Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerusi Khaira PPZ (CSR PPZ-MAIWP) telah mengadakan penyerahan sumbangan kewangan kepada petugas barisan hadapan Hospital Kuala Lumpur.
PPZ-MAIWP bersama Affin Islamic Bank Berhad hari ini tampil memberi sumbangan sebanyak RM50,000 kepada 167 orang barisan hadapan yang berkhidmat di sektor pembersihan dan penyediaan makanan di Hospital Kuala Lumpur.
Sumbangan ini bertujuan menyantuni dan memberi bantuan sokongan kepada mereka yang memerlukan di samping berkongsi rezeki untuk mengurangkan beban dalam menghadapi suasana sukar Covid-19. Selain itu, ia juga merupakan satu tanda penghargaan kepada mereka yang telah bertungkus-lumus secara tidak langsung dalam memutuskan rangkaian Covid-19.
Simbolik serahan sumbangan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman. Turut hadir ialah Pengarah Hospital Kuala Lumpur. YBhg. Datuk Dr Heric Corray serta Ketua Jabatan Penasihat Syariah Affin Islamic Bank Berhad, Encik Mohd Faiz Rahim.
Leave a Comment