PZB adalah satu skim yang membolehkan pembayar zakat membuat potongan zakat secara bulanan/berjadual. potongan tersebut akan dibuat secara bulanan oleh majikan dan setiap pemotongan tersebut akan tertera di dalam penyata gaji bulanan.

Zakat Pendapatan adalah salah satu dari jenis Zakat Harta

  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Simpanan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Saham
  • Zakat Emas
  • Zakat Perak
  • Zakat KWSP

Kewajipan zakat pendapatan telah diasaskan oleh beberapa dalil. Di dalam al-Quran, Allah SWT berfirman (yang bermaksud):

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.[Al-Baqarah (2): 267]

Fatwa Wilayah Persekutuan Tentang Zakat Penggajian. Fatwa Di Bawah Seksyen 34.

Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, menurut subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], selepas dibincangkan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak, dan adalah disiarkan menurut subseksyen itu.

Zakat wajib dikeluarkan ke atas pendapatan daripada penggajian Islam termasuklah apa-apa upah, gaji, elaun, imbuhan dan bonus. Oleh itu adalah wajib bagi seseorang Islam mengeluarkan zakat daripada pendapatan yang layak dikenakan zakat daripada penggajian tersebut. (Bertarikh 9 April 1999)

Fatwa Kebangsaan Tentang Zakat Gaji & Pendapatan Profesional

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 22 Jun 1997 telah membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan Professional.

Muzakarah telah memutuskan bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat.

Kempen Skim PZB adalah satu saluran yang diperkenalkan oleh PPZ untuk menggalakkan pembayar zakat membuat potongan zakat secara bulanan / berjadual. Kempen Skim Potongan Gaji tersebut akan dibuat secara bulanan mengikut tempoh waktu tertentu pada bulan tertentu oleh majikan

Mudah sahaja. Anda hanya perlu ikuti kempen ini dengan membayar Zakat Pendapatan secara potongan gaji serendah RM10.

Anda hanya perlu menunaikan Zakat Pendapatan sahaja.

Tidak. Hanya pembayaran Zakat Pendapatan melalui Skim Potongan Gaji Zakat boleh menyertai kempen ini.

Anda telah berjaya menunaikan salah satu tanggungjawab sebagai seorang islam serta berpeluang mendapat pelbagai hadiah menarik.

Untuk kelayakan menyertai kempen ini, Pembayaran zakat melalui potongan gaji zakat perlu dibuat ke Pusat Pungutan Zakat-MAIWP sahaja.

Tidak. Kempen ini hanya terbuka kepada pembayar zakat yang membayar melalui potongan gaji zakat

Tidak. Hanya yang memenuhi syarat wajib zakat sahaja layak serta melepasi nisab tahunan 2022 – RM20,361

Tidak boleh mewakilkan kepada sesiapa

Ya. Anda layak untuk sertai dengan membuat penambahan bagi potongan gaji zakat sedia da.

Proses pemilihan adalah melalui cabutan dan proses pemberian hadiah akan dimaklumkan oleh pihak penganjur.

Pemilihan pemenang akan di umukan pada Oktober 2022 dan Febuari 2023.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN. ANDA WAJIB BACA!!!

  1. Anda mestilah membayar Zakat Pendapatan secara potongan gaji .
  2. Tempoh KEMPEN BERMULA 1 Jun hingga Disember 2022
  3. Pemilihan pemenang akan diumumkan di portal PPZ MAIWP
  4. PPZ-MAIWP berhak membatalkan penyertaan kempen ini bagi mana-mana pembayar zakat yang tidak menepati terma dan syarat.
  5. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan cabutan undi.
  6. Keputusan penganjur adalah muktamad dan diaudit.
  7. Tertakluk kepada terma dan syarat.