RM143.80
RM12,223
ARKIB NISAB ยป

Kaunter Pos Sg Besi menang anugerah

Kategori: Berita Semasa Diterbitkan: 05 Mac 2013
Ditulis oleh Amiro Faizal

Shamelin - Kaunter Pos Sg Besi telah memenangi anugerah bagi kategori Kutipan Zakat Tertinggi dengan jumlah kutipan sebanyak RM 63,548.50 di Majlis Anugerah Kecemerlangan Kaunter Pos 2012 dan Penghargaan Kaunter Angkat PPZ-MAIWP. Lima kategori anugerah telah dipertandingkan iaitu kategori Kutipan Tertinggi, pembayar Teramai, Peningkatan Kutipan Tertinggi, Peningkatan Pembayar teramai dan Konsistensi Penerimaan Bayaran.

Menurut Pengurus Besar Operasi PPZ-MAIWP, En Mohammed Hassan, majlis ini adalah sebagai penghargaan kepada Pos Malaysia yang telah memberi komitmen tinggi. "Penganjuran kali ke-7 ini adalah merupakan tanda penghargaan PPZ-MAIWP kepada Pos Malaysia Wilayah Persekutuan dan Kaunter-kaunter Angkat PPZ-MAIWP di atas perkhidmatan urusan pembayaran zakat yang cemerlang setiap tahun," kata beliau.

Semenjak dilantik sebagai kaunter ejen Kutipan Zakat PPZ-MAIWP pada tahun 2005, Pos Malaysia Berhad WPKL telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Sejumlah RM 943,938.95 telah berjaya dikutip pada tahun 2012 iaitu meningkat sebanyak 19% berbanding tahun 2011 sebanyak RM 795,321.34. Bilangan pembayar juga meningkat sebanyak 22% pada tahun 2012 dengan jumlah 1265 pembayar berbanding tahun 2011 yang hanya mencatat 1040 bilangan pembayar.

Selain itu, majlis juga memberi penghargaan kepada lima Kaunter Angkat PPZ-MAIWP yang turut memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2012 iaitu Bank Islam (M) Berhad, Cawangan Putrajaya, Bank Muamalat (M) Berhad, Cawangan Bandar Tasik Selatan, Pejabat Pos Suria KLCC, Pejabat Pos Gombak dan Bank Muamalat (M) Berhad cawangan Labuan.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Ketua Unit Sokongan Rangkaian & Perniagaan Pos, Encik Zubir Isa, Pengurus Bank Muamalat Cawangan Bdr Tasik Selatan, En Masduki Urmin dan Pengurus Bank Islam (M) Bhd Cawangan Putrajaya, Puan Nor Zalina Abd Aziz.