fbpx
Bulldozer

Zakat Galian

Kira?Zakat?

kalkulatorzakat

ZAKAT GALIAN?(MA’ADIN, KANZ, RIKAZ)

Secara asasnya perbahasan ini berkisar tentang ma?adin, kanz dan rikaz. Ma?adin dengan kata lain adalah bahan galian berharga, yang dengan sendirinya tersimpan di dalam bumi. Manakala kanz adalah harta yang ditanam di dalam bumi oleh tangan manusia. Istilah Rikaz pula mencakupi kedua-dua ma?adin dan kanz. Namun, umumnya setiap harta yang tertanam di dalam bumi dipanggil sebagai rikaz.

DALIL ZAKAT RIKAZ

Yusuf al-Qaradawi menyatakan harta yang tertanam termasuklah semua benda berharga yang ditinggalkan oleh manusia terdahulu di dalam tanah seperti emas, perak, tembaga, logam dan seakan dengannya. Para fuqaha? telah menetapkan bahawa sesiapa yang terjumpa harta-harta ini diwajibkan untuk mengeluarkan zakat seperlima bahagian (20%), berdasarkan hadis yang berasal dari Abu Hurairah RA yang bermaksud:

Rasulullah SAW bersabda: ?…harta terpendam (rikaz) (bila ditemukan seseorang) zakatnya seperlima (20%).?(HR Bukhari & Muslim)

An-Nasa?i meriwayatkan dari Amru Ibnu Syu?aib dari bapanya dari atuknya bahawa:

?Rasulullah pernah ditanya tentang harta yang hilang dan dijumpai (luqatah), dan Baginda bersabda, ?harta benda yang dijumpai dijalan umum atau di kawasan yang didiami orang ramai, hendaklah diberitakan kepada umum selama setahun. Sekiranya tuan empunya barang datang menuntut maka serahkan harta tersebut kepadanya, dan sekiranya tidak, ambillah sebagai milikmu. Tetapi harta yang dijumpai bukan pada jalan umum atau bukan di kawasan yang didiami orang, maka harta tersebut dikenakan bayaran, sebagaimana rikaz, iaitu seperlima bahagian (20%).?? (HR An-Nasa?i)

KADAR, NISAB DAN HAUL ZAKAT RIKAZ

Kedua-dua hadis di atas menunjukkan beberapa hal, antaranya:

  1. Seperlima bahagian (20%) sebagai zakat bagi harta jumpa yang tidak dipunyai sesiapa sekalipun harta tersebut dijumpai di permukaan atau di dalam tanah. Sekiranya harta yang dijumpai itu ada pemiliknya, sama ada dia seorang muslim atau tidak, maka harta itu mesti dikembalikan kepada pemiliknya.
  2. Jumhur ulama berpandangan, rikaz meliputi semua harta yang wujud di permukaan tanah atau tertanam di dalamnya. Hal ini kerana hadis-hadis tersebut mengandungi pengertian yang lebih umum.
  3. Kedua-dua hadis di atas menunjukkan bahawa sesiapa yang menjumpai harta rikaz berkewajipan mengeluarkan seperlima (20%) dari harta yang dijumpai itu, tidak kira sama ada beliau seorang muslim atau tidak, demikian juga sama ada kanak-kanak atau dewasa. Namun, menurut al-Syafi?i, orang bukan Islam tidak diwajibkan seperlima (20%) kerana bayaran tersebut adalah zakat, dan orang bukan Islam tidak diharuskan zakat.
  4. Zahir hadis tidak menyatakan tentang nisab. Dan menurut pandangan Malik, Abu Hanifah, Ahmad, Ishaq dan Syafi?i dalam qaul qadimnya, seperlima (20%) diwajibkan pada harta yang dijumpai tidak kira berapa jumlah kuantitinya. Hal ini kerana harta ini perlu dibahagi lima, maka tidak perlu diperhitungkan nisabnya, sama halnya dengan harta rampasan perang (ghanimah) sekalipun sedikit.
  5. Para ulama sepakat bahawa tiada syarat haul (tidak perlu menunggu setahun) bagi zakat ini. Malah kewajipan ini mesti dilaksanakan dengan segera.

Kira?Zakat?

kalkulatorzakat
Hakcipta © Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (Diuruskan oleh Hartasuci Sdn Bhd, syarikat milik penuh MAIWP). All right reserved.