Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
Public Bank Ambank Group
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

S
Apakah tolakan-tolakan yang dibenarkan dalam pengiraan zakat pendapatan?
J
Perkara-perkara yang dibolehkan ditolak adalah perbelanjaan diri, isteri, anak-anak, ibubapa, caruman KWSP, simpanan di Tabung Haji.
   
S
Adakah jumlah tolakan diri sebanyak RM 8,000 sahaja. Apakah sandaran jumlah tolakan ini?
J
Jumlah tolakan dalam pengiraan zakat ini bukanlah sesuatu yang muktamad dan ianya adalah panduan yang boleh diguna pakai oleh masyarakat umum. Ini selari dengan ketetapan yang dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hasil kajian Unit Perancang Ekonomi (EPU). Walaubagaimanapun tolakan boleh dibuat berdasarkan perbelanjaan sebenar selagi ia termasuk didalam perbelanjaan asasi.
 
S
Perbezaan zakat pendapatan dan zakat fitrah?
J
Zakat pendapatan adalah seperti gaji, hasil sewaan rumah dan sebagainya. Manakala zakat fitrah wajib dibayar ketika bulan Ramadan.
 
S
Wang pampasan yang diterima perlu tunggu setahun atau terus baru dibuat
bayaran setelah diterima?
J
Wang pampasan yang diterima wajib zakatnya setelah genap setahun penerimaannya. Walaubagaimanapun tidak menjadi keasalahan sekiranya dikeluarkan zakatnya pada masa penerimaan.
 
S
Bagaimana dikenakan zakat pendapatan walhal setiap bulan gaji habis dibelanjakan?
J
Sebab itu dinamakan zakat pendapatan dan bukannya zakat perbelanjaan. Zakat pendapatan dikira semua sumber yang diperolehi dalam setahun.
 
S
Bagaimana berlakunya kekeliruan dalam pengiraan zakat pendapatan di
sesetengah tempat?
J
Sila hubungi pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) untuk dapatkan penjelasan.
   
S
Adakah jumlah tolakan diri sebanyak RM8000 sahaja.Apakah sandaran jumlah tolakan ini?
J
Jumlah tolakan dalam pengiraan zakat ini bukanlah sesuatu yang muktamad dan ianya adalah panduan yang boleh diguna pakai oleh masyarakat umum. Ini selari dengan ketetapan yang dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hasil kajian Unit Perancang Ekonomi (EPU). Walau bagaimanapun tolakan boleh dibuat berdasarkan perbelanjaan sebenar selagi ia termasuk didalam perbelanjaan asasi.
   
S
Apakah perbezaan antara zakat pendapatan dan zakat fitrah?
J
Zakat Pendapatan adalah salah satu daripada zakat harta yang dikenakan ke atas penggajian (hasil usaha) apabila mencukupi syarat-syarat yang tertentu. Manakala zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan.
   
S
Mengapa terdapatnya perbezaan taksiran zakat pendapatan antara negeri-negeri?
J
Fatwa zakat pendapatan telahpun dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan serta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Sebarang persoalan hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkenaan.
 
© Copyright PPZ 2006