Zakat Perniagaan

Apa Itu Zakat Perniagaan

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Dalil Zakat Perniagaan

Firman Allah SWT yang bermaksud:

(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Anas RA meriwayatkan bahawa Abu Bakar RA menetapkan baginya apa yang difardhukan oleh Rasulullah SAW: Dan jika sesuatu harta berkongsi bercampur oleh dua orang, maka keduanya saling mengeluarkan zakat dengan adil (sesuai dengan kadar atau bahagian masing-masing).

Asas Umum Pengiraan Zakat Perniagaan

Daripada Maimun Ibn Mihran: Apabila sudah tiba tempohnya kamu berzakat (cukup haul), maka hitunglah berapa jumlah wang tunai yang ada padamu, dan bagi barang perniagaan yang ada, nilailah ia dengan matawang, begitu juga segala hutang pelangganmu yang mampu (diharap kembali) hendaklah diambilkira dan kemudian tolakkan hutangmu sendiri, barulah dikeluarkan zakat atas bakinya itu.

Syarat Wajib Zakat Perniagaan

  • Muslim

    Perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur antara Muslim dengan bukan Muslim, hanya bahagian pemilikan dan kepentingan orang islam sahaja yang dikenakan zakat.

  • Sempurna Milik

    Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus (tasarruf) iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta.

  • Cukup Nisab

    Paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Nisab adalah bersamaan dengan nilai 85 gram harga emas semasa.

  • Cukup Haul

    Genap setahun perniagaan. Penilaian harta perniagaan adalah dengan mengambil kira keadaan perniagaan pada akhir haul.

  • Niat Berniaga

    Berniat untuk mendapatkan perolehan dan keuntungan. Ia juga perlu dibuktikan dengan amalan. Niat adalah untuk mendapat keuntungan, manakala amalan ialah menjalankan perniagaan. Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud bersama secara berterusan.

  • Barang Perniagaan Dan Perkhidmatan Yang Halal

    Perniagaan yang halal sahaja yang diwajibkan zakat. Semua bentuk perniagaan yang haram, sama ada dari segi zatnya seperti arak dan khinzir ataupun perniagaan perjudian dan riba adalah tidak diwajibkan zakat.

Formula Zakat Perniagaan

Kaedah Pengiraan Zakat Perniagaan

Kaedah 1: Modal Kerja

Formula Kiraan:

[Aset Semasa – Liabiliti Semasa] X % Pemilikan Saham Muslim X 2.5%

Sesuai digunakan bagi syarikat-syarikat seperti Syarikat BerhadSdn. Bhd.Koperasi, Enterprise, Trading dan sebagainya di mana terdapat pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

Kaedah 2: Modal Berkembang

Formula Kiraan:

[Ekuiti Pemilik – Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Separuh Tetap] X % Pemilikan Saham Muslim X 2.5%

Sesuai digunakan bagi Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad di mana tiada pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

Kaedah 3: Untung Rugi

Formula Kiraan:

[Hasil/Jualan/Perolehan – Belanja/Kos Yang Ditanggung] X 2.5%

Sesuai digunakan bagi jenis perniagaan yang tiada akaun atau penyata kewangan seperti peniaga kecil dan runcit contohnya pasar tanipasar malamrestorankedai makangerai-gerai makanan dan minuman dan lain-lain perniagaan yang berkaitan.

Contoh Pengiraan Zakat Perniagaan

Kaedah 1: Modal Kerja (Syarikat)

Contoh penyata kewangan syarikat.

