Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
Public Bank Ambank Group
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

S
Syarat dan pengiraan fidyah?
J






















Golongan yang dikenakan pembayaran Fidyah :

BIL
GOLONGAN
FIDYAH
1.
Orang yang meninggalkan puasa kerana uzur syarie atau sengaja.
Wajib qadha sebelum datangnya Ramadhan akan datang, sekiranya masih belum mengqadha maka dikenakan fidyah.
2.
Uzur - tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa.
Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu mengqadha puasanya.
3.
Ibu hamil/ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan :
i. Kandungan terjejas
ii. air susunya kering


iii.Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinya.

Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah diqadha sebelum melangkah Ramadhan akan datang. Sekiaranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya Ramadhan, maka dikenakan fidyah berganda.

Wajib qadha sebelum Ramadhan akan datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka barulah dikenakan fidyah.
 
S
Nilai fidyah dalam gram dan kadar untuk satu hari?
J













Nilai Fidyah untuk sehari meninggalkan puasa ialah secupak beras. Secupak beras mengikut kiraan metrik terkini di Malaysia ialah bersamaan dengan 700 gram. Justeru, secupak = 700 gram beras. Nilaian harga beras bagi 100 gram adalah bersamaan 13.3 sen. Jadi nilaian bagi 700 gram adalah lebih kurang 93.1 sen. Namun begitu adalah lebih afdhal mengikut firman Allah Ta'ala untuk melebihkan bayaran tersebut sebagaimana yang difahami menerusi ayat 184 surah al-Baqarah yang bermaksud :

"....barangsiapa yang menambah (memberi) lebih dari (yang sepatutnya) itu adalah lebih baik baginya..."

Oleh itu pihak PPZ-MAIWP menetapkan untuk harga fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan setelah digenapkan nilainya sebanyak RM 1.20. Wallahu a'alam.

Sumber harga beras : Beras Nasional (BERNAS)
 
S

Bolehkah kadar fidyah yang dibayar tidak mengikut nilai RM 1.20 yang ditetapkan oleh PPZ tetapi mengikut harga beras yang dimakan oleh arwah?
J



Bayaran fidyah mengikut konsepnya adalah berdasarkan nilai beras tempatan yang dimakan oleh masyarakat umum. Namun sekiranya kadar tersebut dinisbahkan kepada beras yang tinggi nilai dan harganya mengikut pemakanan individu adalah lebih afdhal dengan syarat tidak kurang harganya dari harga beras umum.
 
S
Siapa yang layak terima duit fidyah?
J
Golongan fakir dan miskin
 
S
Bolehkah membayar fidyah terus ke anak yatim?
J
Boleh sekiranya anak yatim tergolong dalam kategori fakir dan miskin.
 
S
Adakah sama berat satu cupak beras untuk fidyah 700gram atau sekali kenyang makan?
J
Mengikut hukum kedua-duanya dibolehkan.
 
S
Bolehkah Fidyah dibayar kepada amil fitrah menggunakan resit fitrah?
J

Tidak boleh disamakan fidyah dengan fitrah kerana 2 perkara yang berbeza dari sudut syarak dan perlaksanaannya.
 
S
Apakah perbezaan antara berat secupak beras dan segantang baghdad?
J


Beras secupak adalah 700 gram manakala berat segantang mengikut makanan ruji masyarakat di Malaysia ialah 2.8kg. (4 cupak = 1 gantang [1 gantang 2.8kg / 4 = 700 gram]).
 
S

Adakah fidyah dikenakan jika tertinggal puasa disebabkan mengandung tetapi telah diganti pada tahun yang sama?
J



Fidyah dikenakan jika meninggalkan puasa disebabkan bimbang memudaratkan bayi dalam kandungan, walau bagaimanapun puasa tersebut wajib diganti. Jika meninggalkan puasa disebabkan bimbang memudaratkan diri sendiri maka tidak dikenakan fidyah selagi puasa diganti sebelum masuknya Ramadhan tahun berikutnya.
 
© Copyright PPZ 2006