Kutipan Zakat Tahunan
1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t bahawa Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) telah berjaya melaksanakan peranan sebagai agensi pemungut zakat kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk tahun 2006 dengan pencapaian seperti berikut:
KUTIPAN | |||||
Perkara | Kutipan 2006 (RM) | Kutipan 2005 (RM) | Target 2006 (RM) | % Kenaikan 2006/2005 | % Kenaikan 2006 / Target 2006 |
| Zakat Harta | 143,304,403.08 | 126,746,029.77 | 130,000,000.00 | +13% | +10% |
PEMBAYAR | |||||
Perkara | Pembayar Sebenar 2006 | Pembayar Sebenar 2005 | Target Pembayar 2006 | % Kenaikan 2006/2005 | % Kenaikan 2006/ Target 2006 |
Zakat Harta | 52,424 | 47,599 | 48,500 | +10% | +8% |
2. Kemampuan PPZ – MAIWP mengadakan Sidang Akhbar bagi mengumumkan jumlah kutipan dan bilangan pembayar zakat seawal 9hb. Januari jelas menunjukkan kecanggihan Sistem Pungutan Zakat Versi 3 (SPZ v3) yang dibangun dan digunakan oleh pengurusan PPZ dalam urusan pentadbiran harian. Selain berkeupayaan untuk mengeluarkan segala maklumat terkini, sistem ini juga berkeupayaan tinggi untuk dibangun sebagai satu sistem operasi keseluruhan sesebuah institusi zakat dengan dikenali sebagai Sistem Integrasi Zakat (SiZA).
3. Seperti kelaziman tahun - tahun sebelum ini, bulan Disember 2006 merupakan bulan yang menyumbang kutipan tertinggi iaitu RM 28,798,789.67 berbanding Disember 2005 sebanyak RM 25,837,830.89. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM 2,960,958.78 atau +11%.
4. Antara faktor – faktor peningkatan pungutan zakat untuk tahun 2006 adalah :
i. Sokongan pelbagai pihak khususnya JAKIM, JAWI, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji serta media cetak dan elektronik dalam mengedar dan menyebarluas dakwah zakat selain usaha dan publisiti meluas yang dijalankan oleh PPZ-MAIWP.
ii. Keadaan ekonomi Malaysia tahun 2006 yang baik dengan pertumbuhan keseluruhan KDNK diramalkan pada 5.5%.
iii. Peningkatan jumlah golongan usahawan, peniaga dan kemampuan syarikat – syarikat korporat membayar zakat perniagaan khususnya bagi pihak pemegang saham.
iv. Di samping itu, PPZ-MAIWP telah menyediakan Pusat Panggilan (Call Centre) bagi kemudahan orang ramai membuat pertanyaan menerusi e-mail, telefon dan sebagainya.
vii. Penyediaan pelbagai kemudahan dan saluran pembayaran zakat kepada masyarakat Muslim di Wilayah Persekutuan. Antaranya:
c) Pembayaran secara pos seperti cek, kiriman wang , bank draft dan sebagainya.
d) Pembayaran di kaunter bank- bank yang dilantik.
e) Pembayaran menerusi Perkhidmatan Kawanku Phone Banking.
f) Penbayaran menerusi Perbankan Internet.
g) Pembayaran menerusi kad kredit berasaskan syariah.
h) Pembayaran menerusi kad debit / MEPS cash.
i) Pembayaran melalui semua kaunter-kaunter pos diseluruh Wilayah Persekutuan.
j) Pembayaran menerusi mesin kemasukan cek segera (fast cheque deposit) - 24 jam.
5. PPZ di bawah MAIWP telah menunjukan peningkatan pungutan zakat setiap tahun semenjak ia mula beroperasi dalam tahun 1991 kerana menjalankan tugas secara professional dan memberi khidmat yang cekap di samping memudahkan masyarakat untuk membayar zakat. PPZ juga berpegang kepada kehendak akauntabiliti dan transparensi kepada masyarakat. Semua ini menjurus kepada kredibiliti yang membuat masyarakat yakin untuk terus membayar kepada PPZ-MAIWP.
6. Sebagai pengetahuan juga, jumlah keseluruhan zakat harta yang telah dikutip oleh PPZ bagi pihak MAIWP semenjak awal penubuhan dari tahun 1991 - 2006 berjumlah RM 969 juta.
7. Hala tuju / perancangan PPZ tahun 2007:
i. Berusaha mencapai target kutipan sebanyak RM 145 juta dan pembayar seramai 50,500 pembayar.
ii. Memperhebatkan aktiviti dakwah zakat di kalangan masyarakat Muslim di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Labuan.
iii. Dari segi ICT, memperluaskan pengunaan ‘zakat online ’ di mana ia membolehkan:
• Pembayar mencapai dan memperkemaskan data peribadi
• Mengetahui sejarah pembayaran zakat yang telah dibayar.
• Pembayar membuat pembayaran melalui kad kredit berasaskan syariah.
• Majikan memproses data pembayaran menerusi potongan gaji secara online.
Disamping itu, usaha-usaha sedang dijalankan bagi memperkemaskan laman web PPZ-MAIWP.
iv. Menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan pelbagai pihak untuk menyebarluas dakwah zakat kepada masyarakat umum.
v. Di samping itu, sukacita saya ingin memaklumkan kemudahan baru pembayaran zakat iaitu pembayaran melalui MM Wallet iaitu Pembayaran Zakat menerusi SMS telah pun diperkenalkan dan beroperasi Disember 2006 yang lalu. Satu lagi perancangan saluran pembayaran terbaru melalui Mesin / Terminal Kiosk Pelbagai Pembayaran sedang dalam penyelidikan akhir untuk perlaksanaan.
