RM143.80
RM12,223
ARKIB NISAB ยป

Ekonomi umat Islam di Malaysia semakin berkembang

Kategori: Berita Semasa Diterbitkan: 01 Julai 2013
Ditulis oleh Amiro Faizal

Kuala Lumpur - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peningkatan kutipan zakat melambangkan ekonomi umat Islam kini semakin kukuh.

"Dengan peningkatan jumlah kutipan zakat setiap tahun menggambarkan kekuatan ekonomi umat Islam semakin berkembang dan keyakinan masyarakat dalam usaha mengagihkan zakat kepada kelompok atau asnaf," katanya pada Majlis Penyerahan Zakat oleh Tabung Haji bagi haul 2012 yang berjumlah RM4,274,611.38 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Turut hadir ke majlis, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Paduka Ismee Ismail dan Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Mustafa Abdul Rahman.

Tabung Haji telah mencatat keuntungan besar melebihi RM 2 billion pada tahun 2012 sekaligus ianya menjadi diantara penyumbang peningkatan kutipan zakat.

Datuk Paduka Ismee Ismail pula berkata, peningkatan pembayaran zakat adalah berdasarkan dua faktor iaitu keuntungan dan jumlah dana yang disimpan pendeposit di seluruh negara dilihat semakin meningkat.