 RMRM
Aset Tetap
Kenderaan600,000 
Perabot dan Kelengkapan1,000,000 
Bangunan10,000,000 
11,600,000
Aset Separuh Tetap
Pelaburan dalam Syarikat Subsidiari2,100,000 
Pelaburan dalam Syarikat Bersekutu1,300,000 
Pelaburan Saham Siarharga dan Tak Siarharga600,000 
4,000,000
Aset Semasa
Stok4,100,000 
Penghutang Perniagaan dan Lain-lain Penghutang1,000,000 
Deposit Tetap350,000 
Wang Tunai di Bank dan di Tangan100,000 
Hutang Daripada Syarikat Induk & Pengarah250,000 
Jumlah Aset Semasa5,800,000
Tolak : Liabiliti Semasa
Pemiutang Perniagaan dan Lain-lain Pemiutang2,000,000 

Pinjaman Jangka Pendek

400,000 
Cukai2,000,000 
Dividen Dicadangkan500,000 
Hutang Kepada Syarikat Induk & Pengarah500,000 
Jumlah Liabiliti Semasa (5,400,000)
Aset / (Liabiliti) Semasa Bersih 400,000
  16,000,000
Dibiayai Oleh:
Modal Saham Berbayar5,000,000 
Rezab / Keuntungan (Kerugian Terkumpul)7,450,000 
Dana Pemegang Saham 12,450,000
Pinjaman Jangka Panjang 3,550,000
  16,000,000

Nota

  1. RM100,000 Stok bahan mentah dan barang separuh siap
  2. Lain-lain Penghutang Deposit utiliti dan akaun prabayar berjumlah RM50,000
  3. Sejumlah RM50,000 telah dicagarkan kepada bank
  4. Tidak bercagar, tanpa caj dan tiada pembayaran semula secara tetap
  5. Lain-lain pemiutang deposit diterima dan akaun terakru berjumlah RM50,000
  6. Terdiri daripada overdraf bank
  7. Cadangan dan peruntukan
  8. Tidak bercagar, tanpa caj dan tiada pembayaran semula secara tetap

Pengiraan Zakat Perniagaan Syarikat

  RMRM
AModal Kerja
 [Aset Semasa – Liabiliti Semasa]
 RM5,800,000 – RM5,400,000400,000
BTolak : Pelarasan Aset Semasa
 
Stok Bahan Mentah dan Barang Separuh Siap 
Aset Bukan Niaga
100,000 
 
Lain-lain Penghutang 
Tidak Sempurna Milik
50,000 
 
Stok Bahan Mentah dan Barang Separuh Siap 
Tidak Sempurna Milik
50,000 
 
Hutang Daripada Syarikat Induk & Pengarah 
Tidak Sempurna Milik
250,000 
 Jumlah Pelarasan Aset Semasa(450,000)
CCampur : Pelarasan Liabiliti Semasa
 
Lain-lain pemiutang 
Sempurna Milik
50,000 
 
Pinjaman Jangka Pendek (Overdraf) 
Sempurna Milik
400,000 
 
Dividen Dicadangkan 
Bersih Zakat Dahulu
500,000 
 
Hutang Kepada Syarikat Induk & Pengarah 
Sempurna Milik
500,000 
 Jumlah Pelarasan Liabiliti Semasa 1,450,000
DJumlah Lebihan Aset / (Liabiliti) Selepas Pelarasan [A – B + C]1,400,000
 Melebihi / Menyamai Paras Nisab
(Harga 85 gram emas)
  
EPeratus Pemilikan Saham Muslim (Contoh)58%
FJumlah Lebihan Aset Selepas Peratusan Saham Muslim [D X E%]812,000
GKadar Zakat2.5%
 Jumlah Zakat [F X G]20,300

Kaedah 1: Modal Kerja (Koperasi)

Contoh penyata kewangan koperasi.

