PPZ-MAIWP telah menerima bayaran zakat perniagaan daripada 6 buah syarikat korporat dengan jumlah kutipan sebanyak RM37,623,209.67. Majlis telah berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya hari ini.
6 syarikat yang membayar zakat perniagaan mereka hari ini adalah Amanah Hartanah Bumiputera, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Lembaga Tabung Haji, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan UDA Holdings Berhad.
Pada majlis yang sama, PPZ-MAIWP turut menerima sumbangan sebanyak RM2,250,000.00 untuk Tabung Musaadah COVID-19 PPZ daripada 6 syarikat korporat iaitu Maybank Berhad, Lembaga Tabung Haji, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad, Cagamas Berhad, & UDA Holdings Berhad.
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff menyeru kepada semua umat Islam untuk segera menunaikan zakat bagi meraih pahala berganda di bulan Ramadan yang berbaki 8 hari lagi, di samping membantu lebih ramai asnaf yang memerlukan dalam keadaan yang sukar kini akibat penularan wabak COVID-19.
Majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Haji Che Mat Che Ali, serta Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.
Tahniah diucapkan kepada kesemua syarikat di atas zakat serta sumbangan yang telah disempurnakan. InsyaAllah, lebih ramai golongan asnaf yang dapat disantuni.
Leave a Comment