|
|
 |
S |
Syarat-syarat
zakat harta? |
J |
Syarat
zakat harta Islam, Merdeka, Sempurna Milik,
Cukup Haul (setahun) dan cukup Nisab. |
|
|
S |
Adakah
hasil jualan aset tetap (contoh : rumah, tanah,
bangunan) perlu dikenakan zakat atau perlu tunggu
genap setahun baru dikeluarkan zakat? |
J |
Ia
bergantung kepada niat semasa membeli aset tetap
tersebut. Sekiranya ada niat untuk berniaga
maka zakat dikenakan ke atas keuntungan bersih
jualan. Juka tiada niat untuk berniaga maka
zakat hanya dikenakan selepas genap setahun.
(zakat wang simpanan). |
|
|
S |
Apakah
jenis-jenis zakat harta? |
J |
Zakat
terbahagi dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta.
Zakat harta adalah zakat pendapatan, zakat wang
simpanan, zakat perniagaan, zakat emas/perak,
zakat saham, zakat KWSP, zakat tanaman dan zakat
ternakan. |
|
|
S |
Adakah
hasil penjualan tanah dikenakan zakat? |
J |
Hasil
jualan tanah tersebut sekiranya disimpan dan
genap setahun barulah kena zakat sekiranya melebihi
jumlah nisab. |
|
|
|
S |
Adakah
dibolehkan pembayaran zakat harta melalui kad
kredit? |
|
J |
Pembayaran
zakat harta melalui kad kredit diharuskan hanya
kepada kad kredit berlandaskan syariah sepertimana
yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa
Wilayah Persekutuan seperti Kad BIMB, at-Taslif
AmBank dan Aiman BSN. |
|
|
|
|
|