 RMRM
Aset Tetap
Alatan dan Kelengkapan3,450,000
Aset Separuh Tetap
Pelaburan1,000,000 
Pinjaman Ahli-ahli8,400,000 
  9,400,000
Aset Semasa
Stok1,855,000 
Pelbagai Hutang dan Pendahuluan9,100,000 
Simpanan Tetap dengan Institusi Kewangan1,000,000 
Wang Tunai di Bank dan di Tangan500,000 
Jumlah Aset Semasa 12,455,000
Tolak : Liabiliti Semasa
Pelbagai Pemiutang dan Terakru305,000 
Pemiutang Sewa Beli1,000,000 
Peruntukan Cukai2,250,000 
Peruntukan Zakat250,000 
Jumlah Liabiliti Semasa (3,805,000)
Aset / (Liabiliti) Semasa Bersih 8,650,000
  21,500,000
Dibiayai Oleh:
Modal Yuran Anggota13,000,000 
Akaun Untung Rugi Terkumpul1,500,000 
Kumpulan Wang Anggota 14,500,000
Kumpulan Wang Rizab Modal2,500,000 
Kumpulan Wang Rizab Menebus Syer500,000 
Kumpulan Wang Pelbagai3,000,000 
Ganjaran Persaraan1,000,000 
  7,000,000
  21,500,000

Nota

  1. Prabayar, deposit seperti utiliti, pertaruhan dan pinjaman ahli
  2. Contoh:
    • Peruntukan honorarium lembaga pengarah dicadangkan
    • Pertaruhan deposit dan pendahuluan
    • Pertaruhan wang bukan anggota
  3. Pinjaman tahun semasa
  4. Hanya peruntukan

Pengiraan Zakat Perniagaan Koperasi

  RMRM
AModal Kerja
 [Aset Semasa – Liabiliti Semasa]
 RM12,455,000 – RM3,805,0008,650,000
BTolak : Pelarasan Aset Semasa
 
Pelbagai Hutang dan Pendahuluan 
Tidak Sempurna Milik
9,100,000 
 Hasil Diterima (Simpanan Tetap)
Hasil Tidak Syari’e
100,000 
 Jumlah Pelarasan Aset Semasa(9,200,000)
CCampur : Pelarasan Liabiliti Semasa
 
Pelbagai Pemiutang dan Terakru 
Sempurna Milik
305,000 
 
Pemiutang Sewa Beli 
Pelarasan Kewangan
1,000,000 
 
Peruntukan Zakat 
 
250,000 
 Jumlah Pelarasan Liabiliti Semasa1,555,000
DJumlah Lebihan Aset / (Liabiliti) Selepas Pelarasan [A – B + C]1,005,000
 Melebihi / Menyamai Paras Nisab (Harga 85 gram emas)  
EPeratus Pemilikan Saham Muslim (Contoh)100%
FKadar Zakat2.5%
 Jumlah Zakat [D × E × F]25,125

Kaedah 2: Modal Berkembang

Contoh Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad

Contoh perakaunan sebenar tidak dapat dipersembahkan kerana bersifat komprehensif. Pengiraan dibuat berdasarkan asas-asas berikut:

  • Melihat kepada struktur dana.
  • Tiada pengkelasan aset semasa dan liabiliti semasa.
  • Penentuan ke atas pemilikan saham.

Kaedah 3: Untung Rugi

Kaedah ini mengambil kira semua hasil / jualan / perolehan setahun ditolak segala kos / perbelanjaan setahun yang ditanggung. Bakinya dikenakan zakat pada kadar 2.5% (bersamaan @ melebihi paras nisab). Ini bermakna keuntungan bersih setelah ditolak segala kos / perbelanjaan.

Pengiraan Zakat Perniagaan Kaedah Untung Rugi

 PerkaraRM
AHasil / Jualan / PerolehanRM300 sehari X 5 hari berniaga
RM1,500 semingguRM1,500 X 4 minggu
RM6,000 sebulanRM6,000 X 12 bulan
RM72,000 setahun
BTolak : Belanja / Kos Setahun(RM10,000)
CKeuntungan Bersih Setahun [A – B]
(Melebihi / Menyamai Paras Nisab (Harga 85 gram emas)
RM72,000 – RM10,000
RM62,000
DKadar Zakat2.5%
EZakat Perniagaan [C × D]RM1,550

Perlukan Bantuan Untuk Kiraan Zakat Perniagaan?

Sila hubungi 1-300-88-5757 atau hantarkan emel ke udp@zakat.com.my.