Sungai Besi – Sempena menanti kehadiran bulan berkat, bulan Ramadhan, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menganjurkan satu program ‘Ahlan Ya Ramadhan’ bersama komuniti Pangsapuri Bandar Tasik Selatan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perwakilan Penduduk Bandar Tasik Selatan.
Program bermula tepat jam 9.30 malam itu menyajikan dua slot ceramah santai. Slot pertama diisi oleh Ustaz Mohd Ibrahim (Ustaz Mad Cina) selaku moderator, Ustaz Dr Izhar Arif dan Pencetus Ummah Mohd Sufian Mohd Isa yang banyak memberi kesedaran akan keberkatan bulan Ramadhan dan persediaan bagi menghadapi bulan berkat itu.
Slot kedua pula diisi oleh pasangan serasi iaitu Ustaz Akhil Hayy dan Man Raja Lawak yang banyak menyentuh berkenaan dengan isu zakat yang disampaikan dalam keadaan amat bersahaja membuatkan mereka yang hadir tidak kering gusi.