Poster Kempen Zakat Pendidik

Tempoh Kempen

Kempen Zakat Pendidik bermula 1 Ogos 2021 sehingga 31 Disember 2021.

Terma & Syarat Penyertaan

    1. Terbuka kepada SEMUA WARGA PENDIDIK yang membayar zakat melalui SKIM PZB sama ada pembayar baharu atau yang menambah jumlah zakat.
    2. Peserta digalakkan menaksir pendapatan terlebih dahulu untuk mendapatkan jumlah potongan bulanan yang tepat. (sila rujuk link di bawah)
    3. Pemenang akan dipilih menerusi konsep cabutan secara rawak.
    4. Keputusan pemilihan pemenang adalah muktamad.
    5. Pemenang akan dihubungi melalui e-mel, panggilan telefon atau paparan senarai nama di portal PPZ-MAIWP.
    6. Hadiah yang dimenangi tidak boleh ditukar atau dipindah milik sama ada sebahagian atau keseluruhannya kepada bentuk lain selain yang ditetapkan oleh PPZ-MAIWP.
    7. PPZ-MAIWP berhak secara mutlak untuk menukar atau menggantikan hadiah lain dengan nilai yang setara tanpa perlu memberi apa-apa notis pertukaran tersebut.
    8. Pemenang perlu menanggung semua kos tuntutan hadiah dan kehadiran ke majlis penyampaian hadiah jika berkenaan.

Kira Zakat Anda Di Sini

Kalkulator Zakat Pendapatan

Cara Penyertaan

Terdapat 3 cara untuk menyertai skim ini:

1. Klik pada butang di bawah untuk mengisi borang PZB.

Sistem Potongan Gaji Zakat

Atau

2. Imbas kod QR di bawah.

qrcode-kempen-zakat-pendidik

Atau

3. Borang Skim PZB juga boleh didapati di:

Hadiah

  • Terdapat 2 kategori hadiah yang ditawarkan iaitu:
    1. Pembayar baru
    2. Pembayar sedia ada yang menambah jumlah potongan zakat bulanan.
  • Cabutan pemilihan pemenang akan dibuat pada bulan Januari 2021.

 

Bil. Hadiah Utama
1. Basikal Mountain Bike x 6 pemenang
2. Seterika Stim x 6 pemenang
3. Penggoreng Udara x 9 pemenang
4. Ketuhar Gelombang Mikro x 9 pemenang
Hadiah Saguhati
5. Telekung Eksklusif x 12 pemenang
6. Pengadun Makanan x 12 pemenang
7. Pengisar Makanan x 6 pemenang

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami melalui:

  • E-mel : info@zakat.com.my
  • Talian Zakat :1300 88 5757