Pandemik Covid-19 telah memberi tamparan hebat kepada kita semua. Ramai yang hilang punca pendapatan, dibuang kerja malah ada yang tidak cukup makan dan minum. Menerusi tema #kitajagakita Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi? Inilah juga masanya kita berganding bahu membantu mereka yang memerlukan dan menjadi hero kepada asnaf. Sebagai tanda keperihatinan kita yang masih mampu, marilah kita menunaikan tanggungjawab berzakat untuk membantu golongan asnaf yang kian meningkat kini.

Lebih menarik pembayar zakat berpeluang memenangi lebih 2,000 hadiah jika membayar zakat dalam tempoh 16 November hingga 31 Disember 2020 ini. Pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan serta tertakluk kepada terma dan syarat.
Kelainan pada tahun ini juga, pembayar zakat berpeluang memenangi 1,000 ebaucar Barangan Asnaf Preneur dengan jumlah keseluruhan bernilai RM50,000 yang hanya boleh ditebus di kedai-kedai yang diusahakan oleh usahawan asnaf. Inisiatif ini bukan sekadar memberi penghargaan kepada pembayar zakat tetapi dapat membantu asnaf menjana pendapatan di waktu sukar ini.

10 KAUNTER PPZ-MAIWP

Operasi Kaunter
1-30 November (5 hari seminggu)
1-31 Disember (7 hari seminggu)

SKIM POTONGAN ZAKAT BULANAN (SKIM PZB)

PORTAL PPZ-MAIWP

DOOR TO DOOR

Perkhidmatan Door to Door melalui Zakat Ride2U dan Kaunter Zakat Bergerak (KZB) khas kepada pembayar yang tidak berkesempatan untuk ke kaunter serta yang mahukan layanan secara personal. Bayaran minimum untuk perkhidmatan ini adalah sebanyak RM2,000.

EJEN-EJEN KUTIPAN ZAKAT

15 perbankan internet
portal online (Myeg, Payhalal, Pos Online, JomPay)
eWallet (Boost, GoPayz, Shopee)
kaunter-kaunter bank dan pos.

MAKLUMAT LANJUT

Talian Zakat 1-300-88-5757
Email info@zakat.com.my