S |
Adakah
dikenakan zakat bagi saham-saham yang rugi? |
J
|
Terdapat
dua kaedah pengiraan dalam zakat ke atas saham
iaitu :
a) Saham yang dijual beli dalam tempoh setahun
dikenakan zakat 2.5% ke atas keuntungan bersih
jika melebihi nisab.
b) Saham yang disimpan dalam tempoh setahun
dikenakan zakat 2.5% ke atas harga terendah
dalam masa setahun jika melebihi nisab.
Kaedah asas pengiraan zakat saham hanya diambil
dari keuntungan saham yang dijual beli. Namun
bagi saham yang disimpan sekiranya nilai saham
tersebut melebihi nisab maka dikenakan zakat. |
|
|
S |
Adakah
dikenakan zakat pendapatan bagi seorang remisier
yang juga memiliki saham? |
J |
Zakat
pendapatan dikenakan ke atas semua sumber pendapatan
termasuk gaji, komisen, elaun dan lain-lain
(Asas pengiraan Zakat Pendapatan adalah seperti
taksiran Zakat Pendapatan). Manakala bagi pegangan
saham oleh remiser tertakluk kepada pengiraan
zakat saham. |
|
|
S |
Bagaimanakah
cara pengiraan saham ESOS? |
J |
Pengiraannya
zakat bagi saham ESOS tertakluk kepada dua keadaan
iaitu :
a) Pembelian secara tunai sama seperti pengiraan
zakat saham
b) Pembelian secara hutang atau pinjaman.
i) Jual beli dalam masa setahun handaklah ditolak
kos pinjaman.
ii) Disimpan selama setahun dikira dari harga
terendah salam masa setahun setelah ditolak
kos pinjaman. |
|
|
S |
Adakah
dikenakan zakat sekiranya mendapat untung dari
saham yang tidak diluluskan syariah? |
| J |
Tidak
dikenakan zakat ke atas keuntungan tersebut
kerana ianya dari sumber yang meragukan. Manakala
jika saham tersebut disimpan selama setahun
ianya dikenakan ke atas modal atau nilai terendah
saham tersebut yang mana lebih rendah kerana
ianya dianggap wang simpanan. |