan antara sesuatu perkara yang mempunyai kepentingan peribadinya berbanding kepentingan PPZ-MAIWP.

Skop

Polisi ini terpakai kepada:

  1. Semua kakitangan PPZ- MAIWP (tetap, sementara, kontrak).
  2. Semua pembekal dan pihak ketiga.
  3. Pihak berkepentingan.
  4. Orang awam.

Kenyataan Polisi

PPZ sentiasa berusaha menerapkan nilai- nilai integriti, akauntabiliti dan profesionalisme dalam semua urusan rasmi.

Selaras dengan komitmen tersebut, warga PPZ-MAIWP adalah dilarang untuk:

  1. Mempunyai kepentingan peribadi dengan pihak yang mempunyai urusan rasmi dengan PPZ-MAIWP.
  2. Menyalurkan apa- apa maklumat berkaitan PPZ yang membolehkan pihak ketiga mendapat manfaat dalam apa-apa urusan rasmi PPZ-MAIWP.
  3. Menerima yuran/komisen/apa-apa barangan bernilai daripada pihak ketiga yang mempunyai urusan rasmi dengan PPZ-MAIWP.
  4. Menjalankan apa-apa bentuk transaksi dengan menggunakan akaun peribadi dengan pihak ketiga yang mempunyai urusan rasmi di PPZ –MAIWP.
  5. Menggunakan kedudukan rasmi untuk kemajuan kerjaya saudara dan sekutu di PPZ-MAIWP.
Hakcipta © Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (Diuruskan oleh Hartasuci Sdn Bhd, syarikat milik penuh MAIWP). All right reserved.