RM143.80
RM12,223
ARKIB NISAB »

Seminar Wanita Kebangsaan tarik minat pelajar

Kategori: Berita Semasa Diterbitkan: 30 April 2014
Ditulis oleh Amiro Faizal

Kuala Lumpur – Seramai 200 orang pelajar telah hadir ke Seminar Wanita Kebangsaan anjuran Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak.

Seminar yang bertajuk “Muslimah Di Era Globalisasi” ini adalah bertujuan untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajar khususnya wanita di dalam menghadapi cabaran-cabaran yang kini dilihat semakin mencabar agar mereka lebih bersedia apabila keluar dari alam universiti.

Beberapa slot telah disusun khas untuk para peserta antaranya Wanita & Personaliti yang disampaikan oleh Pakar Motivasi, Puan Muna Izzah dan Wanita & Kesihatan yang disampaikan oleh Pakar Perunding Awet Muda dan Kesihatan Holistik, Yang Berbahagia Datin Seri Zainah Mokhtar.

Turut hadir memberi sokongan adalah Pengarah Pusat Islam UTM, Profesor Madya Dr Azhar Muhammad dan