fbpx
Bulldozer

Polisi Pemberi Maklumat

Pengenalan

Polisi ini menunjukkan komitmen PPZ-MAIWP terhadap integriti dan kelakuan beretika bagi mengekalkan suasana di mana pekerja boleh bertindak sewajarnya tanpa rasa takut terhadap tindakbalas.

Bagi mengekalkan piawaian ini, PPZ-MAIWP menggalakkan mana-mana individu yang prihatin dengan salahlaku serius yang disyaki berlaku atau mengesyaki terdapat pelanggaran undang-undang atau peraturan yang mungkin memberi kesan buruk kepada organisasi untuk tampil ke hadapan meluahkan keperihatinan tanpa rasa takut kepada hukuman atau layanan yang tidak adil.

Kenyataan Polisi

  1. PPZ-MAIWP beroperasi berdasarkan prinsip keadilan, kejujuran, keterbukaan, kesopanan, integriti dan rasa hormat.
  2. PPZ-MAIWP menyokong dan menggalakkan mana-mana individu melapor dan mendedahkan aktiviti yang tidak wajar atau menyalahi undang-undang serta menyiasat secara menyeluruh laporan-laporan dan pendedahan tersebut.
  3. Memberi jaminan kepada mana-mana indivdu (Pemberi Maklumat) bahawa mereka akan dilindungi daripada tindakan yang memudaratkan sekiranya membuat laporan dengan niat suci.
  4. PPZ-MAIWP memberi jaminan semua laporan akan dianggap SULIT dan disiasat segera serta laporan-laporan tersebut akan dibuat tanpa mendedahkan nama pelapor (jika perlu).
  5. Perlindungan kepada Pemberi Maklumat akan terbatal sekiranya didapati Pelapor telah membuat laporan salah laku yang diketahuinya palsu, dengan berniat jahat atau berunsur fitnah.
  6. PPZ-MAIWP mempunyai tanggungjawab untuk menyiasat dan melaporkan kepada pihak berkenaan, tuduhan atau dakwaan aktiviti tidak wajar dan mengambil tindakan yang sesuai.
  7. Pemberi Maklumat akan dimaklumkan mengenai hasil siasatan. Walau bagaimanapun pemberitahuan tersebut terhad kepada status dan /maklumat terpilih sahaja dan mengecualikan perincian khusus.
Hakcipta © Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (Diuruskan oleh Hartasuci Sdn Bhd, syarikat milik penuh MAIWP). All right reserved.