RM143.80

Fidyah

Cetak
PDF

Fidyah dikenakan jika meninggalkan puasa disebabkan bimbang memudaratkan bayi dalam kandungan, walau bagaimanapun puasa tersebut wajib diganti. Jika meninggalkan puasa disebabkan bimbang memudaratkan diri sendiri maka tidak dikenakan fidyah selagi puasa diganti sebelum masuknya Ramadhan tahun berikutnya.

Beras secupak adalah 700 gram manakala berat segantang mengikut makanan ruji masyarakat di Malaysia ialah 2.8kg. (4 cupak = 1 gantang [1 gantang 2.8kg / 4 = 700 gram]).

Tidak boleh disamakan fidyah dengan fitrah kerana 2 perkara yang berbeza dari sudut syarak dan perlaksanaannya.

Boleh sekiranya anak yatim tergolong dalam kategori fakir dan miskin.

Golongan fakir dan miskin.

Bayaran fidyah mengikut konsepnya adalah berdasarkan nilai beras tempatan yang dimakan oleh masyarakat umum. Namun sekiranya kadar tersebut dinisbahkan kepada beras yang tinggi nilai dan harganya mengikut pemakanan individu adalah lebih afdhal dengan syarat tidak kurang harganya dari harga beras umum.

Nilai Fidyah untuk sehari meninggalkan puasa ialah secupak beras. Secupak beras mengikut kiraan metrik terkini di Malaysia ialah bersamaan dengan 700 gram. Justeru, secupak = 700 gram beras. Nilaian harga beras bagi 100 gram adalah bersamaan 13.3 sen. Jadi nilaian bagi 700 gram adalah lebih kurang 93.1 sen. Namun begitu adalah lebih afdhal mengikut firman Allah Ta'ala untuk melebihkan bayaran tersebut sebagaimana yang difahami menerusi ayat 184 surah al-Baqarah yang bermaksud:

"....barangsiapa yang menambah (memberi) lebih dari (yang sepatutnya) itu adalah lebih baik baginya..."

Oleh itu pihak PPZ-MAIWP menetapkan untuk harga fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan setelah digenapkan nilainya sebanyak RM 1.20. Wallahu a'alam.

Sumber harga beras : Beras Nasional (BERNAS)

Golongan yang dikenakan pembayaran Fidyah:

Bil. Golongan Fidyah
1. Orang yang meninggalkan puasa kerana uzur syarie atau sengaja. Wajib qadha sebelum datangnya Ramadhan akan datang, sekiranya masih belum mengqadha maka dikenakan fidyah.
2. Uzur - tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa. Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu mengqadha puasanya.
3.

Ibu hamil/ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan :
i. Kandungan terjejas
ii. Air susunya kering

iii.Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinya

Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah diqadha sebelum melangkah Ramadhan akan datang. Sekiaranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya Ramadhan, maka dikenakan fidyah berganda.

Wajib qadha sebelum Ramadhan akan datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka barulah dikenakan fidyah.