fbpx
Bulldozer

Polisi Anti Rasuah

Pengenalan

Polisi ini merupakan panduan dan sumber rujukan kepada perkara berkaitan integriti dan rasuah.

Ia adalah komitmen PPZ-MAIWP bagi memastikan penerapan standard, integriti dan akauntabiliti terhadap prinsip toleransi sifar rasuah dan korupsi (zero tolerance towards corruption) dalam semua aktiviti pengoperasiannya.

Polisi ini juga merupakan teras kepada usaha-usaha sedia ada dalam mengatasi kelemahan tadbir urus (governans) dan pelanggaran integriti.

Skop

Polisi ini terpakai kepada:

  1. Semua kakitangan PPZ- MAIWP (tetap, sementara, kontrak).
  2. Semua pembekal dan pihak ketiga.
  3. Pihak ketiga (ejen, pembekal dan pihak-pihak lain yang berurusan dengan PPZ-MAIWP).

Kenyataan Polisi

    1. Polisi Anti Rasuah
      • PPZ-MAIWP mengamalkan toleransi sifar terhadap apa-apa bentuk rasuah dan korupsi (zero tolerance towards corruption).
      • PPZ-MAIWP mematuhi undang- undang rasuah seperti Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan undang- undang lain yang berkaitan peraturan, polisi serta prosedur.
      • PPZ-MAIWP melaksanakan pengawalan bagi memenuhi keperluan standard MS ISO 37001:2016 serta komited kepada penambahbaikan berterusan bagi pelaksanaan sistem ini.
      • Pengurusan Tertinggi PPZ-MAIWP komited untuk menerapkan elemen anti rasuah dan memantapkan kawalan dalaman serta memastikan pematuhan terhadap prosedur dan peraturan yang berkesan seterusnya berusaha mencegah, memantau menghapuskan rasuah dilaksanakan secara berterusan.
      • PPZ-MAIWP menggalakkan warga PPZ-MAIWP dan orang awam membuat aduan dan mendedahkan isu berkaitan integriti melalui saluran aduan yang disediakan (portal/telefon/emel atau hadir sendiri ke Unit Integriti). Setiap aduan diterima adalah SULIT di mana identiti pemberi maklumat akan dilindungi dan setiap aduan akan disiasat dengan adil dan telus tanpa sebarang tindak balas.
      • Unit Integriti bertanggungjawab untuk mengawasi pematuhan prosedur, peraturan berkaitan integriti dengan pelaporan terus kepada Jawatankuasa Audit Dalam dan Governans PPZ-MAIWP bagi isu-isu berkaitan integriti.
      • Warga PPZ-MAIWP wajib mematuhi Polisi Anti Rasuah yang ditetapkan dan pelanggaran polisi ini membolehkan tindakan disiplin atau undang-undang dikenakan kepada mereka yang terlibat.
    2. Tanggungjawab Ahli Lembaga Pengarah PPZ-MAIWP
      • Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik berkaitan anti rasuah.
      • Memberikan sokongan terhadap pelaksanaan dan penguatkuasaan terhadap polisi ini.
      • Menunjukkan contoh tingkah laku dan kepimpinan melalui teladan dengan mematuhi polisi ini.
      • Sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya salah laku atau kelakuan tidak wajar yang mungkin berkait dengan rasuah dan mengambil tindakan tegas sekiranya perlu.
      • Menggalakkan penggunaan mekanisme pemberian maklumat dan memberi jaminan perlindungan kepada pemberi maklumat.
    3. Tanggungjawab kakitangan PPZ-MAIWP
      • Kakitangan PPZ-MAIWP perlu memahami dan mematuhi maklumat yang terkandung dalam Polisi ini.
      • Kakitangan PPZ-MAIWP perlu mengelak dari terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh membawa kepada pelanggaran Polisi Anti Rasuah ini.
      • Membuat laporan sekiranya percaya dan mengesyaki berlaku perlanggaran atau konflik terhadap polisi ini.
      • Kakitangan PPZ-MAIWP hendaklah menandatangani Ikrar Integriti Korporat dan Anti Rasuah PPZ-MAIWP.
      • Kakitangan PPZ-MAIWP perlu mengelakkan diri dari terlibat dalam konflik yang melibatkan kepentingan peribadi dan tanggungjawab sebagai kakitangan PPZ-MAIWP. Sekiranya konflik tersebut tidak dapat dielakkan, kakitangan perlu menguruskan konflik tersebut berdasarkan kepada Polisi Dan Prosedur Konflik Kepentingan.