8. Walaupun PPZ telah berjaya meningkatkan bilangan pembayar dan kutipan pada tahun 2006, kami masih lagi belum berpuashati dengan pencapaian tersebut. Berdasarkan kajian yang kami jalankan terhadap potensi pembayar yang layak membayar pada tahun 2006 adalah lebih kurang 57,501 orang, justeru masih terdapat kira-kira 9% daripadanya yang masih belum tampil membayar pada tahun 2006. Kumpulan ini seolah-olah tidak terkesan dengan pendekatan dakwah yang digunakan oleh PPZ sebelum ini dan ini barangkali menuntut suatu pendekatan berbeza yang lebih 'personalized'
9. Demi mencapai hasrat ini, PPZ-MAIWP akan melaksanakan kaedah pemasaran seperti 'luncheon talk' dan 'personal visit' terutamanya kepada golongan korporat, usahawan dan peniaga-peniaga yang berjaya sepanjang tahun 2007 nanti.
10. Pada kesempatan ini, saya juga ingin merakam ucapan ribuan terima kasih kepada Y.B. Dato’ Dr. Abdullah Md Zin , Menteri di Jabatan Perdata Menteri merangkap Pengerusi MAIWP, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Bahagian Baitulmal Wilayah Persekutuan, media cetak dan elektronik serta badan-badan NGO dan tidak ketinggalan seluruh Muslimim dan Muslimat yang sentiasa memberi sokongan kepada PPZ khasnya dan institusi zakat amnya.
Sekian dimaklumkan.
Dato’ Haji abdul Rahim Abu Bakar
Pengerusi Pusat Pungutan Zakat
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tarikh: 9hb. Januari 2007
PRESTASI KUTIPAN ZAKAT TAHUN 2006
1. Pecahan kutipan berdasarkan jenis - jenis zakat :-
Jenis Zakat | Jan-Dis 2006 (RM) | Jan-Dis 2005 (RM) | % ± / - 2006/2005 | % 2006 / Keseluruhan 2006 |
Zakat Pendapatan | 89,123,574.90 | 76,704,119.69 | +16% | 62% |
Zakat Perniagaan | 22,790,507.33 | 20,123,320.27 | +13% | 16% |
Zakat Wang Simpanan | 11,987,893.12 | 10,607,791.50 | +13% | 8% |
Zakat Harta | 18,758,590.82 | 18,617,412.06 | +1% | 13% |
Qadha zakat | 279,414.86 | 304,479.58 | -8% | 0% |
Lain- lain Kutipan | 364,422.05 | 388,906.67 | -6% | 0% |
Jumlah Keseluruhan | 143,304,403.08 | 126,746,029.77 | +13% | 100% |
2. Pungutan Mengikut Cara Penerimaan :-
Cara Penerimaan | Jan-Dis 2006 (RM) | Jan-Dis 2005 (RM) | % + / - 2006/2005 | % 2006 / Keseluruhan 2006 |
| 1. Kaunter | 62,716,904.12 | 57,999,388.98 | +8% | 44% |
| 2. Kaunter Bank | 1,832,255.91 | 1,588,768.15 | +15% | 1% |
| 3. Kaunter Deposit Cek | 31,109.00 | - | - | 0% |
| 4. Kaunter Kad Kredit | 17,993.00 | - | - | 0% |
| 5. Kaunter Pos | 305,264.86 | 169,619.26 | +80% | 0% |
| 6. Mailing Pos | 3,710,877.26 | 2,940,639.46 | +26% | 3% |
| 7. Potongan gaji | 74,689,998.93 | 64,047,613.92 | +17% | 52% |
| Jumlah keseluruhan | 143,304,403.08 | 126,746,029.77 | +13% | 100% |
3. Pecahan pungutan mengikut cawangan :-
| Cawangan | Jan-Dis 2006 (RM) | Jan-Dis 2005 (RM) | 2006/2005 |
| Daruzzakah | 33,819,900.00 | 32,066,898.36 | +5% |
| Masjid Negara | 13,285,887.73 | 12,084,029.90 | +10% |
| Wangsa Maju | 6,981,958.60 | 6,916,858.28 | +1% |
| Masjid At- Taqwa, TTDI | 5,062,960.20 | 3,539,752.42 | +43% |
| Putrajaya | 2,970,032.03 | 2,894,274.44 | +3% |
| W. P. Labuan | 596,165.56 | 497,575.58 | +20% |
| JUMLAH | 62,716,904.12 | 57,916,848.28 | +8% |
4 . Pecahan bilangan pembayar – pembayar besar :-
Kategori | Pembayar 2006 | Pembayar 2005 | % +/- 2006/2005 |
| RM 10,000 ke RM 19,999 | 722 | 773 | -7% |
| RM 20,000 ke RM 49,999 | 315 | 287 | +10% |
| RM 50,000 ke RM 99,999 | 76 | 80 | -5% |
| RM 100,000 ke atas | 61 | 52 | +17% |
5. Kadar nisab bagi tahun 2006 ialah RM 6,200 berbanding tahun 2005 sebanyak RM 4,600.


