RM143.80

Potongan Gaji

Cetak
PDF

Pembayaran zakat juga boleh dibuat melalui potongan gaji di tempat anda bekerja. Tindakan seperti :

Tindakan Pembayar

Pembayar mengisi Borang Potong Gaji (052) dan menentukan jumlah potongan sebulan dihantar kepada majikan/bahagian gaji pembayar.

Download Borang Potongan Gaji

Tindakan Majikan

Majikan akan mengambil langkah-langkah seperti berikut :

Memastikan jumlah potongan tidak melebihi had dikenakan oleh Jabatan buruh.Memastikan setiap dokumen yang perlu dihantar ke PPZ (setiap bulan) seperti;

  1. Senarai nama pembayar beserta no. Kad Pengenalan lama dan  baru serta jumlah potongan setiap individu.
  2. Setiap pembayar baru, majikan perlu menghantar salinan bagi Borang Kebenaran Potongan Gaji Zakat (salinan PPZ). Menulis cek pembayaran zakat atas nama "PUSAT PUNGUTAN ZAKAT".
  3. Memastikan setiap pembayaran potongan gaji sampai selewat-lewatnya 10hb. Bulan berikutnya.
  4. Kaedah pembayaran zakat ini boleh juga dibuat melalui Sistem VADS dan PPZ PG.

Download Borang Bayaran Zakat Bulanan

Tindakan PPZ

  1. PPZ akan menghantar surat pengesahan penerimaan bayaran bulanan kepada majikan setiap bulan.
  2. PPZ akan menghantar penyata pembayaran zakat kepada pembayar 2 kali setahun (pada bulan Julai dan Januari) dan terus diposkan kepada pembayar.