RM143.80

Zakat Wang Simpanan

Cetak
PDF
Adakah zakat simpanan perlu ditolak segala hutang?

Zakat wang simpanan dikenakan 2.5% ke atas baki terendah dalam akaun sepanjang tempoh setahun sekiranya melebihi nisab tanpa perlu ditolak hutang.

Adakah wang pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kena bayar zakat?

Tidak dikenakan zakat.

Adakah wang simpanan (sijil premium) yang dicagarkan untuk pinjaman perlu dizakatkan?

Dikenakan zakat sekiranya jumlah pinjaman kurang dari sijil premium yang dicagarkan (atas bakinya iaitu jumlah sijil premium tolak jumlah pinjaman dalam tempoh setahun) tetapi jika sebaliknya tidak dikenakan zakat.