RM143.80
RM12,223
ARKIB NISAB ยป

Ustaz Bollywood 'serang' Wardieburn

Kategori: Berita Semasa Diterbitkan: 28 Jun 2013
Ditulis oleh Amiro Faizal

Setapak - Bagi meraikan kedatangan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah membawa khas penceramah hebat yang sedang meningkat naik, Ustaz Haslin Baharin atau dikenali sebagai Ustaz Bollywood ke Kem Wardieburn, Setapak bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk Ahlan Ya Ramadhan.

Santapan rohani selama satu jam itu telah memberi sedikit sebanyak peringatan kepada para tetamu akan perkara-perkara yang perlu dijaga semasa menjalankan ibadah puasa.

Ustaz berkata, seorang muslim harus ikut perintah Allah pada setiap hari.

"Bersedekah, berbuat amal kebaikan, membaca Al-Quran harus dilakukan setiap hari. Bukan hanya pada bulan Ramadhan sahaja," pesan beliau.

Ceramah satu jam yang diadakan di Masjid Kem Wardieburn itu telah dihadiri seramai 300 orang yang terdiri daripada kakitangan kem tersebut.

Turut hadir, Panglima 4 Divisyen, Mejar Jeneral Dato' Suhaimi Hj Mohd Zuki dan Panglima 12 Briged, Brigedier Jeneral Dato' Hj Azlan Abd Rahman.