Pengenalan

  1. Amalan menggunakan pengaruh luar dan cubaan mempengaruhi sesuatu pertimbangan/ keputusan bagi apa-apa urusan melalui surat sokongan telah menjadi amalan dan budaya masyarakat yang tidak beretika.
  2. Surat sokongan yang diterima seringkali meletakkan kakitangan PPZ-MAIWP yang dipertanggungjawabkan untuk membuat sesuatu keputusan atau pertimbangan dalam keadaan serba salah dan terganggu.
  3. Dengan adanya polisi Pengurusan Pengaruh Luar dan Surat Sokongan agar penyampaian perkhidmatan PPZ-MAIWP dapat dilaksanakan dengan telus dan professional tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Skop

Polisi ini terpakai kepada:

  1. Ahli Lembaga Pengarah
  2. Kakitangan PPZ- MAIWP (tetap, sementara, kontrak).
  3. Pihak ketiga (Kontraktor, Vendor, Ejen, Pembekal, pihak lain yang berurusan dengan PPZ-MAIWP).
  4. Orang awam.

Polisi ini merangkumi penggunakan pengaruh luar untuk sokongan bagi menyokong permohonan keatas proses perjawatan, kenaikan pangkat, kepentingan peribadi, perolehan dan sebagainya.

Kenyataan Polisi

    1. PPZ sentiasa komited dalam memastikan integriti dan ketelusan sentiasa diberi keutamaan dalam apa jua urusan rasmi demi menyediakan perkhidmatan terbaik dan adil kepada pembayar zakat serta pihak yang berurusan dengan kami.
    2. Selaras dengan usaha dan komitmen tersebut, warga PPZ-MAIWP adalah dilarang untuk:
      • Membawa atau cuba membawa pengaruh luar atau mengemukakan apa-apa surat sokongan daripada mana-mana pemimpin kerajaan dan individu berpengaruh bagi menyokong sesuatu permohonan atau mempengaruhi pertimbangan sesuatu keputusan; dan
      • Menggunakan pengaruh luar atau surat sokongan sebagai asas pertimbangan atau arahan daripada pemimpin kerajaan dan individu berpengaruh dalam membuat sesuatu keputusan.