Pengenalan
- PPZ-MAIWP komited membina dan membantu masyarakat untuk perbaiki kehidupan mereka di samping menyumbang kepada pembangunan negara secara keseluruhannya.
- Dalam melaksanakan komitmen tersebut, PPZ-MAIWP akan diminta untuk menyumbang atau membantu dalam apa bentuk sekalipun oleh mana-mana pihak atas dasar tanggungjawab sosial korporat.
- Dalam keadaan sedemikian, mana-mana pihak yang bertindak bagi pihak PPZ-MAIWP hendaklah berhati-hati dalam memenuhi permintaan dari pihak yang membuat permintaan bagi mengelakkan wujud elemen pengaruh tidak wajar ke atas PPZ-MAIWP atau pihak yang membuat permintaan.
- Polisi ini adalah untuk memastikan tajaan yang diberi/diterima daripada pembekal, lain-lain rakan niaga atau mana-mana pihak tidak bercanggah dengan nilai, polisi dan undang-undang terpakai.
Skop
Polisi ini terpakai kepada semua kakitangan PPZ-MAIWP (tetap, sementara, kontrak), pembekal dan lain-lain rakan niaga.
Kenyataan Polisi
- Penajaan dari pihak swasta/mana-mana pihak lain adalah dibenarkan dengan syarat bagi program-program berbentuk kolaborasi dengan kebenaran diperolehi daripada Ketua Pegawai Eksekutif.
- Sumbangan dan tajaan kepada Badan Kebajikan Pekerja (BAKEP) adalah dibenarkan namun perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Pegawai Eksekutif.
- PPZ akan menimbangkan sumbangan, tajaan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) samada dalam bentuk wang, perkhidmatan atau barangan kepada pihak luar yang bertujuan untuk aktiviti atau program seperti berikut:-
- Kebajikan.
- Pembangunan pendidikan dan pembangunan modal insan.
- Penjagaan kesihatan.
- Kesukanan, kesenian dan kebudayaan.
- PPZ tidak memberi atau menawarkan sumbangan, tajaan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada:
- Parti politik atau apa–apa pertubuhan yang berkaitan politik kepartian.
- Pertubuhan atau organisasi yang bertujuan jenayah dan keganasan.
- Pertubuhan atau organisasi yang didapati muflis atau disenarai hitam oleh mana–mana Institusi Kewangan dan Bukan Kewangan.
- Pertubuhan atau organisasi yang berkaitan dengan perjudian, alkohol dan tembakau.
- Permohonan daripada Individu, syarikat, organisasi dan pertubuhan berlandaskan penipuan, penyelewengan dan scam.
- Kriteria-kriteria bagi penajaan untuk Pihak Luar adalah seperti berikut:
- Penajaan tersebut tidak bercanggah dengan undang-undang dan polisi syarikat penerima. Ini berikutan banyak kementerian, agensi kerajaan serta syarikat korporat telah menguatkuasa Polisi Tidak Menerima Hadiah dan Tajaan.
- Penajaan tersebut tidak boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada penerima.
- Penajaan tersebut tidak boleh mewujudkan rasa terhutang budi dalam hubungan perniagaan.
- Bagi Penajaan Dari Pihak Luar untuk PPZ-MAIWP yang dibenarkan pula adalah seperti berikut:
- Penajaan yang diperoleh adalah terhad kepada kolaborasi untuk tujuan dakwah zakat dan bukan untuk manfaat kakitangan PPZ-MAIWP.
- Kelulusan bertulis mesti diperolehi daripada Ketua Pegawai Eksekutif sebelum menerima permohonan tajaan dari pihak luar.
- Penerima tajaan hendaklah dipastikan tiada unsur-unsur paksaan, tiada syarat dan ikatan serta tidak menimbulkan syak kepada mana-mana pihak agar tidak mencemar nama baik PPZ-MAIWP.