| S |
Syarat
dan pengiraan zakat KWSP? |
J |
Zakat
KWSP dikenakan apabila dikeluarkan apabila genap
umur persaraan, deposit membeli rumah dan sebagainya.
Jumlah yang dikeluarkan perlu didarabkan dengan
kadar zakat 2.5 peratus. |
|
|
S |
Sekiranya
wang yang dikeluarkan dari KWSP sebanyak RM51,000
untuk rumah, bayar hutang dan perbelanjaan asasi,
adakah perlu keluarkan zakat atas semua wang
tersebut atau baki yang masih tinggal sahaja? |
| J |
Wang
KWSP yang dikeluarkan tersebut perlu dizakatkan
terlebih dahulu sebanyak 2.5% sebaik sahaja
dikeluarkan. |
|
|
S |
KWSP
yang dikeluarkan pada tahun 2001 tetapi tidak
dibayar zakat, perlukah gandaan untuk qadha? |
J |
Wajib
qadha tanpa gandaan cuma darabkan jumlah pengeluaran
tersebut dengan kadar zakat 2.5%. |
|
|
S |
Bolehkah
membayar zakat KWSP secara ansuran? |
| J |
Semua
jenis zakat boleh dibayar secara ansuran mengikut
kemampuan kewangan pembayar sehingga selesai. |
|
|
S |
Bilakah
tahun haul zakat KWSP. Pengeluaran dibuat pada
tahun 2004 tetapi zakat dibayar pada tahun 2005
dan haul di dalam resit bayaran zakat ialah
2005. Adakah memberi kesan dari segi hukum dan
rebat cukai pendapatan? |
| J |
Tiada
kesan dari segi hukum. Manakala rebat cukai
pendapatan mengambil kira tarikh bayaran zakat
bukan tahun haul bayaran yang dibuat. |
|
|
S |
Apakah
yang dimaksud tolakan KWSP 11%? |
J |
Tolakan
KWSP 11% bermaksud tolakan caruman bagi pekerja
sahaja tidak termasuk caruman majikan. |
| |
|
S |
Keluar
wang KWSP untuk bayar hutang, perlu bayar zakat? |
| J |
Jumlah
yang dikeluarkan perlu dibayar zakat. |
| |
|
S |
Adakah
dikenakan zakat saham sekiranya membuat pelaburan
dalam saham amanah (unit trust) menerusi wang
KWSP? |
| J |
Sekiranya pelaburan tersebut dibuat melalui pengeluaran duit KWSP maka keuntungan dan modal pokok tersebut tidak perlu dikenakan zakat kerana pemilikan tidak sempurna. Jika modal pelaburan tersebut menggunakan wang sendiri maka zakat dikenakan ke atas harga terendah seunit saham sekiranya mencukupi syarat wajib berzakat. |
|
|
S |
Sekiranya
membuat pembayaran zakat KWSP dan memberi wang
zakat kepada kakak kandung adakah pihak PPZ
akan keluarkan resit pembayaran? |
| J |
Bagi
menjamin ketelusan pembayaran zakat, resit pembayaran
tidak dapat dikeluarkan kerana wang tersebut
tidak diterima oleh PPZ.. |