Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua kaunter PPZ-MAIWP telah bermula operasi dari 1 Ramadan bagi memberi kemudahan kepada pembayar yang kurang mahir menggunakan platform digital atau secara dalam talian.
Antara sepuluh kaunter yang beroperasi adalah kaunter di Shamelin, Kampung Baru, Masjid Negara, Wangsa Maju, Putrajaya Presint 9, Putrajaya Presint 15 Diplomatik, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kepong, UTC Pudu Sentral dan Labuan. Kaunter akan dibuka pada hari Isnin hingga Ahad bermula jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang. Pembayaran zakat secara tunai, cek, kad debit dan kad kredit perbankan Islam boleh diterima di semua kaunter yang beroperasi.
Walau bagaimanapun, pihak PPZ-MAIWP hanya akan menerima bayaran zakat sama ada zakat harta atau fitrah. Bagi sebarang persoalan mengenai zakat, para pembayar dinasihatkan untuk menghubungi pusat panggilan PPZ-MAIWP di Talian Zakat iaitu 1-300-88-5757, emel kepada info@zakat.com.my atau media sosial rasmi PPZ-MAIWP.
Menyahut saranan Kerajaan Malaysia untuk mencegah penularan wabak COVID-19, PPZ-MAIWP akan sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memastikan keselamatan semua pembayar zakat serta warga kerja PPZ-MAIWP terjamin.
PPZ-MAIWP akan menjalankan proses disinfeksi secara berkala bagi memastikan kebersihan premis kaunter PPZ-MAIWP berada pada tahap optimum. Selain itu, PPZ-MAIWP juga akan menjalankan proses saringan suhu badan terhadap semua pelanggan dan warga kerja dan memastikan jarak 1 meter bagi setiap pelanggan. Penyediaan topeng muka, sarung tangan serta cecair pembasmi kuman juga turut dijalankan sebelum berurusan di kaunter PPZ-MAIWP.
Leave a Comment