RM143.80
RM12,223
ARKIB NISAB »

Nur Hidayah untuk Mualaf

Kategori: Berita Semasa Diterbitkan: 26 Ogos 2013
Ditulis oleh Amiro Faizal

Kuala Lumpur - Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Kuwait Finance House (KFH) sekali lagi bergabung dengan menganjurkan Program Komuniti Nur Hidayah bersama Mualaf.

Program yang mendapat kerjasama dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) itu telah dihadiri hampir 200 orang saudara baru yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Program kali ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi motivasi kepada para Mualaf serta berkongsi pengalaman di kalangan Mualaf yang telah berjaya dalam mengukuhkan lagi pegangan sebagai seorang Islam sekaligus meningkatkan taraf hidup mereka.

Pelbagai pengisian menarik yang disajikan sepanjang program berjalan antaranya persembahan Qasidah dari kumpulan Ar-Rayyan yang dibawakan khas dari Pulau Pinang, perkongsian pengalaman hidup oleh dua orang Mualaf iaitu Tuan Haji Adam Lee dan Leia Az-Zahra dan slot Bicara Selebriti yang disampaikan oleh dua orang penceramah bebas, Ustaz Syed Nor Hisyam dan Ustaz Ebit Lew manakala Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman bertindak sebagai moderator.

Hadir sama Pengerusi PPZ-MAIWP, Dato' Haji Mustafa Abdul Rahman, Penolong Setiausaha Agong Kehormat PERKIM, Datuk Hasbullah L.Isa dan Regional Head of Shariah, Ustaz Ahmad Suhaimi Yahya.